Wednesday, July 17, 2013

Ceritera Buka puasa kami 2013

Ni kes tak tahu apa nak update so update jer la juadah berbuka.. Yang satu lagi seronok berbuka ramai-ramai dan buat potluck or bekerjasama memasak dan hasil masakan yang disediakan sangat sedap.. Hehehe

Cerita Isnin 15 July 2013, hehehe.. Bukan ramai pun kami ada 3 buah keluarga dan 2 orang student Malaysia. Kami pakat masak sama-sama di Apartment saya.. Saya jemput mereka berbuka sesama sebab saya craving nak minum air bandung campuran.. hehehe.. kalau minum sorang tak berapa best kan..Ramai-ramai seronok. So hari tu kita masak Ayam percik , Sayur labu putih tumis, Sayur campur, sambar, dan ada yang bawak nasik lemak.. Best ever iftar :)

Riuh rendah suasana hari tu.. Meriah sangat.. Tiap hari buat pun takpa kan.. hehehe.. Tapi sedih dua student kita dah nak balik rabu ni sebab dah grad, Nur Syawa dan Sema Teha.. Seronok dapat kenal depa..Ramai lagi nak balik for good dan balik beraya :(

Antara menu yang sempat di capture :






Dan ini menu semalam hanya saya dan husband jer berbuka suka kurang pot pet nyer..






Hari ni kami decide nak memeriahkan Northwest islamic center Plymouth pulak.. InShaaAllah.

Jumaat lepas berbuka di NWIC Plymouth.



Imbas kembali berpuasa di Hyderabad last year, meriah sesangat.. Yang best part shopping hehehe..

Dah Tamat Dah :) Salam Ramadan


Saturday, July 13, 2013

Cuti-cuti Chicago 2013

Sedikit update tentang cuti-cuti chicago.. Saja bawa my son untuk celebrate July 4 dan firework. Seronok sangat dan Chicago sangat panas yer.. hehehe..

Perjalanan ambil masa 7 jam dari Minneapolis ke Chicago yer.. Tolak seawal jam 6 pagi dan sampai chicago pukul 1 petang macam tu terus lunch.. Lapar Sesangat. Check in hotel dan terus pengsan tido.. hehehe

Petang tu dalam pukul 5:30 ptg pegi ke Navy pier. Ramai sangat orang. Nasi baik dapat spot yg cun untuk tengok fire work mlm to.. Firework start pukul 9:30 mlm dan berakhir jam 9:45 malam..

Next day aktivity;

Bagi sapa yang ada anak kecil tu, disarankan bawak ke children muzium. For sure they will having so much fun sampai my son tak mau balik.. Menangis tak mau balik.. Puas jugak pujuk dia. Akhirnya mengalah jugak. Masuk jer dlm kereta tengok dah tido.. Penat sangat la tu.. Bukan dia jer yang penat saya siap dpt pening kepala yang amat.. Sesampai hotel jer, hubby cakap dia stuck 2 jam jammed.. hehehe.. Memang crowded sangat sebab cuti kan..

Aktiviti hari sabtu.
Kami gi Shedd aquarium jugak.. Berbaris panjang.. Kena tunggu sebab aquarium penuh, guard cakap ada 80 ribu org dlm aquarium tu..

Ahad balik Minneapolis..Singgah tanger outlet kat wisconsin.. Membeli belah sikit..








Lepas ni rancang nak gi Duluh pulak.. :)

Baru perasan, entri saya macam kena kejar hantu jer.. cerita entah apa2 kan..kui kui kui

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadan Dari Kejauhan

Dah nak sambut ramadan.. Seronoknya tak terhingga walay jauh diperantauan.. Alah bisa tegal biasa. Semoga Allah permudahkan Ramadanku kali ini. Kali ni dah kali ke5 menyambut ramadan dibumi US.. Tahun lepas saya menyambut ramadan di Negara India bersama keluarga sebelah mertua. Alhamdulillah, Seronok sebab meriah sambutan bulan puasa disana.

Untuk semua umat islam seluruh dunia diucapkan:


Maaf jika terkasar bahasa, tutur dan kata.

Salam ramadan.

Psssttttt: belum pasti bila tarikh sambut ramadan di USA.. Esok or lusa yer??? ;-)