Showing posts with label Moving. Show all posts
Showing posts with label Moving. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

::: Akhirnya :::

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai untuk kali kedua ke bumi Amerika Syarikat setelah tiga hari perjalanan.. Syukur padamu ya Allah kerna peluang ini sekali lagi..

So, sekarang ni kami tak menetap di San Francisco. Kami dah move back to Minneapolis dan menyewa sebuah rumah bersebelahan dengan masjid Dar Al Farouq. Syukur sekali lagi.

Buat pertama kali menyewa rumah sebab selama empat tahun menetap dan asyik berpindah serta menghuni Apartment saja. seronok jugak. oh, saya rasa ayat saya adalah sangat kurang memuaskan.. hehehe.. Lama tak menulis maklum la..

Sekarang ni winter dan saya mengharapkan salji akan turun namun berbeza sangat pada tahun 2007. Klaua waktu tu macam ni dan penuh diselaputi salji.. Tahun ni agak lambat la.. InshaAllah Desember kita tengok macam mana.. My son tiap hari tanya " snow ka?'' hehehe

Ada jugak salji turun last week tapi sikit saja.

Semoga Allah mudahkan segala perjalan hidup kami kali ni dan diberi kesihatan yang bait InshaAllah..

Note: bestnya, tadi call mak, dan mereka sedang nak pergi ke kebun kutip buah durian..rindu dah dgn my family ni.. hehehe.. semoga mereka semua sehat..

Tuesday, August 7, 2012

::: Get Ready :::

Alhamdulillah, dah lama tak jenguk blog.. Last week balek kampung jap merasai suasana ramadan di Hyderabad.. Suasana yang cukup sibuk dengan orang yang ramai membeli belah untuk sambut Aidilfitri.. Setiap hari kedai akan dibuka pukul 11 pagi dan berakhir pukul 2:30 Pagi.. Waktu pagi org ramai maseh membeli belah lagi.. 

Apa yang get ready ni??? jeng jeng jeng.. Get ready mental dan fizikal akan packing barang-barang lagi.. Akan berpindah lagi.. Dah cakap itu rutin tahunan.. hehehe

Takpa dah biasa dah packing dan unpack ni.. Lepas raya ni baru mula packing barang2 apa yang patut.. Kali ni jauh kena pindah. Antara dua negara.. hehehe.. Takpa i like.. Mana-mana pun sama.. Rezeki katakan.. Akan update mana kami akan berpindah selepas menjejakkan kaki kami disana nanti.. InsyaAllah.

Cukup cerita pasal pindah.. :)

Dah nak penghujung ramadan.. Saya dan keluarga buat persiapan ala kadar jer.. Baju raya baru dah cukup.. Rasanya sambutan raya di Hyderabad ni berbeza.. Saya tak sibuk duduk depan oven baking kek lapis or buat biskut raya.. Kami main beli jer serba sedikit.. Lagipun keluarga makcik mertua nak berpindah rumah baru.. Tapi kami sempat la shopping sikit untuk raya last week. Insya Allah next week kami akan balik semula ke Hyderabad untuk sambut Aidilfitri. Kesian my son, dia tak berapa sehat sejak kebelakangan ni.. demam batuk2 dan muntah2.. Semoga my son akan cepat baik dan aktif seperti biasa.. Amin





Tuesday, November 29, 2011

Kesian dia...


Kesian dia... Alahai.. Kenapa nak kesian?????

  • Dah beberapa hari dok lam bilik : kerja selongkar barang dlm laci, lari sejemput jer
  • Tak boleh nak tunjuk skill dia boleh lari laju2
  • Boring asyik mengadap tv cerita cartoon & muzik video.
  • Asyik kena marah ;) & byk lagi la.. tak larat nak cerita 
Bukan dia jer kesian. Ngan mama dia kesian sekali.. hehehe.. Mana taknya, sejak jumaat ptg tu check in hotel sampai la ke hari ini maseh gak stay. Yela, kita satu family dah move to Chennai since 14, dah ada tempat nak sewa tp tu la, alahai lambat giler.. Tuan rumah tu very the slow tau.. Tapi bab nak mintak bayar itu ini cepat jer kan ko.. Ni la manusia.. Hari tu jugak nak duit tapi rumahnya tak dan jugak kerja yg sepatutnya disiapkan. Dah la mintak extra money. Sabar jer la.. malas jugak nak cerita, nanti cepat kertu muka i ni.. mana taknya asyik tension jer..

Mana nak bawak anak jalan & main kat luar.. Main road ok.. Nasib baik la senang nak handle dia.. Cepat la yer, Dah extremely boring ni.. Harap hari ni dah boleh check out.. 

Apa pun kena byk sabar & i know that.. Hopefully Allah mudahkan semua nya.. Amin