Wednesday, May 30, 2012

::: P.A.N.AS :::

Cuaca yang agak panas sejak kebelakangan ini.. Selalu jam 5:30 petang dah bawak my son main2 kat playground.. Sekarang ni lepas maghrib baru keluar rumah.. Tak sanggup nak keluar rumah.. Lepas maghrib tu pun berpeluh2 jugak.. Apakan daya, dah my son ni tunjukkan pe'el keboringan yang amat sgt sebab tak leh jumpa friends dia, kena gak g main2 kat luar walau panas.. Kesian lak nengok dia.. hehehe

Cuaca panas mcm ni aircond buat hal, Gas leaking la, nak kena service la.. Macam-macam hal.. Itu namanya COBAAN bak kata Allahyarham P.Ramlee kita.. :) Nasib baik dah settle semua.. Alhamdulillah

Weather for today and froward;

taken from google @ weather channel

taken from google : weather channel

Ini baru panas dunia, Akhirat Allahhualam kan.. sendiri mau ingat lorrr


Notakaki : summer time India country 


Few tips taken from article;

  • Do not work out during noon. It can lead to loss of ions and minerals, and quicken dehydration.
  • Try to avoid your children from going out especially during 10am-3pm. It has been proven that UV radiation is very high during this period. 
  • Always carry an aluminum bottle for drinking water sake. If you are always going to buy packaged water, remember that you are polluting the environment. In a recent survey, it is found that less than twenty percent of drinking bottles are recycled in India.  
itu jer la..


Monday, May 28, 2012

Masak-masak

Hari ni kita 'main dango' kat dapor.. Rasa pro pulak sebab kena masak ikut step by step.. Selalu main campak2 jer bahan apa yg ada.. Sedap jugak.. hehehe.. bole ko main campak-campak masak? Seb baik tak stay ngan mak mertua kan..

Masak apa yer? Hari ni kita masak nasik Komok. Katanya nasi bryani Thai. Saya ikut jer resepi dari blog ni ha adik junior sama sekolah.. Dia memang pro tau bab masak masak ni. Resepi Nasi komok saya ambik kat sini.

Layan jer la gamba ni buat kenangan @ reference




Mana ayam???? Ayam tak goreng lagi.. hehehe..

Notakaki: thanks ya HaSue sbb create watermark for me.. :)


'Main Dango' adalah bahasa sarawak yang bermaksud, main-main untuk kanak2.. 

::: Tunggu ~ wait :::

Sedang menunggu nih.. Semalam dah call maintenance suruh pasangkan langsir pintu.. Boleh la kurangkan panas sikit.. Tapi mananya, janji kata nak datang pukul 10 pagi.. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 11:15 am ok... "Hey man, where are you man?".. aitey.. Tunggu lagi..

T.U.N.G.G.U  ~ W.A.I.T

pic from google


Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab

Salam barakah..

Esok dah masuk 1 rejab yer.. Cepat nya masa berlalu. Ada apa ngan bulan rejab ni?
Saya pun tercari-cari kat internet sambil menambahkan ilmu didada yang serba kekurangan ini tentang bulan islam.. Daif nya saya.. :( Alhamdulillah, nasib baik la add info yang berguna kat facebook mengingatkan saya tentang Rejab dan bulan bulan isalam yang lain.

Jom kita sama-sama puasa :)

"Barangsiapa puasa sehari dlm bulan Rjab, ianya seperti berpuasa selama setahun. Barangsiapa yang puasa selama 7 hari dibulan Rejab, maka ditutup pintu neraka jahanam, barangsiapa puasa 8 hari, dibukakan 8 pintu syurga, barangsiapa 10 hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikanNya, dan barangsiapa puasa 15 hari, menyeru orang yang menyeru dari langit. Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal, dan baransiapa menambah hari puasa, Allah menanbahkan kelebihan." 

Niat puasa:

"Sahaja aku puasa sunat bulan rejab kerana Allah Taa'la"

Insya Allah dan selamat beramal.


Wednesday, May 16, 2012

Zaman dulu kala


Alahai.. Tetiba teringat lagu Uitm dihatiku.. Kena hafal sebab mesti kena nyanyi bila ada perjumpaan kesatria, ada acara rasmi, dan kenangan yang paling best masa nyanyi lagu ni time konvo.. Siap mengalir-ngalir air mata.. 



Lirik Lagu UiTM Di Hatiku


Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna



Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku



Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa



Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hatimembela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia.



Sumber : lirik lagu muzika



Dulu masa Uitm ambik Law course tapi tak kesampaian. So, tukar kos ambik Information Studies IS222. Best nya waktu study dulu kan.. Teringin nak further lagi ambik master.. Bila la yer agaknya.. :)


Gamba kenangan waktu konvo 2003 ngan masa study yang tak seberapa.. Gamba ni pun kawan yang scan dan boh dlm fb.. hehehe..


with margaret 

with Shida, me, Margaret, Amir & Mizi

dlm kelas with me, Margaret, Robina, Zai & Redz

with Zuni, Mizi, Margaret & me

Mizi, Oja, Zuni, Cah, Mag, Me & Anne

Group of PR project

Bersama pensyarah En. Irwan yang tegas tapi baik hati


Rindu kat kawan- kawan study dulu.. Semua dah ada life masing-masing. 


Tuesday, May 15, 2012

Yang mana satu!!!



so far yang ni ok price dia kalau banding yang lain..


yang ni pun best.. boleh bid berapa price kita nak.. ada experience guna this web . Dapat harga yang  berpatutan. price sekali ngan flight+hotel. 



Jarang dah berurusan dengan MAS sekarang.. Kadang-kadang price dia ok gak. Lebih dikenali government nyer flight.. dulu la, tak tau sekarang ni..



siap bagi ipad 2 lagi kalau sign up.. itu dinamakan strategy marketing. Expedia dulu selalu gak guna, jimat leh combine flight ngan hotel sekali :).
Expedia.com


yatra.com tak pernah rasanya beli mll this website.. rasanya harga sama tapi syarikat lain-lain.


kena check selalu this website.. sometimes ada sale yang not bad..  Makemytrip.co.in

SO, bagi saya setakat ni maseh Airasia.. Dari segi harga tu okey walaupun dah ada bad experience naik flight ni.. hehehe.. Kita boleh compare the price kalau rasakan mana-mana syarikat penerbangan yang memberikan harga terendah/terbaik bagi para penumpang. Semuanya terpulang pada kita kan..

Happy Journey.. iskk macam jual tiket kapal terbang lak..

Friday, May 11, 2012

Hijabster

Salam J.U.M.A.A.T semua.....
Saja nak share dari hijabster di hari Jumaat yang penuh barakah ni.. Mohon share yer..

pic dr ohbulan


Sekarang macam- macam jenis fesyen tudung dipasaran.. Terpulang pada kita nak beli yang mana kita rasa sesuai dipakai..

Malas nak tulis panjang-panjang.. Renung-renung kan dan selamat beramal.

Peace no war

pic dari iluvislam



Tuesday, May 8, 2012

Bubur kacang hijau durian

Jamu mata kejap yer..

Bubur kacang hijau durian - gambar dari fb saya.. :)

Resepi;

1 cawan kacang hijau
1 kotak santan kara kecil
Gula & saya tambah susu manis sedikit
Secubit garam jer
Air - untuk rebus ( saya guna pressure cooker) jimat masa :)
Durian
Daun pandan

Seperti biasa rebus sampai kacang hijau. Saya guna pressure cooker kejap jer dah masak.. :)
Sesudah tu, masukkan durian, santan, gula, susu, garam & last sekali daun pandan. Biarkan seketika sampai semua bahan masak sekata..

Senang jer & simple ...

Footnote: Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan yer. Peace no war :)











Monday, May 7, 2012

Bibik a.k.a orang gaji

Tengah nak download cerita lara hati Tv9, teringat lak nak buat entri ni "BIBIK".. Maklum la dok diperantauan ni tak ada siaran langsung tv malaysia.

Eh, korang ada bibik ke? Saja jer tanya.. Nak share la yer.. Setahu saya kalau kat Malaysia mahal kan kena bayar kalau nak ambik bibik ni, Sebab kena ambik melalui agen.. Betul tak..???

Kalau kat sini (India), bila kita mula mula masuk rumah, tak lama lepas tu ada la door bell.. Ingatkan apa, rupanya ada org tanya nak khidmat helper tak? Semua dia akan tolong buat kan atas kemahuan tuan rumah.. Masa kerja pulak ikut waktu yang dia boleh buat. Sebab bukan satu rumah jer dia kemas, banyak rumah okey.. Bayaran pulak ikut kerja, kalau kerja tu sikit so, sikit la bayaran nyer.. Senang kan.. kalau kita tak suka dengan kerja yang dia buat, kita boleh tukar orang lain.. Tak yah nak sign surat or buat apa-apa..

Erk.. hakikat nya saya tak ambik pun bibik ni.. Nanti kalau gaji dia, so saya nak buat aper pulak.. Dok tengok TV, internet or baring-baring.. Tak kuasa mak.. Tak tau la karang-karang kalau dah tak larat nak buat semua kerja rumah, boleh jer panggil.. ramai yang sedang menanti.. :-)

P/s: Sedang berusaha menjejaki Malaysian family yang stay kat Chennai ni.. Nak buat kawan sembang2.. :)

Sunday, May 6, 2012

Memori USA

Few of them ;

gift mug from kak zie Minneapolis, USA

Stroller- cerita disebaliknya. Malam2 gi terjah sears walaupun store tu dah nak tutup kol 10 mlm, sebabnya bila check online ada offer sale.. murah sangat tak sampai USD100. set sekali ngan car seat.. :'( 

Gift dari Hubby lepas balik dari Los Angeles. Tak sempat nak bawak balik. Apalah nasib yer :'(

jugak gift sama dgn yg above.. baru keluar kotak lagi

love this mug. Byk lagi mug collection ni. semua tersusun rapi dlm kotak . 

toyota yaris :(

Semuanya kenangan yang paling manis semasa menetap di USA.. Hanya  sebahagian saja  (gambar) dan yang selebihnya  ada yang dah dijual dan maseh tersimpan rapi..