Friday, June 29, 2012

::: Los Angeles Hollywood :::

Salam Jumaat semua ::)))

Los Angeles..

Dah lama merancang nak pergi LA. Tapi disebabkan saya pregnant ketika itu, tangguhkan aja dulu. Lepas beberapa bulan saya melahirkan bayi sulong kami yang diberi nama Syed Sadiq Hussain, kami rancang balik nak pergi LA. Kali ni kita decide nak drive jer.. Perjalanan ambik masa 7 jam dari San Francisco. Dah tak ingat pukul berapa kami bertolak ;-) 

Sepanjang perjalanan, sekali lagi kami terpegun dengan permandangan yang sangat indah. Sepanjang jalan menyusuri pantai. Hilang mengantuk. Berhenti di dua buah perhentian. Pertama berhenti di kawasan rehat. Makan lunch dan gi restroom. Alhamdulillah, my son tak meragam, dia seronok jer. selebihnya tido. hehehe.. Meneruskan perjalanan. kami berhenti buat kali kedua, Santa Barbara. Jenjalan kejap lepas tu teruskan perjalanan.

Santa Barbara, Saya rasa berbeza sangat ketika berada disana. Seolah-olah bukan US :) Banyak banguan tingalan sejarah. Singgah hanya sebentar.

Sebelum sampai ke LA, Seperti biasa jalan jammed sebab ramai yang nak pergi Hollywood. hehehe.. Kali ni saya dok diam diam jer. Nak membebel pun dah tak larat. penat. Sepanjang perjalanan saya tak boleh tido. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan penat. Kami stay dekat  Hotel Super 8, Hollywood. Bilik yang selesa dan yang saya suka breakfast free setiap hari. ;-) Dah siap book online sebelum pergi LA.

Lepas rehat, mandi, get ready for dinner. Kami dah siap cari awal restoran mana nak makan ;-) Alhamdulilah sedap jugak food restoran ni. Indian restoran. :)

Lepas tu balik tido rehat sebab penat. Zzzzzzz

Aktiviti seterusnya memang jenjalan jer dan ikut tour. Kena siap awal, sebab kena naik bas. Memang berbaloi ikut tour sbb kita akan dibawa kesemua tempat yang kita sendiri nak gi. Kami dibawa ke beberapa tempat yang dlm list tour. Antara tempat yang kami lawati seingat saya, Nokia center, Paramont Picture studio, Wall of fame, Wax muzium, Staples center, Satu tempat performance yang kita boleh nampak sign HOLLYWOOD, Saya lupa nama tempat ni.. Lepas tu, kami dibawa jenjelan ke farmer Market dengan for lunch. Saya seronok tak terhingga sebab jumpa m'sian restoran Banana Leaf, Penang food. Selebihnya saya makan banyak makan buah-buahan dan ice cream. Seronok sangat tambahan lagi tour guide kelakar orangnyaa. Asyik berseloroh jer sepanjang perjalanan. Lepas habis semua tempat dituju dan puas hati, kami balik semula ke hotel. Malamnya kami ke Universal Studio. Tak best pergi malam sebab tak nampak happening sangat.


Sebelum kami berangkat pulang ke SFO, saya dan hubby sama- sama setuju nak pergi Disneyland downtown. Sesat jalan jugak dibuatkan GPS yang tunjuk arah entah mana-mana. Risau saya, dibawaknya kita ke kawasan perumahan yang boleh dikatakan rata-rata penduduknya dari Mexico. hehehe.. Bila tanya jer, asyik jawab mecucas, forfamor.. entah aapa da.. hahaha.. Nak tak nak kena sit satu tempat set balik GPS. Akhirnya berjaya jugak sampai downtown itu pun dah lewat.. Jenjalan jer sana. saya hanya beli baju kenangan untuk my son yang masa tu berumur 5 bulan.. hehehe.. Sekurang-kurangnya ada gak ingatan kan.
















Funeral MJ disini ???



nasib baik tak sama besar dgn shrek ni.. hehehe



Dah puas jenjalan downtown disney, nak balit dah SFO. Ingatkan perjalan balik SFO lancar seperti perjalanan pergi LA. Rupanya kami terkandas ditengah-tengah highway. 2 jam dok tengah jalan raya yang sekelilingnya hanya terdapat gunung-ganang. Jammed teruk dan kereta tak gerak langsung. Ada kebakaran dan pihak bomba tengah bertungkus lumus memadamkan api. Kerap kali kejadian kebakaran berlaku disini. Mungkin agaknya cuaca yang agak kering. Membebel la saya dekat belakang rasa nak sampai cepat SFO. hehehe.. Kesilapan lagi. Ingatkan highway yang sama dilalui, rupanya silap highway daaa.. Pengalaman dijadikan pengajaran.. :) 

Saya tak suka GPS yang hubby beli. Memang keliru kalau drive guna GPS ni.. Selalu gaduh sebabkan GPS ni.. hehehe.. Entah mana-mana tempat ditunjukkan. Kami yang dah memangnya tak tahu jalan just ikut jer.. Ikut sign board besar tu lagi senang.. hehehe

Sampai rumah dah jam 12 tgh malam dan lapar sangat-sangat.. Kedai makan pun dah tutup. 

Habis dah cerita Los Angeles ::)) 















Wednesday, June 27, 2012

::: Las Vegas Trip 2008 :::

Kali ni saya bawak anda ke Las Vegas pulak yer.. Dah sedia??? hehehe

Las Vegas lebih dikenali sebagai Sin City. Antara bandar yang sangat-sangat popular dengan kedatangan pelawat asing mahupun penduduk Amerika. Terkenal dengan pusat perjudian, membeli belah dan fine dining. Rata-rata hotel disini mesti attached dengan casino. Sana sini penuh dengan casino. Tapi tak la sampai nak join sekali . hehhe... Cuci sapu bersih jer mata. :)

Trip kali ni tak gi dgn hubby jer. Kita gi sekali dengan kawan hubby and wife plus 6 month cute lil' baby girl. hehehe.. Ya. mereka semua Indian and the only me malay. hehehe.. Seronok sangat. Boleh pergi dengan menaiki kereta sendiri or by flight. masa ni kita gi by flight. Bawak baby kan, tu yang naik flight and price not bad. Boleh la jimat untuk shopping di Las Vegas. Hubby dia pakar sikit cara-cara nak dapatkan good deal dgn support dari wfie dia.. Sapa lagi kalau tak saya kan.. hehehe.. So, kita bid dekat website Priceline.com. So dpt hotel price kalau ta silap USD40 untuk satu malam. Hotel tempat kita menetap tu betul2 opposite dengan MGM casino hotel. Seronok kalau pandai bid ni. Dapat harga yang murah. itupun depend dengan season la. Stay for 4 hari 3 malam.. Mcm lagu 2 by 2 pulak yer dak.. ;)

So, kita jalan semua tempat Las Vegas, tapi masa ni musim hujan la pulak. Dok riuh kata salji turun sini masa tu. Kawan saya excited sangat nak tgk salji. Maklumla dia duduk kat SFO jer, situ mana ada salji.. ;-) kami terpaksa jalan melalui dalam hotel dan casino. Sempat gak saya jeling2 org main judi tuuuu.. hehehe..

Antara gambar kenangan trip to Las Vegas..



hubby and me ;-)

capture dari bangunan stratosphere tower. tinggi sangat. 

muka cuak. tinggi sgt tower ni.. ada sport jugkak kat atas ni. tak kuasa  saya nak main. takoottt..



kawan saya Sumayya ;-)


siap dpt pegang Angelina Jolie lagi tu, Dekat wax muzium

Sapa entah nama artis hollywood ni?? 

Ghost rider.. sapa berminat nak drive?

klik sana klik sini

Tak larat nak upload gambar byk2. hehehe..

To be continue....




::: Las Vegas Downtown & Nevada, Arizona :::

Sambungan dari entri Las Vegas Trip hari tu...

Dah tak tau nak jalan-jalan mana. Semua tempat kami pergi. Dah kenyang makan, bincang jap cari tempat nak kami pergi. Semua pakat nak gi LV downtown.

LV downtown tak kurang jugak meriahnya.. Lampu kelap kelip sana sini.. Meriah.. Ala-ala perjalanan balik kampung musim raya. hehehe.. Lebih kurang macam tu la. Casino harus ada dimana-mana. Wajib ada ;-)

Kami just jalan-jalan cuci mata and enjoy sangat bila dapat tengak skrin besar dekat atas deretan casino dan kedai-kedai souvenir. Sapa yang pernah pergi mesti dapat lihat. Saya sempat gak beli sedikit key chain dan lain-lain souviner untuk my family. Hubby and kwn dia busy tangkap gambar, saya dok melilau gi shopping. Itu yang takde dlm gamba.. Hehehehe.. rambang mata ko.. Saya bukan la beli yang mahal2. Just beli yang rega $1.99 - $5.99 dan yg paling mahal.. hehehe.. T-shirt pun ada beli gak. $10 for two. T-shirt biasa untuk anak buah.. hehehe.. Saya Suka bila jumpa kedai everything $10. Rabak poket hubby.. hehehe.

Gambar lagiiii daaa..

LV downtown

Sian, kena gamba sorang2. wife dia g shopping tak hengat..

saya nampak snow montain.. Anda??? :-) perjalanan menuju ke Grand Canyon.

Tak leh nak tgk kamera, silau :-) hoover dam view kat belakang.

suka pose sorang2. tak mau org kacau.. hehehe

U and me

u and me again


New york or Vegas??? Everything is here..


Dari LV downtown kami ikut trip ke Nevada, Arizona. Hajat hati nak tengak Grand Canyon. Namun rezeki tidak menyebelahi kami semua yang ikut trip ni. Naik bas, sampai-sampai jer ke GC tak boleh naik pulak. Risiko kalau nak naik atas sbb hujan lebat pada malam hari tu menyebabkan jalan licin dan malangnya ada sebuah bas yang sanggup ambik risiko terkandas dekat atas menuju ke GC. Frust jugak la tapi takpa, Grand Canyon tak lari mana pun.. Boleh pergi kalau ada kelapangan. Namun entah bila lagi berpeluang nak jejakkan kaki ke salah satu 7 wonder world ni kan.. 

Nak tak nak kami kena balik semula ke Las Vegas. Pengalaman melihat sendiri Hoover Dam tak akan saya lupakan. Tell you, Las Vegas very happening place to visit not for gambling.. hehehe. Kalau nak jelas lagi boleh jer google hoover dam dan boleh tgk sendiri bagaimana keadaan sekeliling. Saya tak banyak sangat gambar hoover dam. Terlalu asyik dgn permandangan sampai tak hengat nak tangkap gambar.. hehehe

Asyik cerita ceriti pasal jenjalan jer kan.. About food kalau jalan2 tak susah. Mana-mana ada restoran yang menyajikan makanan halal.. Just search jer zabiha.com sebelum kita pergi mana-mana and list down the address or set  dekat GPS, senang cerita. 

Dah abiss le cerita pasal Las Vegas. Nanti saya cerita pengalaman gi tempat lain lak yer.. 

**** Senyum tak perlu kata apa ****





Tuesday, June 26, 2012

::: Tuesday in bluess :::

Pagi tadi call Apak. Lepas rasa rindu bila memndengar suara Apak ditalian. Alhamdulillah, suara Apak bersemangat sangat2. Lepas tu Apak pass phone to my abang. So, saya tanya abang, apak sehat tak? Abang reply saya, "tak sehat sangat, apak kena makan ubat tambah darah selama 4 bulan". Bila saya dengar tu, saya rasa sedih sebab apak tak sehat sangat. Dari jauh saya dapat dengar apak batuk-batuk.

Apak kurang rehat agaknya.. Saya tau Apak kerja kuat. Selagi dia boleh pergi kelaut, selagi itulah dia akan berhempas pulas untuk mencari rezeki. Kami adik beradik dah nasihat supaya apak banyakkan rehat sbb apak pernah sakit pada oktober tahun 2010. Keadaan apak sangat membimbangkan.

Alhamdulillah pada masa tu saya maseh di Hyderabad dan secara kebetulan jugak, saya akan balik M'sia disebabkan visa telah tamat. Saya dapat call menyatakan apak kena admit hospital sebab kurang darah. Perasaan saya masa tu Allah saja yang tahu. Nasib saya baik sbb jarak penerbangan India Malaysia tak jauh sangat. Hanya mengambil masa 3 jam dah sampai KL. Seterusnya ke Miri mengambil masa 2 jam penerbangan.

Masa tu, sampai-sampai saja dirumah makcik, terlihat tubuh apak terbaring lesu. Apak baru selesai pembedahan tulang belakang untuk diambil sample dan dibuat ujikaji untuk mengetahui tahap kesihatan beliau. Kami sekeluarga sangat risau tengok keadaan badan apak yang semakin susut. Hanya doa kami panjatkan supaya apak cepat sembuh pada ketika itu. Jujur saya katakan, saya tak suka tengok apak sakit. Tapi, semua itu kuasa tuhan. Siapa kita nak menolaknya :(



Saya paham sangat perasaan apak. Dia tak biasa terbaring sepanjang hari. Setiap hari ada saja perkara yang hendak dia lakukan. Tapi keadaan yang tidak mengizinkan dan beliau dijaga rapi oleh mak dan semua ahli keluarga ketika itu. Saya sedih sangat pada masa tu, tak sanggup tengok apak dalam keadaan yang terbaring  lesu.

Namun, kebesaran Allah dengan lafaz syukur Alhamdulillah, keputusan ujian pembedahan apak menunjukkan keadaan apak tak ada yang perlu dirisaukan. Kami bersyukur sangat kepada Allah apak dijauhkan dari penyakit berbahaya. Doktor yang memeriksa apak sangat terkejut. Dia cakap " This is miracle, thanks god". Saya bertanya mahu penjelesan. Dia menerangkan segala. Saya juga sangat terkejut dan serta merta saya menadah tangan tanda syukur pada Allah. "Allah is Great".

Semua ni berlaku dua tahun lepas. Doa saya, Semoga kesihatan apak dan mak sentiasa dilindungi Allah dan semoga juga Allah permudahkan urusan mereka berdua untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah. Insya Allah ....




Saya tak suka bila dengar berita yang menyedihkan hati saya. Tapi siapalah saya. Allah know better.


  

Friday, June 22, 2012

::: Lake Tahoe 2010 :::

Lake Tahoe ni terletak diantara California dan Nevada. Sepanjang perjalanan nak sampai sini sangat indah.. Tambahan lagi waktu ni winter. Masha Allah, sungguh cantik ciptaan Allah. Tak jemu mata memandang.

Boleh tengok sini selebihnya info about Lake Tahoe.

Kami stay Mont Blue hotel. Selesa sangat.. Masa ni my son dah lahir.. So, bawak dia jenjalan. Alhamdulillah sepanjang perjalanan takda masalah.. Dia behave jer kat dalam car seat..

Antara gamba kenangan Lake Tahoe;

on the way back home sfo

sepanjang jalan nak menuju ke destinasi. Taak byk boleh saya tgk sbb saya takut. Tinggi sgt  dan jalan bengkang bengkok. 

perjalanan ambik masa 4-5 jam dr SFO. Dia sedang tido nyenyak..

snow on the way

20 usd 30 min kalau tak silap.. kami jenjalan jer tepi tasik tahoe yg besar ni..

design kedai yg unik. berhampiran dgn terminal cabel car.

tinggi dan saya gayat.. nasib baik sampai puncak kalau tak sia-sia gi Lake Tahoe.

syed family's


pose :-)
Walaupun stay untuk satu malam 2 hari berbaloi sangat-sangat. Winter time the best kalau nak gi sini.. Boleh main ngan snow.. ;-) San Francisco takde snow.. ;-)