Tuesday, August 7, 2012

::: Bila anak demam :::

Selepas sehari balik dari Hyderabad, my son kena demam. Bila check suhu badan dia memangis.. Dia memang tak suka bab2 yang ada kaitan dengan doktor or hospital. Sama jugak la macam saya ni. :)

Saya terus call hubby dan secepatnya dia datang untuk bawa my son ke Global Hospital. Dia maseh merengek lagi.. Agaknya badan terlalu panas dan boleh lihat dari matanya yang sentiasa berair. Kesiannya tengok keadaan dia macam tu. Sekali sekala anak sakit, memang gelabah mak.

Sampai-sampai jer hospital, dia perasan yang dia dibawa ke hospital. Dia terus menangis dengan kuatnya sambil heret tangan saya sambil berkata " go mama go". Eeemmm..

Hubby terus dukung dia dan bawak untuk pendaftaran. Dia maseh jugak menangis. Bila tiba masa nurse nak ambik suhu badan dia, dia menangis kuat lagi.. Alahai.. semua yang ada situ dok tanya "kenapa". Saya senyum jer la. Lepas tu dia muntah. Dia kalau menangis mesti akan muntahkan semua apa yang dia makan. Nasib baik dia kurang makan dan menyusu hari tu. Baik jugak hari tu tak ramai budak yang sakit. turn kita no 2. tapi tunggu jugak la sampai hubby sound kenapa lambat sangat sebab kami dah tak selesa dia asyik nangis jer.. Tu tak ambik timbang berat dia lagi sebab dia asyik kepit jer dgn saya.. Last tu hubby bawak dia check berat. 17 kg dan suhu badan dia pun tinggi dah cecah 100.

Tunggu jer turn.. Lambat siot.. Kali2 tanya.. hehehe.. Akhirnya tiba jugak giliran kami.. Masuk jer dalam tu, semakin kuat pulak nangisnya.. Saya tak tahu nak buat macam mana dah.. Tenangkan dia semakin dia jerit.. Doktor check apa yang patut. Dia still nangis. Part yang doktor suruh bukak mulut tu kelakar jugak, dia bukak then tutup cepat2. Bila doktor nak masukkan kayu untuk check tekak dia, dia muntahkan doktor tu.. Berkali jugak saya say sorry.. Tapi mereka kan professional. Tenang jer.. Lepas tu dia bagi ubat apa yang perlu dia makan.

Bab makan ubat ni satu lagi hal.. Dia memang tak suka ubat.. Rasanya memang budak-budak tak suka ubatkan. So, saya terpaksa campurkan ke dalam minuman dia.. Itupun kadang-kadang bernasib baik dia minum.. Risau saya. Balik dari hospital dia terus baring dan tertido. Saya siapkan apa yang patut untuk berbuka.. kelam kabut jugak la. Saya selalu periksa badan dia dengan lapkan dengan kain basah. Dia tau jer rasa sejuk cepat jer alihkan towel tu dari kepala dia. Saya lap semua tapak kaki dan tangan sebab rasa panas sangat.. Dalam hati tu sentiasa berdoa kepada Allah supaya demamnya kebah. Saya ni jenis yang gelabah mak nenek sikit. Mulaalh pikir yang bukan2. Iskhhh.. Cepat2 istigfar.

Saya masak simple jer. Sungguhpun memasak fikiran saya melayang dok fikir perihal demam my son.

Tidur malam pulak, dia tidur awal dari yang biasa. Selalunya kalau jam tak cecah pukul 1 pagi jgn harap dia nak tidur awal.. Waktu tidur tu macam jer bunyi dia. Saya seperti biasa lap-lap badan dan buh towel basah kat kepala dia. Alhamdulillah dia tak banyak merengek. Sempat jugak saya bacakan tip rawat anak demam dirumah di internet. So saya cuba ikut dengan sapukan air asam jawa di dahi. Alhamdulillah, panas berkurangan. Hari ni dia nampak ok cuma batuk-batuk. Harapan saya semoga my son cepat sembuh dan aktif seperti biasa. Amin.

Notakaki: ketika anak sakit ni, teringat dengan mak. Macam tu la rasa mak masa saya sakit. Sleepless dan rasa susah hati. :( Sayang mak saya muahhhh..

Get well soon my son. Amin ya rabbala'lamin.


::: Get Ready :::

Alhamdulillah, dah lama tak jenguk blog.. Last week balek kampung jap merasai suasana ramadan di Hyderabad.. Suasana yang cukup sibuk dengan orang yang ramai membeli belah untuk sambut Aidilfitri.. Setiap hari kedai akan dibuka pukul 11 pagi dan berakhir pukul 2:30 Pagi.. Waktu pagi org ramai maseh membeli belah lagi.. 

Apa yang get ready ni??? jeng jeng jeng.. Get ready mental dan fizikal akan packing barang-barang lagi.. Akan berpindah lagi.. Dah cakap itu rutin tahunan.. hehehe

Takpa dah biasa dah packing dan unpack ni.. Lepas raya ni baru mula packing barang2 apa yang patut.. Kali ni jauh kena pindah. Antara dua negara.. hehehe.. Takpa i like.. Mana-mana pun sama.. Rezeki katakan.. Akan update mana kami akan berpindah selepas menjejakkan kaki kami disana nanti.. InsyaAllah.

Cukup cerita pasal pindah.. :)

Dah nak penghujung ramadan.. Saya dan keluarga buat persiapan ala kadar jer.. Baju raya baru dah cukup.. Rasanya sambutan raya di Hyderabad ni berbeza.. Saya tak sibuk duduk depan oven baking kek lapis or buat biskut raya.. Kami main beli jer serba sedikit.. Lagipun keluarga makcik mertua nak berpindah rumah baru.. Tapi kami sempat la shopping sikit untuk raya last week. Insya Allah next week kami akan balik semula ke Hyderabad untuk sambut Aidilfitri. Kesian my son, dia tak berapa sehat sejak kebelakangan ni.. demam batuk2 dan muntah2.. Semoga my son akan cepat baik dan aktif seperti biasa.. Amin