Monday, April 29, 2013

Al kisah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah.. Maha suci Allah..

Al kisah minggu lepas ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. Dengan keadaan saya yang tidak sihat, menyusul pulak my son. Hah nak cerita pun saya tak tahu macam mana nak mula.. Keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, so paham-paham la memang kerja-kerja rumah tak dapat nak dilakukan dengan lancar.. Masak pun ala-ala kadar. Yang kesiannya hubby makan apa yang ada. Kesian sangat.. Saya memang tak lalu makan dan rehat baring seharian.. Bukan nak cakap besar, saya jarang sakit, tapi bila saya sakit memang teruk lah. Alhamdulillah Sekarang dah beransur sehat.

The story about my son, kesian dia.. Dengan keadaan hidung yang tersumbat sukar untuk dia untuk tido malam so kami bawak dia untuk buat pemeriksaan. Bukan tu saja, disusuli dengan batuk-batuk kahak. Yang membimbangkan dia tido berdengkur kuat sangat. Saya rasa tak selesa nak tido bila dengar bunyi yang kurang memuaskan dan tengok keadaan dia. We discuss dengan doktor then doktor cakap, budak berengkur kuat bukan perkara yang elok.. Then, bila diikuti penafasan mereka yang terhenti-henti. So doktor advise saya supaya monitor dia sewaktu dia tido, tengok macam mana pernafasan sewaktu dia tido.. Risau sangat. tak henti doa saya supaya dia recover cepat. My son masih aktif main walau dalam keadaan yang sebegitu. Alhamdulillah, satu perkara yang tak perlu dirisaukan. Selera makan yang seperti biasa juga adalah petanda yang dia ok.. So, setiap malam tido harus bertemankan vick warm viporizer.

Tengok keadaan dia semakin ok, saya rasa syukur namun tiba-tiba selepas balik dari sekolah pada Jumaat sebelah petangnya, dia batuk tak henti. Sabtu pagi pada pukul 6 pagi dia batuk tak henti sampai termuntah-muntah kahak yang banyak.. Saya kesian tengok keadaan dia yang lemah.. Allah saja yang tahu perasaan saya pada ketika itu.. Pada sebelah malam sebelumnya hubby call dan cakap dengan nurse tentang keadaan my son. So nurse suggest saya run the hot water dalam bilik mandi and stay or bagi satu sudu honey tapi dia refuse tak mahu ubat. Saya pun stay dengan hubby and my son dalam bilik mandi. Alhamdulillah dia ok dan tertido dalam dakapan saya.. So, hubby alihkan dia ke bilik. Dia tido sampai pagi..

So hubby decide nak bawak jugak dia ke urgent care pada sabtu.. Sampai urgent care dia masih batuk jugak. Dah sudah jumpa doktor and terangkan keadaan dia, doktor cakap lung dia ok not to worry, masalah nya dia tak tahu how to handle kahak. Itu yang menyebabkan dia berasa tidak selesa dibahagian leher. So, doktor cakap nak bagi ubat or injection. Due to dia susah nak makan ubat so saya cakap kasi jer injection. So, tunggu sampai nurse datang dan kasi injection. Dia jerit kuat sangat then cakap sakit.. Lepas nurse beredar saya dan my son kena tunggu doktor datang semula. Hah waktu tu tunggu lama sangat sampai my son dan saya tertido dalam bilik tunggu doktor. Saya lapar sangat-sangat. Alas perut dengan hanya minum air saja.. Akhirnya doktor datang explain everything. Lepas tu, kami terus pergi indian restoran makan.. Lapar sangat-sangat. My son dia ok jer dan selera jer dia makan nasi sama butter chicken and gulab jamun.. Alhamdulillah..

Saya akan sentiasa berdoa agar anak saya sehat seperti biasa. Baru saya tahu bagaimana perasaan ibu saya ketika saya tidak sehat.. "Mak, i love you so much and my dad too..love you both and thank you"..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...


Tuesday, April 23, 2013

Dental And Snow Spring in April

Baru lepas masakkan my son mee sup.. Pepagi dah bangun siap-siap nak gi dental appointment pukul 8 pagi.. Saya pergi sorang sebab tak sampai hati nak kejutkan my son yg maseh tido lagi. Seperti minggu lepas jugak la cavity treatment.

Sebelum tu, dalam pukul 7 pagi saya dah ready dan yang tak bestnya saya kena bersihkan snow yang ada di kereta.. Letih sangat dah la sejuk but very sunny. Setengah jam jugak saya bersihkan ais yang melekat pada kereta.. Tengok-tengok jam dah nak kol lapan. Apalagi terus drive ke Mennatonka blvd. Bukan jauh pun dari rumah dental klinik tu.. Sesampai jer doktor siap dah tunggu.. Dalam sejam jugak dia buat treatment tu then saya sempat tido.. hehehe.. Done tu saya maseh rasa kebas-kebas sebab injection..

Saya terus jer balik rumah, ingat nak singgah cub food beli barang sikit tapi bila tengok jam dah kol 9 pagi. So kena balik sebab hubby nak gi kerja.. Pecut terus tapi saya sempat berhenti ditengah jalan menuju nak masuk simpang apartment sebab tengaok view yang cantik masha Allah.. Tak dan nak ambik banyak sebab ada kereta sedang lalu.. hehehe.. The End..

Add caption


Wednesday, April 17, 2013

Alahai *_*

Oh part yang paling best nak share adalah bab makan.. hohoho.. Nak ambik mood makan ni, sejak last week mood nak makan very down. Masak pun membazir sebab makan just sikit jer..

Masakan ni saya masak beberapa minggu yang lepas.. Masak beriya jer tapi nak habiskan alahai punyalah susah.. Punyalah sedap jugak *puji diri sendiri*.. kui kui kui.. Tapi memang sedap. Apa tak nya. Jom layan gambar nak??

Sesuai dimakan dengan nasi panas2 or biryani.. eheemmm Terong yang digoreng terlebih dahulu dan dimasak dengan few spice. Rasanya, pedas, lemak dan masam..

Apo lai, asam podas ikan tenggiri yang sedap..

sup makanan laut dan sayur campur

Kari sayur beryogurt.. lemak berkrim untuk dimakan bersama puri or nasi panas..

Tengah pikir apa nak masak untuk hari ni???? blur yang amat sangat.. Bila agaknya blur nak masak ni berakhir.. Alahai.. Weather pun mendung jer ni..





Sampai ketemu lagi yah dilain entry ;;;)





Tuesday, April 16, 2013

Jom Ngerepak

Mak ai.. Lamak nar wak sik update blog ku tok eh.. Ya Rabbi nang malas ko tok eiha.. hehehe.. Kali tok buang tebiat kelaka serawak di blog saya tok.. Lamak dah sik nulis.. Bukan apa, minggu lepas ya Allah cuaca nang mendung ujan salji nang nyuruh mood sik bagus.. Sayuk jak rasa ati ko.. Jangan kan hati rok, Masak pun malas eh.. Doh eh merepuk lam rumah la jawabnya mun minggu tok cuaca sik berapa nak bagus agik...

Apa nak dikelaka tok sebenarnya???? emmmmm.. maok cerita pasal anak ku dah gi sekula lah.. hehehe.. Sik terasa cepat jak masa berlalu dah sekul anak aku eh.. Carik punya carik sekolah yang dekat sik juak berkenan.. Last last nah ku anta di Plymouth.. hehehe.. Bagus juak ko sekolah ya.. Sekpa la janji anak saya tok belaja.. Bukan pun belaja gilak, rasanya main jak kot.. Bermain sambil kenal sesuatu.. Udah bila nganta anak pergi sekolah ya, melobo jak menan ko.. Nang segala macam mak nenek semua ada ko.. Makin la jadi anak saya mun diat menan alu sik ingatnya mak nya tok eh.. Bila dah nak start kelas ya, ingat tek nangis ditinggal.. Kita pulang dibabai nya koh.. Sik nya nak nangis suka pulang ada.. hehehe.. Syukur la sik susah disuruh sekolah.. Jangan koh, ada juak anak yg bila dianta ke sekolah buat kali pertama, bertarit kain agik sik maok sekolah, Takut emaknya ngerayo gi shopping komplek.. hahaha.. Guro ko.. ;-)

Sambil nulis tok, sempat juak nengar dak johara dipagi era tok ngerepak.. senyum kedirik juak dgr daknya tok.. lawak pagi ari.. eh sitok dah petang koh.. Pastok nak masak k makan malam gik.. Sebelum ngundur dirik, jom makan bubur kacang.. hehehe

Sadiq school
Sekian terima kasih..





Monday, April 1, 2013

Pesta Bunga di Macy's Downtown MN

Bilaaa???? Serius saya terlupa hari berapa yang pasti minggu lepas.. Subhanallah pelupa betol saya sejak akhir-akhir ini.. Saya dan kak Zie serta anak masing-masing yer.. 1st time la dalam hidup saya menengoknyer pesta bunga.. :-)

Yang uniknya pesta bunga bukan dekat taman bunga tapi dalam Macy's mall. Seronok jugak la. Jakun kejap tengok bunga-bunga yang cantik dan bau bunga yang harum.. Poning jugak dibueknya.. hehehe.. Yang kelakar nya anak saya siap sampai nak muntah-muntah lagi. Dia tak suka bau bunga.. hehehe..












Pssstt::: Sabtu lepas pindah rumah lagi.. sekarang duduk apartment yang sama ketika mula-mula sampai US 2007 dulu.. Penat jangan cakap.. Ini la rutin tahunan saya dan kelaurga.. Dimana ada rezeki disitulah kita.