Tuesday, May 28, 2013

Falafel & Fishing

Hah.. 2 entry sekali.. hehehe.. Layan jer la..

ini falafel dinner plate. sedap, hari tu dpt free satu dinner sbb hubby peminat tegar falafel sini.. hehehe

saya makan salad jer.. share with my son.Dia pulun pita and rice.

bab makan dia tak tolak.. Alhamdulillah..

beriya jer nak suap sendiri..

ini la kedai tu dekat ridgedale mall. kalau pergi sini tak sah tak singgah makan..

kununnya nak pancing catfish... hehehe

my fishing rod... Saja jer kan.. hehehe.. seronok bila ikan makan habis umpan.. hehehe..

pengakalan yang disediakan.. maseh sejuk lagi.. cuaca hujan memanjang.. ikan pon dok tidoq tak mau timbul.. huhuhu

Friday, May 24, 2013

Lake Calhoun Minneapolis

Cerita Ahad lepas.. tak plan pun nak gi sini sebab hubby dia gi mancing ke tasik mana entah..So, saya dan Sadiq duduk rumah jer tengok movie.. Tetiba hubby call suruh get ready nak bawak kita gi lake Calhoun. Sebab rasa boring pergi jugak.. Saya siapkan apa yang patut.. Bawak la sedikit makan-makan dan air.. keropok jer dan buah.. hehehe..

Sesampai jer, kita cuba memancing.. ramai gak yang memancing hari tu.. Cuba nasib tapi tak berapa nak bernasib baik.. sadiq siap jerit-jerit lagi.. "where are you fish" hahahaha.. Sabar jer la.. So kita decide tukat tempat.. Tasik tu besar sangat..




Sedikit info tentang lake calhoun.:

Lake Calhoun is part of the Chain of Lakes and is a popular site for fishing, wind surfing, swimming, sailing, canoeing, walking, jogging, biking and roller- and in-line skating. In 1999, the Chain of Lakes drew over 5.5 million visitors making the Lakes the second most popular visitor destination after the Mall of America.
The distance around Lake Calhoun is 3.2 miles for bicycles and skaters and 3.1 for walkers and runners.
Watercraft rental is available through Wheel Fun Rentals.
The Tin Fish Restaurant is located in the Calhoun Pavilion.
Historical Profile: More information about this and other parks is included in Parks, Lakes, Trails and So Much More, a richly detailed account of the histories of Minneapolis’ renown recreational system. 

Kali kedua saya pergi sini. Pertama dulu tahun 2007 with my bestfriends.

Belum sempat nak gi another port tetiba hujan turun dengan lebatnya.. Semua yang ada lari kearah kereta masing-masing. Cuaca memang dah gelap jugak masa kami menuju ke kereta.. Ada yang baru sampai tak dan nak buat apa-apa.. Lebat jugak la hujan pada masa tu.. Kami terus balik jer.. 

Saya, sampai jer rumah terus baring dan tertidur.. Tak sedar hubby and my son gi jalan buat grocery.. hehehe.









Sekian Terima Kasih :)

Monday, May 20, 2013

Last School Session ~ Wayzata Public School, Plymouth

Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah.. Jumaat lepas berakhirnya sesi persekolahan Sadiq. Boleh dikatakan satu pengalaman baru untuk saya dan lebih-lebih lagi Sadiq.. Alhamdulillah dia tak ada masalah dari mulanya sesi persekolahan hingga habis sesi. Boleh kata dia macam dah biasa dan tak takut jumpa dengan orang yang baru dia kenal.. Setiap kali habis sekolah akan dapat positif feedback dari cikgu dia.

Nak cerita sikit pasal sekolah ni.. Sekolah mula pukul 9:30 am. Setiap hari hubby akan hantar saya dan Sadiq ke sekolah sebab saya tak berani nak driving guna highway.. Maklumla saya ni drive macam siput.. hehehe.. Sampai jer sekolah kena pergi washroom cuci tangan dan buat apa yang harus walaupun tak rasa nak buang.. hehehe. Kena letak jacket kat locker masing-masing. Setiap student ada locker dan nama sekali. Terus masuk kelas dan Seperti biasa main-main, buat puzzle, art, main masak, semua la ada.. letih pulak layan budak.. Masa tu parent will stay dengan anak-anak sampai la pukul 10 am. Lepas jer habis circle time so parent kan pergi ke meeting room. Setiap kali meeting mesti ada topic. Seronok jugak boleh share knowledge dan sesuatu yang baru tentang pendidikan kanak-kanak. Madam Gary's pun best orangnya.. Sangat peramah. Setiap kali ada jer yang bermurah hati bawak food untuk dikunyah masa meeting. Chips, cookies, cereal dan macam-macam la. Seronok. Saya makan apa yang boleh dimakan. :)

Pukul 11:30 am class habis so Sadiq and friends akan berbaris menuju ke meeting room untuk jumpa parents memasing. Lepas tu siap-siap nak balik tunggu my hubby jemput.. Balik sekolah jer mak ai bukan main letih saya mengalahkan my son. hehehe.. 

Ini la sekolah pertama my son, lepas ni kita daftar dia ke Saint Louis Park public school pulak. June ni kita daftar dia untuk creative class. Ada 5 class jugak macam Wayzata public school, Plymouth.






 Best sangat pengalaman ni. :)



Wednesday, May 15, 2013

Bunga oh Bunga

Sabtu lepas gi jenjalan ke Menard saja ikut hubby yang nak membeli tools.. Saya apa lagi ambik kesempatan meneroka ruang belakang kedai yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.. Geram mak oiiii.. Ramai gak yang membeli bunga-bunga dan beli benih-benih sayur.. Suka jer tengok dok angkut itu ini.. Sempat ambik gambar few aje.. Takpa la, Menard bukan jauh pun dari rumah, jalan kaki dah sampai..

Diantara yang menjadi pilihan kecuali kur kura tu je tak.. saja ambik gamba sbb My son suka.. Tulip tu cantik..

Cantik dan segar jer..
Kalau bunga yang diletak dalam pasu kecik-kecik harga dalam Usd2 lebih kurang.. Kalau yang pasu besar-besar, Harga ada yang less than $10 dan $20 macam tu..

Thursday, May 9, 2013

School

Alhamdulillah.. Dah nak habis sessi persekolahan my son.. Sempat daftar untuk satu bulan jer.. This time saya daftar my son dekat Wayzata Public School.. Kira 7-10 minit drive kalau guna highway.. Sekolah ok jer.. Dia seronok sebab dapat ramai kawan.. Tak banyak sangat nak story sebab sekolah 1 kali jer seminggu iaitu jumaat pukul 9:00 pagi- 11:30 pagi jer.. Alhamdulillah, Habis kelas jer dapat good feedback dari cikgu regarding my son.. Cikgu cakap dia suka tolong kemas-kemas dan enjoy the class session. Agaknya dah terbiasa sebab dia suka tolong saya dekat rumah. :)

Sempat tangkap gambar last week masa dalam kelas.. hehehe.. Next summer tukar sekolah pulak daaa.. Saya daftar dekat dengan area rumah. Yang ni dua kali seminggu.. Ok la. Daftar kat Saint Louis Park Public School..  Kelas mula 17 July ni.. Katanya creative class.. :)



Spring!!!

Finally spring is here.. Cewah, semangat nak update pepagi ni..  Alhamdulillah cuaca elok jer dua tiga hari ni tapi dijangkakan hujan ditengaharinya.. Wah, ayat dah terikut-ikut cara Johan raja lawak cakap.. hahaha.. Seronok sangat dapat keluar for morning walk dan sebelah petangnya beriadah bersama my son.. Dia seronok ler sebab bebas lari sana sini.. Asyik tengok tv ngan main games phone elok jugak bawak dia jenjalan.. Suka pergi library tapi kereta xde daaaa.. hehehe.. Naik bas boleh jer tapi tak berapa nak rajin..

You know what?? Semangat nak ber"garden" kecil-kecilan ni.. hehehe.. Nak tanam bunga dan berbagai lagi tapi bilanya. Angan-angan nak tanam pokok itu bagai.. Suka aktiviti ni tapi kena ada full support dari hubby baru bolah jadi angannya.. Sejak dari California nak ber" garden"nya.. emmmm.. hehehe

Layan gambar my son yang seronok main dekat playground berdekatan dengan apartment..



 Bila dia happy saya lagi happy tengok dia seronok main-main.. :)

Psttttt:::: > katanya nak gi vacation long drive this summer.. Mana agaknya yer ker jadi ke tak???  :)