Showing posts with label USA. Show all posts
Showing posts with label USA. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Barang Free

Hai macam takda cerita lain jer nak tuliskan.. Time boring ni elok juak diisi dengan menulis sementara my son tengah tido.. Ada gak faedah nyer..

Nak tulis gak tentang barang free yang saya dapat semalam.. hehehe.. Saja jer kan.. Antaranya teh cameron perisa strawberry lagi.. Semalam, gi ziarah kawan sebelah rumah.. Sesampai jer dia habaq la, banyak barang nak kena buang ni.. Tadi pun dok asyik kemas bilik. Lepas tu dia habaq lagi mau something free dak? Aih, mak ai kalau dah namanya free, mau ler.. Walaupun pada ketika itu saya memang malu malu kucing .. hehehe

Memula kita gi bilik atas, Tengok banyak jugak la barang yang ditinggal oleh seorang pelajar Malaysia yang dah abis belaja.. hehehe.. Dia duduk sekali dengan kawan saya ni sementara nak habiskan belaja di Universiti of Minnesota.

iklan jap:::: "apa bau ni hangit ni??? rupanya saya terlupa nak kecikkan api nasik.. Nasik dah hangit :::""(((

Sambung balek cerita barang free.. Saya dapat Cermin panjang, bakul laundry, kipas angin dan selebihnya saya tak ambik la.. So, turun bawah kat garage pulak.. Banyak lagi barang dapat free.. muahahaha.. Seronok la sakan sambil pilih2.. Termasukla teh dan segala macam rempah ratus saya dapat free.. Seronok dapat banyak jacket dan kasut boot.. Muahahahaha.. Gelak jahat...

Alhamdulillah, Semua barang-barang dilaporkan dalam keadaan yang sangat baik.. hehehehe..

sedap.. 

celestial herbal tea tak cuba lagi yg belah atas, yang peach tu saya beli.. saja tumpang glamor.. hehehe


Kalau dekat US ni, summer season memang banyak jualan garage sale. Kalau nasib baik boleh dapat barang yang maseh elok dengan harga berpatutan.. Saya takde pengalaman gi pergi garage sale ni.. In Shaa Allah, summer tengok macam mana.. Buat masa ni kita dok beli dan cari barang 2nd hand untuk rumah melalui website craigslist minneapolis.. Harga yang memang berbaloi baloi.. hehehe.

Yang semalam tu ala-ala garage sale jugak tapi free.. hehehe.. Malu la nak tempek gamba jacket2, bakul laundry, kipas angin etc.. hehehehe..

Alhamdulillah rezeki..


Thursday, July 26, 2012

::: Monterey bay aquarium :::

Kali ni nak kongsi pengalaman jenjalan ke Monterey Bay Aquarium. Masih lagi di San Francisco. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke tempat yang dituju.

Pergi on weekend, sure ramai orang. Parking susah nak cari dan kena bayar mahal. Dah la tak familiar dengan that area. Main redah jer drive. hehehe. Kami tolak lepas lunch. Tak nak pergi awal sangat sebab nak rest dulu. Lagi pun tak jauh sangat. Alhamdulilah, nasib baik dah beli tiket online, kalau tak mau nya pengsan berbaris lama dan saya memamng tak suka perbarisan sejak dari zaman sekolah lagi. hehehe..

Sesampai jer situ, ramai gilerrrr manusia. Penuh sesak dengan lautan manusia. Toilet nak gi pun kena berbaris panjang.. hehehe. Hubby dia seronok la dpt tengok ikan dan hidupan laut. Memang banyak species ikan dan hidupan laut.

Lenguh jugak la kaki ni berjalan. Ada beberapa level. Ada live show sewaktu memberi ikan makan. Seronok sangat. Siap sorak-sorak lagi yang pergi dalam group. hehehe.










Lepas puas tengok ikan, jelly fish dan macam-macam lagi, kami pun dah penat. Nak balik rumah. Tapi sebelum balik tu, sempat pergi pier tempat org jual ikan. hubby nak beli ikan bawak balik rumah. Tak ada rezeki, ikan dah habis jual pada pemborong. So, balik rumah dengan tangan kosong. saya tak beli apa pun dan takda apa yang menarik buat saya ketika jenjalan ke Monterey Bay Aquarium. 




Tuesday, July 24, 2012

::: San Francisco Downtown :::

San Francisco downtown, California, USA. Walaupun jarak rumah ke downtown sfo dekat, tak la bilang hari turun downtown. :-) Pergi ni pun dengan kawan hubby yang sama projek jenjalan sebelum dia balik India. Saya ikut sekali la yer. Kami naik train dekat Milbrae ke sfo downtown. Tak mau drive sbb parking susah on weekend. Cara yang terbaik untuk jimat kos. Mahal parking dekat sfo ni. hehehe. Dengan menaiki train tak tension dgn jammed, nak cari tempat parking lagi. Ini cerita tahun 2008 daaa.. :-)

Antara tempat yang kami pergi adalah seperti:

Saks Fifth Avenue. saya tak beli apapun sini. Mahal bagi saya dan tak berbaloi. hehehe. Jenjalan cuci mata jer. Lepas dah puas tengok kami pi tempat lain pulak..



Macy's. Hubby dan saya memang suka Macy's. Kami seperti biasa, kalau sale terutama perfume,memang beli sebab harga murah. Hubby dia suka shopping t-shirt and shirt kat sini. Bukan ambik harga yang mahal. Semuanya below $50. 




Bangunan unik tiga segi

me

suka design ni. Tau mana kita nak pergi.

cantik
Kawan hubby lak, dia shopping kat shepora sebab wife dia kirim belikan lipstick dan macam-macam lagi. Saya la yang kena tolong pilihkan ikut citarasa saya.. hehehe.. Dia okey jer. Sini pun kami beli perfume jugak sebab sale..Asyik memanjang jer perfume. Saya dan hubby memang suka perfume. Beli sikit-sikit untuk gift balik M'sia and untuk family hubby India-Dubai.

Masa ni memang tengah sale. Mana-mana pergi semua que panjang bila tiba masa nak membayarnya. Kami sempat gak jenguk Old Navy, Apple store, GAP dan banyak lagi la. Kami tak gi pun China town. Semua pakat nak balik sebab dah penat. 

Sepanjang saya duduk US, boleh katakan setiap hari ada sale. Sale jer memanjang tak pun clearance sale. Hari-hari sale.. hehehe.. Rindu nak shopping, entah bila yer nak g US lagi ;(



Monday, July 23, 2012

::: Guest of honour :::

Wah.. beriya jer entri yer.. Alhamdulillah. Masa stay US, ada akak ni namanya Kak Zie. Saya kenal dia melalui 2 org malaysia student University of Minnesota. Ketika mula-mula saya sampai, akak ni tengah bercuti di Terengganu. Lepas jer dia balik terus la kita ni hubung-menghubungi. Kenal melalui call jer ekk.. hehehe..

Akhirnya, suatu hari. Kami dipertemukan jugak. Dia memang ramah. Memang seronok waktu itu. Saya jumpa dia pun ketika berjemaah di Masjid Dar Al-Farouq MN. Sembang sakan tu, sebab dah ada kawan. Tak la rasa dok sebatang kara di negara orangkan.

Kami saling tukar-tukar cerita. Boleh katakan setiap hari call.. hehehe..

Hendak dijadikan cerita, Selepas saya berpindah ke SFO (2008), saya call bagitau saya dah pindah SFO dah.. Akak terkejut sbb setahu dia saya pindah Chicago masa ni.. hehehe.. Tup tup dah SFO. namun dia tak henti doakan saya dan hubby. Alhamdulillah. :-)

Suatu hari akak call bagitau dia nak g SFO. Seronok saya sebab dapat jumpa dia lagi. Mulanya dia cakap nak stay dengan saya. Masa ni saya duduk dekat Avalon Foster City, CA. Saya bagitau hubby akak nak dtg  rumah. Hubby dia ok jer sebab dia tahu saya hanya ada akak zie ni sorang and we are very closed to each other.

Dah sedia nak sambut kedatangan guest of honour ni. Tapi akak tak jadi stay rumah saya. Akak, hubby akak and anak akak stay dekat rumah SIL di Los Gatos. Kira 45 minit perjalanan. Namun Akak tak hampakan saya, dia and family datang ziarah saya and hubby. Saya hanya sediakan mee goreng and ayam goreng jer untuk guest of honour hehehe..

Lepas makan, rehat and sembang2. Kita ajak Akak and hubby gi ranch99, Asian grocery store. So, sempat gak akak zie ni shopping. Kita jalan2 gak dekat pantai. Rumah saya dekat sangat ngan pantai. Tapi masa ni sejuk dah. Jalan kejap pastu balik.

Pertemuan kami hanya sampai sini jer. Akak nak balik rumah SIL dia. Mulalah babak drama sedih bercucuran air mata tak sanggup nak pisah jauh-jauh. :( Lepas salam, mereka pun balik. Rasa sunyi kembali menyelubungi ruang rumah saya yang kecil ini.

Kak zie, setiap tahun dia g SFO sebab ada family gathering.


Gambar kenangan sewaktu Kak Zie datang ziarah saya di Avalon Foster City 2009.


comelkan Hasan, anak kak zie

hasan and me

kami :)

me and kak zie

moving photo ngeh ngeh. @ Rumah saya :-)

Year 2010, selepas 4 bulan saya melahirkan my son, kak Zie call lagi, dia cakap nak datang SFO. Saya sekali lagi seronok tak terhingga. Kali ni kak Zie stay with me 8 hari kalau tak silap.. Seronok. walaupun saya tengah recover lepas gall bladder remover, saya tak rasa sakit sebab adanya kak Zie. :-) Siap bawak kak Zie jalan-jalan lagi. Pagi-pagi saya dah drop hubby ke tempat kerja. Lepas tu boleh la jenjalan. kami tak gi mana pun, just jenjalan ke Target, Trader joe, library, and park.

Masa ni musim hujan. So, kebanyakan harinya kami just stay rumah jer. Saya stay dekat Creekside Apartment 3rd Ave San Mateo. Selalu jer pindah rumah kan kan kan hehehe. Lepas lease end, rutin nya saya dan hubby akan cari apartment lain. Sebabnya saya nak yang provided washer-dryer in unit. Senang, tak yah heret bakul baju bila nak do laundry. Tambahan lagi dah tambah sorang dak kecik. hehehe.. 

Beberapa hari lepas tu, hubby kak Zie pulak sampai dr MN. Kesian dia and hubby kena tido ruang tamu. Maklum la satu bilik tidur jer. Bukan selalu dapat guest of honour ni kan. Memang seronok.

Saya bawak mereka lunch dekat satu indian restoran kat San Carlos. Saffron restoran, weekend mereka ada buffet. So apa lagi. Makan dengan banyaknya. Tapi kesian kak Zie tak sehat sangat hari tu. Memang sedap makanan yang disajikan. Saya dan hubby mmg selalu buffet kat restoran ni. 

Gambar sewaktu jenjalan ngan Kak Zie;

hasan

kami

hillsdale mall 


dalam library, children site

hasan jenjalan

Lepas hari kelapan tu, kak Zie and family kena pergi rumah SIL kat Los Gatos. Seperti biasa babak sedih air mata. Sedih sangat bila kak Zie nak balit masa tu. Hubby dia pun turut sedih bila tengok kami nangis2. huhuhu.. Kak Zie SIL datang jemput mereka. :(

Sunyi sepi rumah pada ketika itu, hanya saya dan my son jer dekat rumah. ::((



Monday, July 2, 2012

::: Alcatraz Island SFO :::

Alcatraz Island terletak di San Francisco California. Info boleh baca sini.. Tak rancang pun nak pergi island ni dan tahu pun ada island ni.. hehehe. Mulanya hubby nak gi fishing. So, kami bangun awal, lepas subuh dah gerak ke Pier 39. Cari mana-mana boat yang nak gi memancing. Tak ramai yang pergi sebab cuaca agak sejuk. Hanya beberapa boat jer yang pergi. Jenjalan area pier ni, tengok ramai orang berbaris so kita gi tanya ada event ker? Rupanya barisan nak membeli tiket untuk ke Alcatraz island. Akhirnya kami join sekali the que. hehehe.. Kebetulan betul kan.

Saya takut sikit naik kapal ni lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang sejuk dan berangin. Nama saja anak seorang nelayan, tapi penakut bebenor. hehehe..

Ramai gak la yang pergi. Tempat ni memang sunyi dan sepi. Dah namanya penjara penjenayah yang paling kejam. Kalau dah kena penjra sini, the chances nak melarikan diri memang susah. Sepanjang jenjalan dalam kawasan ni, memang menakutkan, tempat yng suram dan sunyi sepi.  Rasa-rasa macam ada org tengah intai kita bila jenjalan dekat island ni.. ngeh ngeh ngeh. Memang ada kot, berbeza sgt perasaan tu.. hehehe.

Layan gambar jenjaln Alctraz Island yang tak seberapa ni yer ::))



dpt tgk anjing laut. bila jenjalan terdengar bunyi bising. rupanya mereka ni :) 

trademark sfo

sekitar kawasan island. bangunan lama dan sunyi sepi.

tengah carik tempat nak beli minuman dlm kapal

the only me :)

Kami pergi tak lama, kejap jer. Pastu gegas nak balik rumah. Tak tahan sejuk sangat. risau kena bayar parking mahal sebenarnya.. Tak ingat dah berapa kena bayar sejam parking. Sempat gak tu naik train/bas yang menyusur sepanjang pier 39. Sapa nak jenjelan sini boleh tgk info di sini. Summer the best time to go. July 4 is coming.. :)

Sampai rumah jer rest kejap, lepas tu saya jalan sorang gi waterfront yang berdekatan dengan rumah. Kebetulan ada festival food and wine. Saya jenjalan window shopping jer dengan tengok live performance. Berhibur kejap release tension.. hehehe.. Music jazz seronok gak dengar sekali sekali. Dapat tengok couple menari samba lagi.. Memang best.

Sekian terima kasih.

Pstt: byk jer word yg tertinggal and typo sbbnya keyboard rosak da.. NB dah kertu. tunggu masa nak shutdown hehe

Wednesday, June 27, 2012

::: Las Vegas Trip 2008 :::

Kali ni saya bawak anda ke Las Vegas pulak yer.. Dah sedia??? hehehe

Las Vegas lebih dikenali sebagai Sin City. Antara bandar yang sangat-sangat popular dengan kedatangan pelawat asing mahupun penduduk Amerika. Terkenal dengan pusat perjudian, membeli belah dan fine dining. Rata-rata hotel disini mesti attached dengan casino. Sana sini penuh dengan casino. Tapi tak la sampai nak join sekali . hehhe... Cuci sapu bersih jer mata. :)

Trip kali ni tak gi dgn hubby jer. Kita gi sekali dengan kawan hubby and wife plus 6 month cute lil' baby girl. hehehe.. Ya. mereka semua Indian and the only me malay. hehehe.. Seronok sangat. Boleh pergi dengan menaiki kereta sendiri or by flight. masa ni kita gi by flight. Bawak baby kan, tu yang naik flight and price not bad. Boleh la jimat untuk shopping di Las Vegas. Hubby dia pakar sikit cara-cara nak dapatkan good deal dgn support dari wfie dia.. Sapa lagi kalau tak saya kan.. hehehe.. So, kita bid dekat website Priceline.com. So dpt hotel price kalau ta silap USD40 untuk satu malam. Hotel tempat kita menetap tu betul2 opposite dengan MGM casino hotel. Seronok kalau pandai bid ni. Dapat harga yang murah. itupun depend dengan season la. Stay for 4 hari 3 malam.. Mcm lagu 2 by 2 pulak yer dak.. ;)

So, kita jalan semua tempat Las Vegas, tapi masa ni musim hujan la pulak. Dok riuh kata salji turun sini masa tu. Kawan saya excited sangat nak tgk salji. Maklumla dia duduk kat SFO jer, situ mana ada salji.. ;-) kami terpaksa jalan melalui dalam hotel dan casino. Sempat gak saya jeling2 org main judi tuuuu.. hehehe..

Antara gambar kenangan trip to Las Vegas..



hubby and me ;-)

capture dari bangunan stratosphere tower. tinggi sangat. 

muka cuak. tinggi sgt tower ni.. ada sport jugkak kat atas ni. tak kuasa  saya nak main. takoottt..



kawan saya Sumayya ;-)


siap dpt pegang Angelina Jolie lagi tu, Dekat wax muzium

Sapa entah nama artis hollywood ni?? 

Ghost rider.. sapa berminat nak drive?

klik sana klik sini

Tak larat nak upload gambar byk2. hehehe..

To be continue....




::: Las Vegas Downtown & Nevada, Arizona :::

Sambungan dari entri Las Vegas Trip hari tu...

Dah tak tau nak jalan-jalan mana. Semua tempat kami pergi. Dah kenyang makan, bincang jap cari tempat nak kami pergi. Semua pakat nak gi LV downtown.

LV downtown tak kurang jugak meriahnya.. Lampu kelap kelip sana sini.. Meriah.. Ala-ala perjalanan balik kampung musim raya. hehehe.. Lebih kurang macam tu la. Casino harus ada dimana-mana. Wajib ada ;-)

Kami just jalan-jalan cuci mata and enjoy sangat bila dapat tengak skrin besar dekat atas deretan casino dan kedai-kedai souvenir. Sapa yang pernah pergi mesti dapat lihat. Saya sempat gak beli sedikit key chain dan lain-lain souviner untuk my family. Hubby and kwn dia busy tangkap gambar, saya dok melilau gi shopping. Itu yang takde dlm gamba.. Hehehehe.. rambang mata ko.. Saya bukan la beli yang mahal2. Just beli yang rega $1.99 - $5.99 dan yg paling mahal.. hehehe.. T-shirt pun ada beli gak. $10 for two. T-shirt biasa untuk anak buah.. hehehe.. Saya Suka bila jumpa kedai everything $10. Rabak poket hubby.. hehehe.

Gambar lagiiii daaa..

LV downtown

Sian, kena gamba sorang2. wife dia g shopping tak hengat..

saya nampak snow montain.. Anda??? :-) perjalanan menuju ke Grand Canyon.

Tak leh nak tgk kamera, silau :-) hoover dam view kat belakang.

suka pose sorang2. tak mau org kacau.. hehehe

U and me

u and me again


New york or Vegas??? Everything is here..


Dari LV downtown kami ikut trip ke Nevada, Arizona. Hajat hati nak tengak Grand Canyon. Namun rezeki tidak menyebelahi kami semua yang ikut trip ni. Naik bas, sampai-sampai jer ke GC tak boleh naik pulak. Risiko kalau nak naik atas sbb hujan lebat pada malam hari tu menyebabkan jalan licin dan malangnya ada sebuah bas yang sanggup ambik risiko terkandas dekat atas menuju ke GC. Frust jugak la tapi takpa, Grand Canyon tak lari mana pun.. Boleh pergi kalau ada kelapangan. Namun entah bila lagi berpeluang nak jejakkan kaki ke salah satu 7 wonder world ni kan.. 

Nak tak nak kami kena balik semula ke Las Vegas. Pengalaman melihat sendiri Hoover Dam tak akan saya lupakan. Tell you, Las Vegas very happening place to visit not for gambling.. hehehe. Kalau nak jelas lagi boleh jer google hoover dam dan boleh tgk sendiri bagaimana keadaan sekeliling. Saya tak banyak sangat gambar hoover dam. Terlalu asyik dgn permandangan sampai tak hengat nak tangkap gambar.. hehehe

Asyik cerita ceriti pasal jenjalan jer kan.. About food kalau jalan2 tak susah. Mana-mana ada restoran yang menyajikan makanan halal.. Just search jer zabiha.com sebelum kita pergi mana-mana and list down the address or set  dekat GPS, senang cerita. 

Dah abiss le cerita pasal Las Vegas. Nanti saya cerita pengalaman gi tempat lain lak yer.. 

**** Senyum tak perlu kata apa ****