Thursday, July 26, 2012

::: Monterey bay aquarium :::

Kali ni nak kongsi pengalaman jenjalan ke Monterey Bay Aquarium. Masih lagi di San Francisco. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke tempat yang dituju.

Pergi on weekend, sure ramai orang. Parking susah nak cari dan kena bayar mahal. Dah la tak familiar dengan that area. Main redah jer drive. hehehe. Kami tolak lepas lunch. Tak nak pergi awal sangat sebab nak rest dulu. Lagi pun tak jauh sangat. Alhamdulilah, nasib baik dah beli tiket online, kalau tak mau nya pengsan berbaris lama dan saya memamng tak suka perbarisan sejak dari zaman sekolah lagi. hehehe..

Sesampai jer situ, ramai gilerrrr manusia. Penuh sesak dengan lautan manusia. Toilet nak gi pun kena berbaris panjang.. hehehe. Hubby dia seronok la dpt tengok ikan dan hidupan laut. Memang banyak species ikan dan hidupan laut.

Lenguh jugak la kaki ni berjalan. Ada beberapa level. Ada live show sewaktu memberi ikan makan. Seronok sangat. Siap sorak-sorak lagi yang pergi dalam group. hehehe.










Lepas puas tengok ikan, jelly fish dan macam-macam lagi, kami pun dah penat. Nak balik rumah. Tapi sebelum balik tu, sempat pergi pier tempat org jual ikan. hubby nak beli ikan bawak balik rumah. Tak ada rezeki, ikan dah habis jual pada pemborong. So, balik rumah dengan tangan kosong. saya tak beli apa pun dan takda apa yang menarik buat saya ketika jenjalan ke Monterey Bay Aquarium. 




Tuesday, July 24, 2012

::: San Francisco Downtown :::

San Francisco downtown, California, USA. Walaupun jarak rumah ke downtown sfo dekat, tak la bilang hari turun downtown. :-) Pergi ni pun dengan kawan hubby yang sama projek jenjalan sebelum dia balik India. Saya ikut sekali la yer. Kami naik train dekat Milbrae ke sfo downtown. Tak mau drive sbb parking susah on weekend. Cara yang terbaik untuk jimat kos. Mahal parking dekat sfo ni. hehehe. Dengan menaiki train tak tension dgn jammed, nak cari tempat parking lagi. Ini cerita tahun 2008 daaa.. :-)

Antara tempat yang kami pergi adalah seperti:

Saks Fifth Avenue. saya tak beli apapun sini. Mahal bagi saya dan tak berbaloi. hehehe. Jenjalan cuci mata jer. Lepas dah puas tengok kami pi tempat lain pulak..



Macy's. Hubby dan saya memang suka Macy's. Kami seperti biasa, kalau sale terutama perfume,memang beli sebab harga murah. Hubby dia suka shopping t-shirt and shirt kat sini. Bukan ambik harga yang mahal. Semuanya below $50. 




Bangunan unik tiga segi

me

suka design ni. Tau mana kita nak pergi.

cantik
Kawan hubby lak, dia shopping kat shepora sebab wife dia kirim belikan lipstick dan macam-macam lagi. Saya la yang kena tolong pilihkan ikut citarasa saya.. hehehe.. Dia okey jer. Sini pun kami beli perfume jugak sebab sale..Asyik memanjang jer perfume. Saya dan hubby memang suka perfume. Beli sikit-sikit untuk gift balik M'sia and untuk family hubby India-Dubai.

Masa ni memang tengah sale. Mana-mana pergi semua que panjang bila tiba masa nak membayarnya. Kami sempat gak jenguk Old Navy, Apple store, GAP dan banyak lagi la. Kami tak gi pun China town. Semua pakat nak balik sebab dah penat. 

Sepanjang saya duduk US, boleh katakan setiap hari ada sale. Sale jer memanjang tak pun clearance sale. Hari-hari sale.. hehehe.. Rindu nak shopping, entah bila yer nak g US lagi ;(



Monday, July 23, 2012

::: Guest of honour :::

Wah.. beriya jer entri yer.. Alhamdulillah. Masa stay US, ada akak ni namanya Kak Zie. Saya kenal dia melalui 2 org malaysia student University of Minnesota. Ketika mula-mula saya sampai, akak ni tengah bercuti di Terengganu. Lepas jer dia balik terus la kita ni hubung-menghubungi. Kenal melalui call jer ekk.. hehehe..

Akhirnya, suatu hari. Kami dipertemukan jugak. Dia memang ramah. Memang seronok waktu itu. Saya jumpa dia pun ketika berjemaah di Masjid Dar Al-Farouq MN. Sembang sakan tu, sebab dah ada kawan. Tak la rasa dok sebatang kara di negara orangkan.

Kami saling tukar-tukar cerita. Boleh katakan setiap hari call.. hehehe..

Hendak dijadikan cerita, Selepas saya berpindah ke SFO (2008), saya call bagitau saya dah pindah SFO dah.. Akak terkejut sbb setahu dia saya pindah Chicago masa ni.. hehehe.. Tup tup dah SFO. namun dia tak henti doakan saya dan hubby. Alhamdulillah. :-)

Suatu hari akak call bagitau dia nak g SFO. Seronok saya sebab dapat jumpa dia lagi. Mulanya dia cakap nak stay dengan saya. Masa ni saya duduk dekat Avalon Foster City, CA. Saya bagitau hubby akak nak dtg  rumah. Hubby dia ok jer sebab dia tahu saya hanya ada akak zie ni sorang and we are very closed to each other.

Dah sedia nak sambut kedatangan guest of honour ni. Tapi akak tak jadi stay rumah saya. Akak, hubby akak and anak akak stay dekat rumah SIL di Los Gatos. Kira 45 minit perjalanan. Namun Akak tak hampakan saya, dia and family datang ziarah saya and hubby. Saya hanya sediakan mee goreng and ayam goreng jer untuk guest of honour hehehe..

Lepas makan, rehat and sembang2. Kita ajak Akak and hubby gi ranch99, Asian grocery store. So, sempat gak akak zie ni shopping. Kita jalan2 gak dekat pantai. Rumah saya dekat sangat ngan pantai. Tapi masa ni sejuk dah. Jalan kejap pastu balik.

Pertemuan kami hanya sampai sini jer. Akak nak balik rumah SIL dia. Mulalah babak drama sedih bercucuran air mata tak sanggup nak pisah jauh-jauh. :( Lepas salam, mereka pun balik. Rasa sunyi kembali menyelubungi ruang rumah saya yang kecil ini.

Kak zie, setiap tahun dia g SFO sebab ada family gathering.


Gambar kenangan sewaktu Kak Zie datang ziarah saya di Avalon Foster City 2009.


comelkan Hasan, anak kak zie

hasan and me

kami :)

me and kak zie

moving photo ngeh ngeh. @ Rumah saya :-)

Year 2010, selepas 4 bulan saya melahirkan my son, kak Zie call lagi, dia cakap nak datang SFO. Saya sekali lagi seronok tak terhingga. Kali ni kak Zie stay with me 8 hari kalau tak silap.. Seronok. walaupun saya tengah recover lepas gall bladder remover, saya tak rasa sakit sebab adanya kak Zie. :-) Siap bawak kak Zie jalan-jalan lagi. Pagi-pagi saya dah drop hubby ke tempat kerja. Lepas tu boleh la jenjalan. kami tak gi mana pun, just jenjalan ke Target, Trader joe, library, and park.

Masa ni musim hujan. So, kebanyakan harinya kami just stay rumah jer. Saya stay dekat Creekside Apartment 3rd Ave San Mateo. Selalu jer pindah rumah kan kan kan hehehe. Lepas lease end, rutin nya saya dan hubby akan cari apartment lain. Sebabnya saya nak yang provided washer-dryer in unit. Senang, tak yah heret bakul baju bila nak do laundry. Tambahan lagi dah tambah sorang dak kecik. hehehe.. 

Beberapa hari lepas tu, hubby kak Zie pulak sampai dr MN. Kesian dia and hubby kena tido ruang tamu. Maklum la satu bilik tidur jer. Bukan selalu dapat guest of honour ni kan. Memang seronok.

Saya bawak mereka lunch dekat satu indian restoran kat San Carlos. Saffron restoran, weekend mereka ada buffet. So apa lagi. Makan dengan banyaknya. Tapi kesian kak Zie tak sehat sangat hari tu. Memang sedap makanan yang disajikan. Saya dan hubby mmg selalu buffet kat restoran ni. 

Gambar sewaktu jenjalan ngan Kak Zie;

hasan

kami

hillsdale mall 


dalam library, children site

hasan jenjalan

Lepas hari kelapan tu, kak Zie and family kena pergi rumah SIL kat Los Gatos. Seperti biasa babak sedih air mata. Sedih sangat bila kak Zie nak balit masa tu. Hubby dia pun turut sedih bila tengok kami nangis2. huhuhu.. Kak Zie SIL datang jemput mereka. :(

Sunyi sepi rumah pada ketika itu, hanya saya dan my son jer dekat rumah. ::((



Thursday, July 19, 2012

::: DUBAI 2009 :::

Imbas balik pada oktober tahun 2009, saya dan hubby pergi ke Dubai untuk ziarah family dia dekat sana. Nak jumpa mak mertua saya kalut sikit. Tak biasa dan asyik dok fikir yang bukan-bukan.. hehehe. Risau gak nak travel memandangkan saya tengah lima bulan pregnant. 1st baby katakan, mcm kena kawalan ketat jer.. hehehe.. Masa tu H1N1 tgh hangat merebak dan menyerang terutama ibu mengandung.. Tawakal Allah jer :-)

Kami naik flight Emirate direct from San Francisco to Dubai. 17 jam perjalanan tanpa henti. Dalam kapal terbang saya tak boleh nak duduk tenang sebab asyik kebas kaki jer. Saya bangun dan jenjalan dalam kapal terbang. Bukan saya sorang jer yang buat tu, ada beberapa org jugak. Lengoh sangat dan tak selesa. Kejap-kejap minum air dan kerap ke tandas. ;-)

Risau tu, sebab waktu tu season H1N1 melanda seluruh dunia. Tawakal jer masa tu. Setelah 17 jam perjalanan akhirnya sampai Dubai. Satu syawal ketika itu. Sambut raya dalam kapal terbang. :-) Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan Allah.

Dah siap ambik luggage, yang best nya, hubby ingat2 lupa daaa wajah kesayangan adik dia.. hahaha.. kelakau nau tau tak.. Boleh jer kami buat dek, yang pada waktu berjalan keluar ke kawasan menunggu sah-sah adik dia lalu depan kami. Alahai sabar jer la.. Betul gak, imej dah berubah tu yang tak kenal tu. Dgn pakaian arab yang siap pakai serban lagi mana nak kenal.. hehehe..

Sampai rumah pada pagi raya tu, kami disambut gembira oleh alhi keluarga hubby. Sambil bersalam dan wish eid mubarak pada semua.. 1st time beraya dgn keluarga mentua..;-) Alhamdulillah mereka baik sangat. Layan saya mcm puteri raja.. hehehe.. Siap dapat gift dari adik-adik dia dan mak mertua. Gift dari mak mertua tu yang Mahal.. Dia boleh terima saya seadanya walaupun kami berbeza segalanya. Masalah hanya pada pertuturan. Kami hanya mampu berbalas senyum dan "senyum tak perlu kata apa" sudah mencukupi.

Kami bukan saja datang ziarah, kami datang untuk menghadiri perkahwinan adik hubby. Memang grand la. Buat dekat hotel. Makanan sedap-sedap tu dan yang paling mahal adalah pengalaman saya menghadiri perkahwinan orang middle east. Berbeza sangat-sangat dari perkahwinan kita orang melayu.

Perkahwinan dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan lelaki di rumah pengantin perempuan. Kumpulan wanita special sikit, diadakan dihotel mewah. Memang besar perbelanjaan perkahwinan ni. Untung la bagi pihak pengantin wanita. Saya seperti biasa, memakai baju jubah abaya dua lapis. Bahagian dalam berwarna hijau dan dibahagian luar berwarna hitam. Memang rata-rata kaum wanita memakai abaya hitam. Alangkah terkejutnya, apabila semua nya berada didalam  ballroom, saya rasa berada dalam western party pulak. Bermacam-macam fesyen ada.. Mulanya bertudung, setelah masuk, semua tanggalkan tudung dan burqa. Perghhh memang 1st class la. Make up jangan cakap la.. Meletop abis. hehehe.. Saya jer yang kekal seperti sedia kala. hehehe.

Pada ketika pihak pengantin lelaki berserta rombongan (hanya ahli keluarga terdekat) masuk ke ballroom, keadaan berubah, semua dah pakai balik abaya. Hanya pengantin perempuan yang masih berpakaian pengantin tapi dilitupi oleh kain putih dari paras kepala sampai pinggan. Lucu gak tengok tapi masih menjaga aurat.

Alhamdulillah segala urusan selesai dengan baik dan lancar. Tempoh masa 10 hari di Dubai kami utilized dengan sepenuhnya. Jalan-jalan ke Dubai Mall, tengok water fountain, burj al-arab, aquarium, gold market dll.

best naik emirate, siap shopping make up lagi waktu balit US

kilauan emas. terfikir, sapa nak pakai tali pinggang emas ni???

burj al-arab pada waktu malam. 

farewell dinner kat Chili's Dubai mall.


pasangan bahagia ;-) 

letih jalan, rest sambil tunggu music water fountain.

MIL and me.

FIL and BIL 

Emangnya seronok bangat sih. hehehe. Lepas 10 hari disana, kami pun berangkat pulang ku SFO dengan menaiki flight yang sama. Flight awal pagi sangat-sangat. Siap salam-salam dan seperti biasa drama air mata.. hehehe. Sedih sangat tau nengok mak mertua berpelukan dgn hubby nangis2.  Saya dok tibai nangis dlm kereta sampai airport. emosi org mengandung katakan.

Insya Allah akan sampai Dubai suatu hari nanti. :-) Nak bawak my son jenjalan sana pulak. Bila kah agaknya yer. Ayah mertua tak berapa sehat. Khabarnya dah pergi London untuk rawatan susulan. Semoga Ayahanda mertua kembali sehat seperti biasa.. Aminn.







Wednesday, July 18, 2012

::: Salam Ramadan :::

WOhoOOOOO... tiga entri hari ni.. Semangat betol saya.. :-)

Tak lama lagi nak sambut bulan ramadankan. Kali ni disambut bersama hubb sebab last year saya sambut ramadhan di Malaysia. Package posa dan raya. Tahun ni tak balik raya.. Takpa, mana-mana pon sama.. :-) Dah terbiasa..

Apapun saya nak wishing all Muslim in this world;




Kalau ada terkasar bahasa harap maafkan yer.. 

SALAM RAMADHAN DARI SYED FAMILY, CHENNAI

::: The Lancor :::

Bermula disini kehidupan kami selepas berpindah dari Hyderabad. Sesuai sangat sebab menepati ciri-ciri kediaman yang kami cari walaupun $$$.. Tapi alhamdulillah sangat.


entrance


movie time setiap sunday. dulu saturday ngan sunday skrg dah cut cost. Ala2 cinema mcm tu.

ada restoran, gym, snooker, ping pong dan namanya sport club. tingkat bawah ada club house. boleh buat jamuan .

gym

club house

Petang-petang kami akan habiskan masa untuk beriadah. Besar kawasan ni, Ada east side, west, south. Ada gak apartment yang maseh baru bukak tapi dah ramai yang duduk. Sambil-sambil tu leh tambah kan kawan dan sembang2. :-) tak mau jadi " katak bawah tempurung".. hehehe..

Tak rasakan dah 7 bulan duduk sini.  Cepat jer masa berlalu. Alhamdulillah.





::: suatu hari di klinik gigi :::

Minggu lepas punya cerita. Ini kali ketiga pergi klinik gigi. Den ingat dah abis dah treatment tu rupanya ada lagi.. Tak pandai abis-abis.

Dah sampai klinik tu, doktor gigi terangkan apa yang akan terjadi hari tu.. Skema nya ayat. Yang ni nak kasi filling gigi yang kekal punya, sure baik punya lah dan pasni takda masalah lagi. saya layan tak layan jer bila doktor tu cakap sebab saya tau at the end mesti ada penambahan.. Penambahan dari segi pembayaran. Memang tak syak lagi.. Dia beriya terang itu ini bla bla bla lepas tu kan lepas tu kan kan kan kena bayar mahalnya.. berpulohan ribu.. Aitey aisemen.. Bukan duit kita la yer tapi saya tetap mahal gak kalau convert to duit kita..

Tak mau cerita panjang, saya terus cakap doktor tu kita buat apa yg perlu dulu.. Ini pun saya dah saya ok sangat2 dah tak sakit macam dolo2 tu.. :-)

Doktor ompuan tu pun buat ler apa yg patut.. Dia buang filling yang tak kekal tu dan gantikan yg kekal..  Tau tak, saya rasa mengantok sangat dan sempat gak tido kejap sebab tak sakit. Ada sakit pun manja2 jer sakitnya.. hehehe.. DONE..

Ada lagi, dia suruh saya itu ini lagi.. Amboi ko tak menyempat nak rembat duit laki aku yer.. hehehe.. Pandai jer nak pujuk aku suruh gi selalu yer.. hehehe.. Takpa takpa kalau ada problem gigi lagi cek mai no.. Bagi la cek rilek dulu dr visit u all setiap minggu.. hehehe.. lepas bereh semua tu, sibok jer snap sana sini.. Nasib baik takda org  hehehe..









Anyway, TQ doktor gigi.. :-) 



Thursday, July 12, 2012

::: Hujan Rain :::

Alhamdulillah....

Malam tadi hujan beserta dengan angin kencang, ribut petir.. Dah lama mengharapkan hujan turun dibumi Chennai/Shollinganalur ni.. Hehehe.. Tak berapa sangat bahangnya.

Bila lepak-lepak dekat playground rata-rata yang duduk lama di Chennai ni kata, sekarang adalah musim hujan di India tapi berbeza dengan tahun ni.. Yang menjadi masalahnya air. Sekarang ni pun air tak ada. Sejak dua minggu lepas dah macam ni. Dalam sehari 3 4 kali air kena tutup sebab takut stok air habis.. Tak dapek den bayangkan kalau air tak ada.. hehehe..

Memamg masalah besar kalau takda air.. Yang paling penting untuk minum. Kalau ada pun cepat jer habis. Sekarang ni saya kalau stok air untuk minum dekat nak habis cepat jer telefon suruh delivery air minum.. Kalau tak tak tau la.. Pernah tunggu sampai 2 hari air minum tak ada sebabnya stok habis.. Sapa yang duduk Chennai ni paham la situasi ni. :-)

pic google: kejap jer guna air dlm botol ni. untuk minum dan masak. tak guna air paip untuk masak. 



Tuesday, July 3, 2012

::: Pre-School :::

Hari ni, saya dan my son pergi melawat sekolah untuk buat survey for his pre-school aka tadika. Beruntungkan budak zaman sekarang. So, dipendekkan cerita layan jer la gambar dibawah :-)

sekolah 

dia excited tengok buku yang ada ikan.. asyik " fish" jer memanjang

kenal huruf dan benda

bilik ni akan sentiasa bertukar-tukar permainannya.

seronok bila tengok banyak barang yang boleh disepahkan :)

tak reti duduk diam

perpustakaan yang kecil dan selesa. 

bahan bacaan

buku buku

buku lagi

bilik muzik

classroom

Beza sangat-sangat dengan sekolah yang saya pernah pergi sebelum ini iaitu Seeds international scholl. Saya lebih suka yang ini. :-) Harap-harap la ada rezeki my son study sini. Dah nak gi sekolah dah anak omak ni kan. Mulanya the headmaster tu nak letak my son dlm play group memandangkan umur baru 2 1/2 year tapi bila tengok my son punya kebolehan dan respond kalau ditanya " what is this?" terus nak letak dia kat kelas study.. Alhamdulillah.. Suka bila dia boleh berinteraksi dan menunjukkan interest dia terhadap sesuatu yang dia nampak. Erkk maseh terlalu awal lagi untuk saya berkata begitu. Kita tengok bila dia pergi sekolah nanti.. Adakah dia boleh menerima suatu keadaan yang baru baginya tanpa saya disisi.. hehhe.. Jangan nnt dgn mak mak dia sekali masuk kelas and duduk sebelah dia sudah.. hehehe..