Thursday, June 12, 2014

Puasa dan dekat ~~~ Alhamdulillah.

Dah tak berapa hari lagi nak sambut ramadan.. Tak sabarnya.. Rindu sesangat ramadan.. Malam ni malam nisfu syaaban. Sama- sama la kita prepare diri yer.. Harap Ramadan ni kita dapat jalankan dengan sempurna dan mudah.. Amin..


Maseh lagi berpuasa diperantauan. Rindu nak sambut ramadan dinegara sendiri bersama keluarga tercinta.. :(

Wednesday, May 7, 2014

Happy Mother's Day

Alhamdulillah, dah lama tak jenguk blog saya yang entah apa-apa ni.. Tetiba terlintas difikiran nak buat entri mother day..

To all mother's in the world, wishing us;



Alangkah beruntungnya kita sebagai ibu ni kan, Satu tugas yang bukan calang-calang didunia. Dari la proses kehamilan hingga bersalin dan seterusnya banyak lagi cabaran yang berat untuk membesarkan anak-anak. Bagi saya satu pekerjaan yang tiada tolak bandingnya. Memang mencabar bagi insan seperti saya yang dah bergelar seorang ibu sejak empat tahun yang lalu. Baru saya tahu betapa banyak cabaran emak saya untuk membesarkan saya terutama bila anak sakit kan.

In Shaa Allah, sekarang pun saya tengah hamil anak yang kedua. Semoga Allah permudahkan proses kehamilan sehingga bersalin nanti. Memang banyak cabaran dan dugaan. Yang penting kita sebagai ibu harus positif mental dan fizikal. Bukan senang tau..

Just wonder apa agaknya hadiah untuk mother's day kali ini yer.? Itu semua tak penting sebenarnya, tapi kalau dapat berbunga jugak hati dan rasa dihargai sesangat.. ***Psssttt; entah la saya ni dok mngidam Michael kors handbag.. kui kui kui.. Apa-apa pun syukur kan..

For my lovely mom "ASMA BINTI BUYU";











Wednesday, January 29, 2014

Happy 4th Birthday

Alhamdulillah, dah genap 4 tahun umurnya.. Semoga Allah limpahkan kurnia kesihatan yang baik untuk anakanda yang tercinta.. Terima kasih Allah.

Kami buat Majlis hari lahir ala kadar jer.. Jemput mana yang kenal dan masak special sikit.. So, Khamis dah shopping groceries. Decoration dah siap beli 2 weeks before.. My son memang excited la birthday dia.. Jangan tak tahu dia yang request nak birthday party ni.. Oh! my anak.. hehehe.. Siap awal2 booking community room..

Sabtu sekitar jam 6 petang dah tunggu tetamu datang...Tak semua nya datang yang dijemput.. Ada amasalh kesihatan dan hari ni memang snow turun lebat sangat.. Alhamdulillah my son happy dan boleh main lari sana sini dengan kawan-kawan.. Tak ramai sangat.. Buat ala kadar jer..

Lepas potong kek jer, terus la kami menjamu selera sambil borak-borak.. Sedar tak sedar dah kol 8:30 malam. So mula la berkemas dan tetamu pun dah kenyang.. Banyak la story morry yer disharekan bersama..



pilihan kek Cras theme, so semua decoration beli yang sama from party city..

antara menu yang disediakan















Doa saya agar SADIQ my lovely son menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab, beriman dan bertaqwa.. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan murahkan rezeki anakanda.. Aminn..