Monday, October 31, 2011

Travel lagi ker???


Alhamdulillah itu harus :)

TRAVEL??? bukan setakat travel jer wei, tapi pindah ke suatu tempat yang baru.. :)

Nak habaq mai ni, kalau dikira tolak tambah bahagi darap tu semua, entah keberapakali pack & unpack ni.. naik buhsan cek na.. Tapi nak buat lagu mana, dah itu keroje cek.. Nak tak nak kena buat gak kan.. 

Erghhh.. Kenapa nak kemas2 semua ni? jawapannya adalah kami sekeluarga akan berpindah lagi.. Puas woo, pindah2 ni macam jadi rutin tahunan la pendek kata.. Imbas balek 2007, stay Minnesota, pastu kena pindah Chicago 2008. Duduk dalam 2 bulan Chicago dah kena pulak pindah San Francisco. Haaa, sini lama siket yer kita menetap, dlm 2 tahun mcm tu.. kira lama la tu berbanding yg sudah-sudah. terkilan sgt2 masa tu, mcm mana nak hangkut semua brg ni?? Tau apa saya buat dgn stuff2 tu semua, habis ko mak campak jer dekat rubbish bin.. Sofa sempat org rembat sbb baru sgt2. baru jer beli dari ikea.. Sayang sgt2. tapi nak buat mcm mana kan.. Blurrrr.. Semua brg2 dapur yg baru gak beli, bagi jer ko dgn jiran sebelah.. Untung ler sape jiran dgn i masa tu.. Iskkk, tak mau falshback la. sesak nafas ko. Pendek kata, banyak jugak yang kena korban.. Kalau tau bab2 shipping menyipping ni masa tu tak la jadi mcm ni.. Hanya kereta jer kena shipping. huhuhu..

Ingatkan dah tak kena pindah2 lagi lepas ni rupanya still jugak yer.. Nak buat mcm mana kan dah rezeki kita mcm ni.. Ni pulak nak kena pindah Chennai dari Hyderabad. So, sekarang boleh la bayang kan betapa nya mcm tongkang pecah rumah ni ha.. Nasib baik la tak byk sgt barang, dan satu lagi sedara tinggal berdekatan jer.. so, apa2 barang yang tak nak bawak letak jer la dekat rumah sedara tu.. hehehe.. Bukan tak nak bawak brg2 tu semua.. Dengar habaq, syarikat baru ni bagi semua kemudahan terutamanya rumah. Nanti dah sampai Chennai, hotel akan jadi rumah kami buat sementara waktu nak dapatkan tempat berteduh yang baru buat kami anak beranak.. sadis nyer ayat.. 

Pasni nak kemas2 apa yang patut. So, jaga diri hiasi peribadi yer..

Ceria-ceriakan hari anda dengan senyuman.. :)




Sunday, October 23, 2011

Missing ma&pa :(





Salam bersiaran di hari minggu yang sunyi sepi ini.. nak tau kenapa sunyi sepi? sbb my parent dah balek Miri.. Khamis ptg we drop them to chennai naik train yg ambik masa 13 jam jugak la.. 
Ayah nak sgt naik train sbb boleh tengok view sepanjang perjalanan ke Chennai..Mana nak nampak sgt view dek oi.. dah malam dok membuta jer. ;)


Travel lagi kan.. hehehe..Sampai2 jer chennai, stay dekat Central park hotel.. 1st tu nak stay dekat satu hotel.. dah angkut semua brg2, tup tup staff tu kata, depa tak boleh terima foreigner. mak ai sentap kejap..
So, kita pusing2 around cari hotel.. kesian hubby, my parent & little 1. Tired sgt2 korang.. Bukan boleh tido sgt pun masa dlm train. nasib baik la hotel satu ni boleh accepted kita org anak beranak, kalo tak maunya berasap.. 


Nak habaq siket. Kalau menginap mana2 hotel sini, kena photostat passport dulu.. Rule depa kata. Dulu2 xda semua ni. Apa2 la, janji boleh rest, mandi & solat, itu dah cukup memadai. Alhamdulillah. 


R.E.S.T ZZZZZzzzzz


Bangun2 jer gerakkan hubby sbb dia suruh gerakkan dia. Siap2 semua, hubby turun g beli lunch. Memang lapar sgt2. Sampai2 jer dia bawak lunch terus bukak & makan dgn lahapnya. Menu hari tu chinese food. Bantai jer ko. Dah kebulur tahap gaban.
Hubby tanya sedap ke idak pun tak boleh nak menjawab itu ini. Punyalah lapar.. Burppp..!! Dah kenyang dah.. Rest lagi pastu kemas2 for the last sbb nak gerak g airport. 


Pukul 3 ptg teksi sampai dan terus gerak g airport.. Punyalah traffic masa tu.. Mak selalu jer tanya, jauh lagi ker? berkali2 tau.. hehehe.. kesian mak.. Ayah lak suka buat joke.. hehehe..


Sampai2 jer, Hubby terus beli pas masuk inr60. So, boleh la tgk my parent sampai check in.. Tapi x boleh hantar sampai counter sbb pagar.. kalau la xda pagar tu boleh nyer sesak airport.. Lepas check in, tolong my parent fill in departure form.
Sebelum tu, dah ajar dah my parent mcm mana nak isi form tu.. Maklum la, dak reti sgt nak tulis & tak berapa nak nampak.. Kesian kan.. Alhamdulillah la boleh tolong.. Risau gak tgk wajah mak yg 2 3 hari nak balik tension jer memanjang.. Alhamdulillah la, semua urusan berjalan dgn lancar.. Sedih tatkala mereka nak masuk dalam tggu for flight nak g KL. Salam2 sambil nanges2 lagi tu.. Sedih sgt2.. Kalau boleh nak jer ikut balik sekali.. huhuhu.. 


Lepas tu kami gerak la balik Hyderabad.. Sampai2 jer rumah, alahai sunyi nyer.. Myson punyalah nagis mcm dia cari sesuatu.. Dia masuk bilik tempat mak ayah & peluk semua bantal selimut. Sedih pulak tengok.. Saya pun ikut menangis jugak.. Nasib baik la nangis kejap jer. Sedih wooo.. 


Kami anak beranak sgt2 letih dan terus tertido......


p/s: Rindu mula bertandang kak mak ayah & kampung halaman..  


Baru terperasan, bila baca balik this story macam kelam kabut jer gaya penulisan saya.. kekekeke

Tuesday, October 11, 2011

My Eid Celebration 2011 (Wordless)


Enjoy the view :)

Vanilla cupcakes
Biskut Mentega susu 

Unbaked cookies













Hasil air tangan me, Adik & kakak.. Seronok setelah bertungkus-lumus & penat lelah kami berbaloi.. :)

Antara chef yang bertugas:






 Adios ;)

My Parent in Hyderabad


Assalamualaikum.. Salam bersiaran dari Hyderabad, India [8:15 am]

Finally after long journey, sampai jugak kami sekeluarga ke Hyderabad.. Letih memang letih. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.. Itu cerita minggu lepas dah.. :)

Seronok bila mak ayah dapat tengok dgn sendirinya Hyderabad.. Selalu dengar cerita jer kan. Bila dah sampai sini & bawak jalan2 around. Macam2 ada..

Semangat nak cerita about my parent in Hyderabad ini memang ada. Tapi, tak tau nak cerita lagu mana.. Sabar jer la.. Enjoy some photo jer la.. :)

Charminar, Hyderabad
Street Market
My parent & me

 Ma & pa with Mini Taxi



Sekian terima kasih ......