Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Persiapan Syawal

Fuhh entry tu.. Hehehehe.. Persiapan syawal dinegara USA ni tak la semeriah di Kampung halaman ya dek.Takda pun berabis itu ini. Sambutan ala kadar la sangat. Tapi semangat raya tetap ada. Dah masuk 8 tahun dek sambut raya diperantauan.. Tahun 2011 sambut raya di kampung halaman memang meriah la.

Apa persiapan ekk?? Bagi saya tak berapa la tahun ni. Hanya sediakan apa yang patut. Tak kan la xda persiapan langsung kot. Walaupun sikit itu sudah memadai. Mana la tau kalau ada yang sudi datang bertandang kerumah. hehehe.. Buat biskut ngan kek barang satu dua jenis kan.. Kalau nak masak-masak tahun ni tak la kot. tak berapa nak larat.. Maklum la "mak buyung". InshaaAllah tak lama lagi my second baby akak lahir.. Harap semua ok walaupun kali ini pregnancy tak berapa nak enjoy sangat.. Takpa la perancangan Allah itu yang terbaik..

Tiap hari dok call mak di kampung tanya itu ini. Terutamanya persiapan raya hehehe.. memang dah rindu sangat nak balik ni. Sabar.. Semoga Allah mudahkan Pelan kita nak balik kampung beraya next year.. Rindu sesangat dengan suasana sebelum raya di kampung halaman.. Riuh rendah dengan bunyi mercun dan lampu lip lap. Tak kurang jugak dengan jiran tertangga yang dok sibuk segala macam..

Alhamdulillah, persiapan dari segi baju dah ada.. Pakai yang tahun lepas la jugak cuma shopping sikit nanti bila nak dekat raya untuk my son and hubby. Sini tak sesak mana pun shopping kompleks berbanding tempat kita kan. Tapi yang sesak-sesak tu jugak yang best kan.. hehehe

Dikesempatan ini kami sekeluarga yang berada di Minneapolis USA mengucapkan:



InShaaAllah, tahun ni raya sambut kat Masjid jer bersama Muslimin muslimat yang lain. Hubby pun kena kerja pagi syawal tu lepas solat raya.. Meriah jugak tu.. Nanti update yer..

Raya raya jugak jangan lupa tragedi yang menimpa MH17 dan MH370 yer - Al-Fatihah.



Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha Dari Kejauhan

Tak terasa dah hampir setahun di Minneapolis.. Raya haji yang kedua di MN. Alhamdulillah.. Rindu kampung jangan cakap.. Sapa tak rindu wei.. Walaupun tak semeriah mana yang paling penting meraikan bersama keluarga tercinta kan.. Bermaafan sesama kaum keluarga jiran tertangga.. Ni dah duduk jauh hanya skype jer jadi penghubung.

Sambutan raya di Amerika ni ala kadar jer. Pepagi pergi sembahyang raya, lepas sembahyang breakfast then hubby dia gi kerja.. Esok my son tak sekolah. Saya dah mintak cuti awal tadi pagi lepas hantar dia kesekolah.. Selalunya akan ada event for kids dan jual-jual macam tu.. Jarang sangat dapat join sebab hubby kena kerja..

Untuk esok maybe kami buat potluck dinner jer kot.. Tak buat apa pun lagi.. Lemau jer rasa dah la sejuk mendung ni.. Mood pun serupa jer dengan weather.. tengok facebook kengkawan siap baking cake masak itu ini.. Alahai telan air liur jer la..

Dikesempatan ni nak ucap la untuk semua:

I luv islam.com
Doa hari Arafah;

sama-sama kita berdoa dan semoga Allah makbulkan doa kita amin yarabbalalamin


Friday, August 9, 2013

Aidilfitri 2013 Minneapolis MN USA

Alhamdulillah.. Dapat update blog hari ni. Entry biasala pasal raya-raya dan persiapan raya.. Raya diperantauan ni takda la semeriah raya di kampung halaman.. Mana-mana pun syawal tetap disambut meriah.

Tak sangka tahun ni saya berjaya bake 3 kek. 2 kek lapis iaitu kek lapis idola dan holiday inn. Satu kek lagi saya kukus, kek lumut.. Walaupun tak seberapa nak jadi ok la dari takda kan.. Oh ada lagi saya buat cookies jugak.. Dua cookies, mama carries dan tart nenas gulung dan bunga.. Tak jadi sgt tart nenas saya.. Takpa boleh cuba lagi.

Sehari sebelum raya saya masak lepas berbuka sebab tak larat sangat baru balik dari swimming class my son. Berbuka pun dengan apa yg ada.. Just masak nasi jer.. Lepas berbuka tu saya goreng ayam separuh masak untuk ayam masak merah dan saya sediakan rempah-rempah untuk masak nasi tomato keesokkan paginya sebelum sembahyang raya.. Malam tu jugak saya belajar masak lemang.. Saya dah siap beli daun pisang dari asian store. Alhamdulillah menjadi sebab siap call mak tanya macam mana nak masak nasi pulut.. hahaha.. Tu la bak kata orang bila duduk dekat ngan mak tak mau belajar semua mak nak kena siapkan.. Bila dah jauh baru tahu akibatnya.. Sama jugak dengan kek ni.. Makcik, kakak ngan adik semua expert perihal kek lapis.. Memang saya tak yakin bila buat sendiri tapi saya cuba gak.. jadi tak jadi belakang kira..

Sembahyang raya, kami sembahyang dekat Northwest Islamic Community Center Plymouth.. Ramai jemaah siap kena buat 3 group.. Kami group kedua. Lepas sembahyang raya kami potluck raya dekat rumah kakak di Como ave.. Ada empat family. masing-masing bawak makan sorang sikit.. Sedap-sedap pulak tu.. alhamdulillah.

Bila petang lak Student malaysian anjurkan open house.. So sweet kan.. Masak lak sedap-sedap.. Macam-macam ada.. Seronok la raya kali ni..

kek lapis idola

kek kukus lumut

lemang perantau

kek raya saya.. dah nak abis daaa...

biskut raya saya

nasi tomato

ayam masak merah prune




open house malaysia student UoM.. tq all makanan sedap-sedap belaka

Akak Zie Daim...

makan-makan yer..
 Alhamdulillah cerita raya saya untuk tahun ini.. Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf zahir batin pada kedua ibu bapa saya yang berada di Miri Sarawak dan seluruh kaum keluarga.. Untuk teman-teman juga.. Salam Aidilfitri..




Thursday, October 25, 2012

::: Salam Aidil Adha 2012 :::

Salam semuanya.. yeay esok nak raya dah.. Bagi Malaysia tanah air ku tapi kami tak lagi raya esok.. Dikhabarkan Sabtu akan menyambut aidul adha. Ok la.. wishing semua muslimin dan muslimat seluruh dunia: