Thursday, November 29, 2012

::: Akhirnya :::

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai untuk kali kedua ke bumi Amerika Syarikat setelah tiga hari perjalanan.. Syukur padamu ya Allah kerna peluang ini sekali lagi..

So, sekarang ni kami tak menetap di San Francisco. Kami dah move back to Minneapolis dan menyewa sebuah rumah bersebelahan dengan masjid Dar Al Farouq. Syukur sekali lagi.

Buat pertama kali menyewa rumah sebab selama empat tahun menetap dan asyik berpindah serta menghuni Apartment saja. seronok jugak. oh, saya rasa ayat saya adalah sangat kurang memuaskan.. hehehe.. Lama tak menulis maklum la..

Sekarang ni winter dan saya mengharapkan salji akan turun namun berbeza sangat pada tahun 2007. Klaua waktu tu macam ni dan penuh diselaputi salji.. Tahun ni agak lambat la.. InshaAllah Desember kita tengok macam mana.. My son tiap hari tanya " snow ka?'' hehehe

Ada jugak salji turun last week tapi sikit saja.

Semoga Allah mudahkan segala perjalan hidup kami kali ni dan diberi kesihatan yang bait InshaAllah..

Note: bestnya, tadi call mak, dan mereka sedang nak pergi ke kebun kutip buah durian..rindu dah dgn my family ni.. hehehe.. semoga mereka semua sehat..