Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha Dari Kejauhan

Tak terasa dah hampir setahun di Minneapolis.. Raya haji yang kedua di MN. Alhamdulillah.. Rindu kampung jangan cakap.. Sapa tak rindu wei.. Walaupun tak semeriah mana yang paling penting meraikan bersama keluarga tercinta kan.. Bermaafan sesama kaum keluarga jiran tertangga.. Ni dah duduk jauh hanya skype jer jadi penghubung.

Sambutan raya di Amerika ni ala kadar jer. Pepagi pergi sembahyang raya, lepas sembahyang breakfast then hubby dia gi kerja.. Esok my son tak sekolah. Saya dah mintak cuti awal tadi pagi lepas hantar dia kesekolah.. Selalunya akan ada event for kids dan jual-jual macam tu.. Jarang sangat dapat join sebab hubby kena kerja..

Untuk esok maybe kami buat potluck dinner jer kot.. Tak buat apa pun lagi.. Lemau jer rasa dah la sejuk mendung ni.. Mood pun serupa jer dengan weather.. tengok facebook kengkawan siap baking cake masak itu ini.. Alahai telan air liur jer la..

Dikesempatan ni nak ucap la untuk semua:

I luv islam.com
Doa hari Arafah;

sama-sama kita berdoa dan semoga Allah makbulkan doa kita amin yarabbalalamin


Thursday, October 10, 2013

Birthday Papa - Encik hubby

Alhamdulillah.. Sudah lama rasanya tak update blog ni.. Update entry encik hubby birthday.. Sejak my son dah sekolah ni, masa yang ada memang terhad. Nanti inshaAllah update pasal anak sekolah Pulak..

Takda la buat besar pun hanya kami bertiga jer yang celebrate Papa birthday ni.. Tapi saya dah buat preparation awal beli bahan2 untuk baking kek khas untuk Papa.. So saya decide nak bake butter peccan scotch cake. Cari punya lah cari resepi akhirnya dapat jugak. Saya tak berapa nak pandai sangat bab baking ni. So saya study cewah ngalahkan nak ambik exam.. Hahaha.. Stress takut kek tak menjadi..

Kebetulan hubby dia join perbandingan memancing ke Indianapolis. So adalah peluang saya study.. Hahaha.. Sampai macam tu sekali kan.. One week tu nak study.. Beriya engko..

Birthday hubby jatuh pada Sabtu October 5. Jumaat pagi saya dah bake cake siap. Simpan elok jangan kasi nampak kan.. Katanya nak buat kejutan kan. Tapi my son ni ya Allah dia boleh korek kek yang saya simpan nasib baik tak rosak sangat. Dia Pulak tak sabar nak makan.. Dia cakap ini bukan Papa birthday, ni birthday saya.. Alahai anak.. Tapi tak menjadi kejutannya.. -_-

Jumaat malam tu saya deco la kek tu ikut kemampuan saya siap Skype dengan adik and my mom lagi.. Hehehe.. Siap deco jer saya boh lam peti ais. Dah habis Skype dengan my mom saya pun panggil la encik hubby sambut birthday dia.. Alhamdulillah dia suka kek tu.. Saya pun suka jugak.. Hehehe.. Keesokannya hanya masak nasi biryani ayam untuk lunch.. Hubby pulak seperti biasa dia pergi memancing awal pagi tak kira dan hujan dan dengan cuaca yang sejuk.. Alahai apa nak buat dah hobby dia.. hehehe

So, presenting my cake yang tak seberapa ,








See you next entry yer.. Happy birthday papa May Allah bless you.. 

Wednesday, September 4, 2013

Summer End Vacation South Dakota 2013

Alhamdulillah berkesempatan menjejakkan kaki ke South Dakota minggu lepas.. Bertolak Sabtu malam pada pukul 2:00 pagi dan sampai ke destinasi pukul 9:30 pagi waktu Dakota. Beza waktu sejam dari minneapolis. Jauh memang jauh, dah bertolak waktu pagi dan x nampak apa. Gelap sepanjang perjalanan.

Pukul 6:00 pagi saya terbangung sebab kereta berhenti. Encik hubby mengantuk dan lapar. So kami berhenti distesen minyak entah di mana.. Hehehe.. Masih jauh lagi perjalanan. Lepas tu kami teruskan perjalanan.

Banyak jugak berhenti sebab hubby letih. Kesian dia sorang-sorang kena drive. Saya ta berapa nak berani drive dan belum biasa drive jauh ni. Mungkin suatu hari nanti boleh kot.. hehehe.. Highway pun tak lepas.. kui kui kui...

Sepanjang perjalanan memang hijau dan cuaca pun panas.. Saya suka bila melintasi sunflower farm, MashaaAllah cantiknya.. So, hilang la letih buat seketika..

Sampai-sampai jer Rapid city terus check in dan hubby terus tidur dan rehat. Tengahari keluar makan dekat Everest restaurant tapi tak best sangat. katanya buffet tapi makanan sikit sangat dan kurang kena dengan tekak kami.. Lepas makan jer terus set gps ke Mt. Rushmore. Lagi dihidangkan dengan permandangan yang cantik.. Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang..

Sesampai jer Mt. Rushmore terus nampak muka empat orang bekas president Amerika.. Wah! sungguh la nak daki dan ukir muka kat atas gunung. Tak henti klik sana klik sini. Alahmdulillah sampai jugak dan tengok dengan mata sendiri. Selalu tengok paper jer.. Apa-apa pun layan jer la gambar ekk.. malas nak mengarang.. hehehe






Lepas Mt. Rushmore kami ke dinosour park sebab my son nak tengok dinosour. Dah la jalan berular dan tinggi. Pengsang jap. Siap my son sound la, "janganla takut..." hahaha.. Seronok la dia tgk dinosour yang besar dan bukak kecik seperti yang dia tengok dalam tv n youtube..



The next day, kami gerak ke Badland National park. MashaaAllah cantiknya bentuk mukasbumi yang berbonggol-bonggol.. hahaha.. Beware ada rattle snake yer.. Hari tu jugak kami balik Minneapolis tapi banyak stop dan singgah.. Lagi kami singgah di Michelle tengok corn palace..





Ni la corn palace. Tak perlu bayar fee pun.. Masuk percuma.. Tengok la sejarah tentang corn palace ni..Sil google yer.. Memang cantik sebab design menggunakan jagung. Tak caya tengok sendiri.





Lepas tu kami singgiah di Sioux Fall.. Sebelum sampai tu terbayang dah waterfall yang cantik dan tinggi tapi bila sampai indah khabar dari rupa.. hehehe. Tak lama dekat situ terus gerak balik Minneapolis.. Hari dah makin gelap. Sampai ke Minneapolis pukul 10:30 malam. terus masak dan makan dan tido.. Letih sangat..


Capture gambar awan mendung ni on the way balik.




Till then, Next vacation maybe after winter.. Sekarang dah mula sejuk.. Fall season coming..