Wednesday, March 30, 2011

Solid Food (epal, banana & oat)






Jam dah nak pukul 12 mlm tapi mata ni susah sangat nak lelap awal. Main2 paksa tido pun x nak tido jugak. Fikir punya fikir elok menulis atau membaca kan.. so, decide untuk mengupdate blog saya yang tak seberapa ni..

Hari ni mencuba buat solid food untuk my lovely son. dah 14 month dah anak saya.. Cepat jer kan masa berlalu.. hehehe.. Semalam pergi pasar buah-buahan. So, sempat la beli buah epal, betik, kurma & honeydew. Atas nasihat doktor banyakkan bagi anak makan buah buahan sebab kaya dgn serat.. peringatan untuk diri sendiri. 

Mudah ajer.. Epal, pisang & Oat saya blendkan. Sebelum tu, rebus la epal & oat sehingga lembut. Then campurkan pisang. Cuba la bagi kat my lovely son.. risau jugak tgk reaksi pertama bila suapkan.. tapi 2nd & 3rd suapan tu semakin lancar dah sehingga la menjilat sudu.. hehehe.. Alhamdulillah dia suka dan habiskan. 

Dulu masa dia turn tu 9 month, cuba bagi dia makan bubur nasik tapi alahai memang dia tak suka. suapkan je dia muntahkan semula.. Last2 saya jugak yang habiskan bubur nasik tu.. hehehe. Saya bagi jer cerelac. Semua jenis saya cuba & dia suka pulak makan.. hehehe.. 

Insya Allah, akan saya cuba teruskan usaha untuk berikan yang terbaik untuk anak saya.. :) Semoga dia membesar dengan sehat dan jadi anak yang soleh.. Amin 
 

Tuesday, March 29, 2011

Misi mencari....?






Salam bersiaran dihari selasa bersamaan dgn mac 29, 2011. Bangun lewat lagi pagi ni.. Heemmmm, letih sgt2. Semalam balik lewat sbb ada temujanji nak tengok tempat baru untuk disewa.. Kira2 nak dekat pukul 11 malam la jugak sampai rumah.. Jalan punyalah penuh sesak dgn kenderaan on the way nak pegi that place.. Tersangat la jauh dari city.. Naik motosikal ko.. kesian dak kecik yg dok tengah antara saya dan hubby.. Nasib baik dia tidur sepanjang perjalanan tu. Kalau tak, xdenyer dia nak dok sopan atas motosikal. nak berdirilah dia, nak gerak2.

Story diteruskan dgn misi mencari rumah sewa baru.. Yg lawaknya org yg kita janji nak jumpa tu pun sangkut jugak sbb trafik punyalah sesak.. Last2 sampai jugak walaupun lewat.. So, kita orang ikut la indian guy yg punya apartment tu.. Tingkat 14 ko. Gerun bila tengok bawak dr balkoni.. Alahai.. But not bad, tempat dia ok.. Masih baru lagi tempat tu, bagi saya, i like that place but seriau la pulak.. Tingkat 14 tu, tak sorang pun duduk lagi.. Bayangkan kalau kita dok menyewa situ, sorang2 la tanpa jiran baru dan yg tak oknyer, area tu maseh dlm proses, tak siap sepenuhnya.. Yang best nyer, suka tgk my lovely boy happy sgt.. Ye lah kan, baru dpt lesen 'jalan' & 'berlari', dia sukalah. dapat main2..

Ada satu tempat tu, kita suka sgt.. tak la jauh sgt dr tempat yg kita suka ni.. sama jugak maseh baru.. Tapi, cepat sgt org dah ambik.. Memang laris dipasaran betol.. hehehe.. kalau dpt dok situ mmg best..

Apa yang mampu kita buat sekarang ni, terus berusaha sehingga misi berjaya.. Insya Allah, semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin....










Friday, March 18, 2011

Penangan Salman Khan

Salam bersiaran kembali.. hehehe.. skema nyer ayat. Memandangkan my lovely son tgh titun ni, apa lagi ambik kesempatan la jawabnya memblog.. Dah lama nak tulis pasal ni, tp terlupa.. Semalam asyik tgk dia menari teringat balik.. hehehe.. 

Entah kenapa la my son ni suka sgt tgk Salman.. Nasib baik la ayah dia tak bagi nama SALMAN.. Teringat balik, ayah dia ckp nak boh nama Syed Salman.. Opppppsss & jawapan terus dari mulut saya say NO.. Lawak tau bila turn jer lagu Hud hud dabangg, terus tak ingat dunia dah, mulalah dia menari ikut suka.. kelakar sgt2. Dia tak kesah dah dunia sekeliling dia.. Tapi lepas abis jer video klip lagu tu, dia back to normal, p la main2 dgn barang2 mainan dia yang tak seberapa nak ada.. Hehehe

Let's take a look my son Favorite song ever

 
*curik dari youtube.. hehehe



















Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Japan 2011 : Subhanallah, maha suci Allah





Apa Cerita hari ni? Mesti masih lagi tentang Tsunami dekat Japan kan.. Bukan Tak lagi, everyday dok tengok news live dekat NHK channel.. setiap hari that channel update new news.. 

Jumaat Mac 11,2011

Memang shock tgk berita earthquake disusuli dgn tsunami.. meremang bulu rom bila tgk tv. tak tak henti2 juagk mulut i ni mengucap "subhanallah, maha suci Allah.. Tu, baru tgk apatah lagi bagi mereka yang berada dekat japan terutama kawasan yg ditimpa bencana tersebut.. Emangnya kesian seh tgk ramai yg homeless, kesejukan & kelaparan.. Kesian memang kesian... "May Allah bless them".

Tapi yang tak syoknya, ada dikalangan kita ni buat lawak bodoh & tak bertempat.. Ni i baca dekat blog yatiechomeyl. Sampai mcm tu sekali.


So, marilah kita ambil iktibar sama-sama apa yang telah menimpa Japan. It is just reminding from Allah to us.. Beringatlah & renung-renungkan lah sambil beramal..


Allahhuakbar







Note: Few video about Tsunami Japan from youtube..
                                       
 


Monday, March 7, 2011

Anak kesayangan..


Alahai anak kesayangan mama ni.. Nak cerita sikit. sikit jer tau.. hehehe.. Semenjak dua menjak ni, baby Diqdiq asyik nangis jer keje dia.. Bangun tido nangis, nak tido pun nangis.. Tak tau lah.. Naik bengong jugak dibuatnya...