Thursday, June 19, 2014

Two River and Kalahari Water Park, Wisconsin

Last few weeks, kami sekeluarga pergi ke Two river dan Kalahari waterpark untuk habiskan weekend kami bersama. Seronok sangat. Spend time together with your love one kan. Family quality time katakan. Memandangkan cuti sekolah kena bawak anak jenjalan dari asyik terperap dirumah jer. Boring jugakkan.

Kami bertolak dari Minneapolis sebelah petang jumaat dan driving mengambil masa 5 jam untuk sampai kedestinasi.. Memang jenuh la jugak.. Kematu punggung tapi bila tengok nature view mashaAllah sejuk je mata memandang. Cantik sangat.. Banyak gak berhenti di rest area. Akhirnya sampai jugak dalam pukul 10:00 malam macam tu.. Selesai check in terus siap-siap makan malam dan tido.. Keesokannya Husband dia ada pertandingan mengail. Pukul 4;40 am dah bangun siap-siap nak pergi daftar. dua hari berturut-turut tu dapat jugakla ikan tapi tak sampai dapat tempat teratas.. Lumayan jugak hadiahnya tapi takda rezeki.. Cuba lagi next year.. Kami dua beranak tak la join sekali sebab, weather maseh sejuk sangat.. Hotel tempat kami menginap tu betul-betul berdepan dengan Lake Michigan.. Rasa duduk tepi pantai jer.. Tasik je tu..

cantik kan.. capture dari bilik hotel jer.. Lake Michigan
Lepas habis memancing tu, hubby bawak la jenjalan tengok tempat dia dan yang lain-lain mengail. Peserta datang dari Chicago, Indiana dan tempat yang lain lagi..






Weather maseh sejuk lagi masa ni.. Bising la anak saya tanya masa sweater dia.. Saya just packing baju summer jer.. hehehe

So, monday to check out.. Sebelum balik Minneapolis kami singgah Kalahari waterpark. 3 hour drive. Sampai-sampai jer tengahari dah. Terus jer masuk Kalahari waterpark sebab my son dah tak sabar main air. Hohoho.. Dah sudah beli tiket tu, my son ngan hubby terus masuk dan tukar baju. Saya tak join la sebab tengah sarat.. hehehe.. So saya apa lagi, outlet dah dekat shopping la. Cari barang-barang bayi terutama baju baby. Tapi tak berapa ak sale sangat. Beli apa yang patut jer..

Empat jam jugak mereka spent time dalam waterpark tu.. Jenuh tunggu. Sempat jugak window shopping dalam Kalahari tu..

Bila dah sudah selesai dan penat, pergi tukar baju dan siap-siap nak balik Minneapolis. dah tak larat dah.. driving back to minneapolis ambik masa 4 jam macam tu.. Penat sungguh Hubby sebab bawak my son main air.. hehehe.. Kesian saya ingat nak tolong driving back to Minneapolis tapi tak berani la.. hehehe.. Dasar penakut tu..

My son happy sangat, sampai tak mau balik.. Kena pujuk pelan-pelan dapat jugak bawak dia balik.. Maseh tak puas.. Entah bila lagi nak pergi sebab lepas ni kandungan dah nak masuk 7 bulan. Sekarang pun dah tak larat sangat-sangat berdiri lama.. Nak shopping sikit lagi barang baby. Then lepas tu lepak la kat rumah sampai due nya.. hehehe..





Sampai ketemu dilain entry.. :) 

Nasi Kerabu made from Minneapolis

Wah.. entry pasal makan la pulak kali ni.. Lama dah mengidam nak makan nasi kerabu tapi tak pernah masak. Finally dapat catch seorang student yang memang boleh masak. So bincang punya bincang jadi jugak.. Tapi kena tunggu student yang bernama Maisara ni habis exam dulu baru fix the date.. hehehe.. Nak makan sanggup tunggu..

Ahad lepas dapat la belajar cara-cara how to cook nasik kerabu yang sedap dan puas hati.. Sabtu sebelum ahad tu saya shopping la barang-barang yang diperlukan.. Bila dah sampai Asian grocery saya rupanya tak tau macam mana daun kesum. Semua daun herba saya hidu sampai naik pening kepala.. Lastnya salah jugak. Entah daun apa yang saya beli that day.. Kata kawan saya daun ni herba vietnam untuk masak sup. Hahahaha.. Moral of the story kena google dan save gambar sebelum pergi beli.. Jarang sangat masak guna daun tu.. Maklum la kalau masak asam pedas sarawak mana ada guna daun kesum.. hehehe.. Takpa belajar dari kesilapan.

So, ahad tu kita masak beramai-ramai.. tak la ramai sangat dalam 4 orang macam tu. Dua student dan 2 mak-mak cute.. hahaha.. Memang seronok la hari tu.. Puas hati dapat makan nasi kerabu.. Lepas mengidam nya.. hehehe

Terima kasih yer Maisara, Kak Zie Daim dan Arifah sebab sudi layan karenah mak buyong ni yang nak makan nasi kerabu.. hehehe..








Sedap sangat.. Lepas ni nak jemaah buat kek lapis dan biskut raya.. Kan tak lama lagi nak puasa.. kami maseh beraya diperantauan lagi.. :)

Thursday, June 12, 2014

Puasa dan dekat ~~~ Alhamdulillah.

Dah tak berapa hari lagi nak sambut ramadan.. Tak sabarnya.. Rindu sesangat ramadan.. Malam ni malam nisfu syaaban. Sama- sama la kita prepare diri yer.. Harap Ramadan ni kita dapat jalankan dengan sempurna dan mudah.. Amin..


Maseh lagi berpuasa diperantauan. Rindu nak sambut ramadan dinegara sendiri bersama keluarga tercinta.. :(