Monday, July 2, 2012

::: Alcatraz Island SFO :::

Alcatraz Island terletak di San Francisco California. Info boleh baca sini.. Tak rancang pun nak pergi island ni dan tahu pun ada island ni.. hehehe. Mulanya hubby nak gi fishing. So, kami bangun awal, lepas subuh dah gerak ke Pier 39. Cari mana-mana boat yang nak gi memancing. Tak ramai yang pergi sebab cuaca agak sejuk. Hanya beberapa boat jer yang pergi. Jenjalan area pier ni, tengok ramai orang berbaris so kita gi tanya ada event ker? Rupanya barisan nak membeli tiket untuk ke Alcatraz island. Akhirnya kami join sekali the que. hehehe.. Kebetulan betul kan.

Saya takut sikit naik kapal ni lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang sejuk dan berangin. Nama saja anak seorang nelayan, tapi penakut bebenor. hehehe..

Ramai gak la yang pergi. Tempat ni memang sunyi dan sepi. Dah namanya penjara penjenayah yang paling kejam. Kalau dah kena penjra sini, the chances nak melarikan diri memang susah. Sepanjang jenjalan dalam kawasan ni, memang menakutkan, tempat yng suram dan sunyi sepi.  Rasa-rasa macam ada org tengah intai kita bila jenjalan dekat island ni.. ngeh ngeh ngeh. Memang ada kot, berbeza sgt perasaan tu.. hehehe.

Layan gambar jenjaln Alctraz Island yang tak seberapa ni yer ::))



dpt tgk anjing laut. bila jenjalan terdengar bunyi bising. rupanya mereka ni :) 

trademark sfo

sekitar kawasan island. bangunan lama dan sunyi sepi.

tengah carik tempat nak beli minuman dlm kapal

the only me :)

Kami pergi tak lama, kejap jer. Pastu gegas nak balik rumah. Tak tahan sejuk sangat. risau kena bayar parking mahal sebenarnya.. Tak ingat dah berapa kena bayar sejam parking. Sempat gak tu naik train/bas yang menyusur sepanjang pier 39. Sapa nak jenjelan sini boleh tgk info di sini. Summer the best time to go. July 4 is coming.. :)

Sampai rumah jer rest kejap, lepas tu saya jalan sorang gi waterfront yang berdekatan dengan rumah. Kebetulan ada festival food and wine. Saya jenjalan window shopping jer dengan tengok live performance. Berhibur kejap release tension.. hehehe.. Music jazz seronok gak dengar sekali sekali. Dapat tengok couple menari samba lagi.. Memang best.

Sekian terima kasih.

Pstt: byk jer word yg tertinggal and typo sbbnya keyboard rosak da.. NB dah kertu. tunggu masa nak shutdown hehe

Friday, June 29, 2012

::: Los Angeles Hollywood :::

Salam Jumaat semua ::)))

Los Angeles..

Dah lama merancang nak pergi LA. Tapi disebabkan saya pregnant ketika itu, tangguhkan aja dulu. Lepas beberapa bulan saya melahirkan bayi sulong kami yang diberi nama Syed Sadiq Hussain, kami rancang balik nak pergi LA. Kali ni kita decide nak drive jer.. Perjalanan ambik masa 7 jam dari San Francisco. Dah tak ingat pukul berapa kami bertolak ;-) 

Sepanjang perjalanan, sekali lagi kami terpegun dengan permandangan yang sangat indah. Sepanjang jalan menyusuri pantai. Hilang mengantuk. Berhenti di dua buah perhentian. Pertama berhenti di kawasan rehat. Makan lunch dan gi restroom. Alhamdulillah, my son tak meragam, dia seronok jer. selebihnya tido. hehehe.. Meneruskan perjalanan. kami berhenti buat kali kedua, Santa Barbara. Jenjalan kejap lepas tu teruskan perjalanan.

Santa Barbara, Saya rasa berbeza sangat ketika berada disana. Seolah-olah bukan US :) Banyak banguan tingalan sejarah. Singgah hanya sebentar.

Sebelum sampai ke LA, Seperti biasa jalan jammed sebab ramai yang nak pergi Hollywood. hehehe.. Kali ni saya dok diam diam jer. Nak membebel pun dah tak larat. penat. Sepanjang perjalanan saya tak boleh tido. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan penat. Kami stay dekat  Hotel Super 8, Hollywood. Bilik yang selesa dan yang saya suka breakfast free setiap hari. ;-) Dah siap book online sebelum pergi LA.

Lepas rehat, mandi, get ready for dinner. Kami dah siap cari awal restoran mana nak makan ;-) Alhamdulilah sedap jugak food restoran ni. Indian restoran. :)

Lepas tu balik tido rehat sebab penat. Zzzzzzz

Aktiviti seterusnya memang jenjalan jer dan ikut tour. Kena siap awal, sebab kena naik bas. Memang berbaloi ikut tour sbb kita akan dibawa kesemua tempat yang kita sendiri nak gi. Kami dibawa ke beberapa tempat yang dlm list tour. Antara tempat yang kami lawati seingat saya, Nokia center, Paramont Picture studio, Wall of fame, Wax muzium, Staples center, Satu tempat performance yang kita boleh nampak sign HOLLYWOOD, Saya lupa nama tempat ni.. Lepas tu, kami dibawa jenjelan ke farmer Market dengan for lunch. Saya seronok tak terhingga sebab jumpa m'sian restoran Banana Leaf, Penang food. Selebihnya saya makan banyak makan buah-buahan dan ice cream. Seronok sangat tambahan lagi tour guide kelakar orangnyaa. Asyik berseloroh jer sepanjang perjalanan. Lepas habis semua tempat dituju dan puas hati, kami balik semula ke hotel. Malamnya kami ke Universal Studio. Tak best pergi malam sebab tak nampak happening sangat.


Sebelum kami berangkat pulang ke SFO, saya dan hubby sama- sama setuju nak pergi Disneyland downtown. Sesat jalan jugak dibuatkan GPS yang tunjuk arah entah mana-mana. Risau saya, dibawaknya kita ke kawasan perumahan yang boleh dikatakan rata-rata penduduknya dari Mexico. hehehe.. Bila tanya jer, asyik jawab mecucas, forfamor.. entah aapa da.. hahaha.. Nak tak nak kena sit satu tempat set balik GPS. Akhirnya berjaya jugak sampai downtown itu pun dah lewat.. Jenjalan jer sana. saya hanya beli baju kenangan untuk my son yang masa tu berumur 5 bulan.. hehehe.. Sekurang-kurangnya ada gak ingatan kan.
















Funeral MJ disini ???



nasib baik tak sama besar dgn shrek ni.. hehehe



Dah puas jenjalan downtown disney, nak balit dah SFO. Ingatkan perjalan balik SFO lancar seperti perjalanan pergi LA. Rupanya kami terkandas ditengah-tengah highway. 2 jam dok tengah jalan raya yang sekelilingnya hanya terdapat gunung-ganang. Jammed teruk dan kereta tak gerak langsung. Ada kebakaran dan pihak bomba tengah bertungkus lumus memadamkan api. Kerap kali kejadian kebakaran berlaku disini. Mungkin agaknya cuaca yang agak kering. Membebel la saya dekat belakang rasa nak sampai cepat SFO. hehehe.. Kesilapan lagi. Ingatkan highway yang sama dilalui, rupanya silap highway daaa.. Pengalaman dijadikan pengajaran.. :) 

Saya tak suka GPS yang hubby beli. Memang keliru kalau drive guna GPS ni.. Selalu gaduh sebabkan GPS ni.. hehehe.. Entah mana-mana tempat ditunjukkan. Kami yang dah memangnya tak tahu jalan just ikut jer.. Ikut sign board besar tu lagi senang.. hehehe

Sampai rumah dah jam 12 tgh malam dan lapar sangat-sangat.. Kedai makan pun dah tutup. 

Habis dah cerita Los Angeles ::)) 















Wednesday, June 27, 2012

::: Las Vegas Trip 2008 :::

Kali ni saya bawak anda ke Las Vegas pulak yer.. Dah sedia??? hehehe

Las Vegas lebih dikenali sebagai Sin City. Antara bandar yang sangat-sangat popular dengan kedatangan pelawat asing mahupun penduduk Amerika. Terkenal dengan pusat perjudian, membeli belah dan fine dining. Rata-rata hotel disini mesti attached dengan casino. Sana sini penuh dengan casino. Tapi tak la sampai nak join sekali . hehhe... Cuci sapu bersih jer mata. :)

Trip kali ni tak gi dgn hubby jer. Kita gi sekali dengan kawan hubby and wife plus 6 month cute lil' baby girl. hehehe.. Ya. mereka semua Indian and the only me malay. hehehe.. Seronok sangat. Boleh pergi dengan menaiki kereta sendiri or by flight. masa ni kita gi by flight. Bawak baby kan, tu yang naik flight and price not bad. Boleh la jimat untuk shopping di Las Vegas. Hubby dia pakar sikit cara-cara nak dapatkan good deal dgn support dari wfie dia.. Sapa lagi kalau tak saya kan.. hehehe.. So, kita bid dekat website Priceline.com. So dpt hotel price kalau ta silap USD40 untuk satu malam. Hotel tempat kita menetap tu betul2 opposite dengan MGM casino hotel. Seronok kalau pandai bid ni. Dapat harga yang murah. itupun depend dengan season la. Stay for 4 hari 3 malam.. Mcm lagu 2 by 2 pulak yer dak.. ;)

So, kita jalan semua tempat Las Vegas, tapi masa ni musim hujan la pulak. Dok riuh kata salji turun sini masa tu. Kawan saya excited sangat nak tgk salji. Maklumla dia duduk kat SFO jer, situ mana ada salji.. ;-) kami terpaksa jalan melalui dalam hotel dan casino. Sempat gak saya jeling2 org main judi tuuuu.. hehehe..

Antara gambar kenangan trip to Las Vegas..



hubby and me ;-)

capture dari bangunan stratosphere tower. tinggi sangat. 

muka cuak. tinggi sgt tower ni.. ada sport jugkak kat atas ni. tak kuasa  saya nak main. takoottt..



kawan saya Sumayya ;-)


siap dpt pegang Angelina Jolie lagi tu, Dekat wax muzium

Sapa entah nama artis hollywood ni?? 

Ghost rider.. sapa berminat nak drive?

klik sana klik sini

Tak larat nak upload gambar byk2. hehehe..

To be continue....