Thursday, January 10, 2013

Barang Free

Hai macam takda cerita lain jer nak tuliskan.. Time boring ni elok juak diisi dengan menulis sementara my son tengah tido.. Ada gak faedah nyer..

Nak tulis gak tentang barang free yang saya dapat semalam.. hehehe.. Saja jer kan.. Antaranya teh cameron perisa strawberry lagi.. Semalam, gi ziarah kawan sebelah rumah.. Sesampai jer dia habaq la, banyak barang nak kena buang ni.. Tadi pun dok asyik kemas bilik. Lepas tu dia habaq lagi mau something free dak? Aih, mak ai kalau dah namanya free, mau ler.. Walaupun pada ketika itu saya memang malu malu kucing .. hehehe

Memula kita gi bilik atas, Tengok banyak jugak la barang yang ditinggal oleh seorang pelajar Malaysia yang dah abis belaja.. hehehe.. Dia duduk sekali dengan kawan saya ni sementara nak habiskan belaja di Universiti of Minnesota.

iklan jap:::: "apa bau ni hangit ni??? rupanya saya terlupa nak kecikkan api nasik.. Nasik dah hangit :::""(((

Sambung balek cerita barang free.. Saya dapat Cermin panjang, bakul laundry, kipas angin dan selebihnya saya tak ambik la.. So, turun bawah kat garage pulak.. Banyak lagi barang dapat free.. muahahaha.. Seronok la sakan sambil pilih2.. Termasukla teh dan segala macam rempah ratus saya dapat free.. Seronok dapat banyak jacket dan kasut boot.. Muahahahaha.. Gelak jahat...

Alhamdulillah, Semua barang-barang dilaporkan dalam keadaan yang sangat baik.. hehehehe..

sedap.. 

celestial herbal tea tak cuba lagi yg belah atas, yang peach tu saya beli.. saja tumpang glamor.. hehehe


Kalau dekat US ni, summer season memang banyak jualan garage sale. Kalau nasib baik boleh dapat barang yang maseh elok dengan harga berpatutan.. Saya takde pengalaman gi pergi garage sale ni.. In Shaa Allah, summer tengok macam mana.. Buat masa ni kita dok beli dan cari barang 2nd hand untuk rumah melalui website craigslist minneapolis.. Harga yang memang berbaloi baloi.. hehehe.

Yang semalam tu ala-ala garage sale jugak tapi free.. hehehe.. Malu la nak tempek gamba jacket2, bakul laundry, kipas angin etc.. hehehehe..

Alhamdulillah rezeki..


Tuesday, January 8, 2013

::: Mall Of America :::

Cerita sabtu update hari ini.. Punyalah busy last week tapi best. Jumaat tu dah story sikit yang kita nak pi Aquarium kat my son.. Dia beriya jer  nak pergi. Pepagi lagi dah bangun..

So sabtunya kita pun gi la.. Before gi mall tu kita gi makan buffet kat indian restaurant. Not really like it the food dan tak banyak choice.. ingat boleh jer makan banyak2.. hohoho..

So, lepas makan terus gerak gi mall.. Sesampai jer terus gi Aquarium.. Kita dah siap2 beli tiket online sbb takut ramai orang adn que panjang tapi tak pulak.. hehehe

Masuk-masuk jer My son excited sangat tu tengok ikan yang kecik dan cute. Tapiiiii, jeng jeng jeng dia mula dah takut tengok ikan pari besar.. Ok lagi tu.. Tapi dia dah tunjukkan muka cuak.. ok, jalan lagi.. Lalu dekat jelly fish, oh dia tak minat pulak then kami terus jenjelan lagi.. jeng jeng jeng, dia dah seram sejuk, tengok ikan besar-besar yang sedang berenang diatas kepala.. Bila dia toleh atas then tengok shark besar dia dah lompat-lompat dari stroller dia.. Sudah dia nak balik dah.. Nangis kejap lepas tu, tenang balik lepas shark tu lalu.. Semakin kedalam semakin banyak pulak shark berenang tu, Dia ajak "go" lagi.. kami tenangkan dia then dia ok.. hehehe.. Teringat before tu bukan makin berlagak lagi nak tangkap shark tu.. hehehe..

Jalan lagi sampai la habis.. Saya gi kedai cenderahati nak beli something untuk my son.. Saya nampak katak getah yang bila kita pegang tu lembut dan geli jer rasa.. So, saya pegang dan angkat katak tu, my son terus jerit dengan kuat sampai satu kedai tu suara dia.. Saya pun terkejut terus lepaskan katak tu dan peluk dia erat dan tenangkan dia.. hahahaha.. Kelakar la situ.. Saya tak henti gelak lepas tu.. Alih-alih shark jugak yang dia berkenan. So saya beli la.. Sekarang ni mana-mana pergi dok bawak shark tu.. heemmm..

Then, kami pergi ke satu tempat lagi then dia jumpa ninja turtle. Budak lain sibuk ambik gamba dengan ninja turtle tu. Hubby cakap "no need' then kami gerak nak balik dah.. No really, my son tetiba nangis nangis pergi dekat ninja turtle tu.. Akhirnya kami mengalah jugak dan dia sangat happy dapat pegang and hug the ninja turtle..

Lastly, enjoy the photo:




dia main kat legoland

rambang mata tengok ni murah body & bath..


tengah tunggu turn nak ambik gamba kena bayar $10



tu jerr..

Tuesday, January 1, 2013

::: So Long 2012, Welcome 2013 :::

Alhamdulillah dah tahun 2013. Kali ni New Year 2013 kat USA, Last year 2012 kat Chennai, India.. Heemmm.. Setiap kali tukar tahun new place yer.. Pendek kata, Panjang tak kata apa-apa pun.. hehehe..

Kami tak gi mana-mana pun. Dok rumah jer.. Tak kuasa mak nak redah sejuk semata2 nak tengok firework.. hehehe.. 

Anyway, wishing all ;



Semoga tahun baru ni lebih barakah. Dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan semua-semualah yang baik2 belaka. :-)