Monday, September 17, 2012

::: Kamwali :::

Kamwali ni dlm bahasa hindi bermaksud orang gaji aka maid aka bibik atau pembantu rumah. rasa terpanggil  nak buat entri ni sbb adala sedikit nak share.

Mulanya saya berkeras tak mahu nak ada "kamwali " ni sebab saya tahu akan ada masalah dikemudian hari.. Dan belum lagi kemudian hari dah ada masalah dtg bertimpa2. Ingat nak tolong kita ringankan kerja-kerja rumah tapi lain pulan jadinya..

Kalau saya tak fikirkan masalah kesihatan saya yg sejak akhir2 ni selalu sgt sakit bahu sebelah kanan, memang saya tak mahu ada "kamwali" ni.. Ingat boleh ringankan kerja kita tapi menambah ada lagi la.. Bukan tambah masalah jer bagi kita tension memanjang..

Masalah nya, Saya dah tukar dua org "kamwali" ni sbb "kamwali" saya yang pertama tu, dia buat masalah tak dtg kerja bersihkan rumah saya. Bila call mulanya kata "shopping".. tak habis2 dengan shopping raya dia.. Katnya esok nak datang for sure tapi haram nya dia datang.. Tunggu lagi next day tu dgn sabarnya.. Tak puas hati saya call lagi nak tanya dtg tak hari ni?? Dia tak angkat pulak sampai seminggu tunggu dia datang mai bersih rumah saya tak jugak datang..

Lepas tu saya story la masalah ni dgn jiran saya dan minta tolong dia call dan cakap sbb masalah lagi nyer "kamwali" saya ni tamil dan tak boleh cakap bahasa lain.. So, kawan saya ni cakap la apa yang saya suruh cakap.. Bukan cakap apa pun cuma nak tanya kenapa tak datang bersihkan rumah saya, itu jer.. Ada la jugak saya aluahkan masalah lain.. Selesai bab tu.. So dia datang dan kemas rumah.. saya jadi hairan bin ajaib kenapa dia senyap jer.. selalu senyum jer kat saya.. Lepas dia habis kemas semua, dia meluru ke saya dan cakap dgn kasarnya kenapa saya cakap dia tak bersih rumah dan buat kerja 'cincai'.. Hai boleh pulak kurang ajar dengan saya yang bagi dia gaji bulanan sebanyak INR1500. itu dah cukup banyak bagi saya sebab dia hanya kerja sapu, mop dan kadang2 cuci toilet dan cuci pinggan mangkuk.. Mulanya dia mintak INR 2500.. Saya tak setuju nak bg byk tu sbb sikit sgt kerja2 yang dia buat.. Dia setuju 1500 tu dan mula kerja. 1st memang ok jer dia kerja. Dah tu saya suruh lap habuk dia boleh cakap kena tambah gaji pulak.. Hai demand betol.. Rata-rata "kamwali" sini kerja banyak rumah.. Yang kerja dgn saya ni dia kerja 5 buah rumah dlm satu hari.. Gaji lain2 harga.. "kamwali" ni boleh letak berapa dia orang nak. tapi kerja memang tak puas hati. Satu lagi, Datang suka hati jam. Dah nak senja baru dtg bersih rumah.. Waktu tu nak bersih apa. ??????

 Sabar2.. Akhirnya sampai hari ni dia tak datang bersih rumah saya dan saya tukar " Kamwali" baru yang saya ambik secara rawak dr jiran sebelah rumah dan Saya hanya bayar Inr1000 untuk 20 hari..

Masalah jugak dengan "kamwali" ni dah tiga hari tak datang. Saya senang jer, tak datang duit gaji saya cut.. Tadi bila dia datang saya cakap duit gaji saya cut, dgn terkejutnya saya tgk dia lap habuk depan almari TV dan dimana saja saya berada.. Saya tak mahu cakap apa, kalau cakap pun bukannya dia paham.. Sebab saya tak bagi gaji untuk lap habuk. itu mcm bodek saya la tu suruh jgn potong gaji dia.. Lepas habis jer kemas, dipanggilnya saya. Saya cakap nak apa.. Dia boleh cakap apa jer pasal gaji dia.. Saya tak paham dia ckp apa.. Dia harapkan saya bagi dia makan tengahari sbb jiran sebelah saya bagi makan untuk dia.. Saya tak mahu buat macam tu dan itu masalah saya.. Saya buka reti nak masakkan dia masakan south indian.. hemmm.. Biar la.. bila tanyak mana pergi 3 hari tak dtang kerja. Boleh pulak cakap abang dia mati.. Yang "kamwali satu lagi tu pun cakap Makcik dia sakit.. Alasan jer. bagi saya senang jer nak tahu bohong ker tidak. Tengok bila kita tanya, mata dia pandang mana. kalau dia pandang kearah kita itu betul tapi dia pandang bawah lantai mmg tipu.. Dan boleh lagi senyum2 happy nak mintak duit lebih..

Masalah kan.. Elok lagi tak payah ber"kamwali" dr ada "Kamwali" ni.. tak sakit hati dan kita tak tension.. Bukan saya tak boleh buat pun kerja2 rumah tu cuma keadaan kesihatan yg kurang mengizinkan.

Tengokla esok saya rasa nak berhentikan saja dia ni.. Satu lagi dia org ni kerja berdua. Itu saya tak suka. Sembang jer dan saya rasa diepa dok kutuk sebab dr segi pandangan mata yg sorang tu memang takut sangat. Dah la kebersihan diri tak jaga.. Sabar jer la.. Macam mana nak bersihkan rumah orang bila diri sendiri tak jaga kebersihan. Bila part sapu boleh pulak selamba jer pegang sapu mcm modeling.. lastnya saya pulak yang kena bersihkan balik.. Hadoiiiiii..

Sekina bebelan saya..  

Thursday, September 6, 2012

::: Up date :::

Lamanya tak update my blog.. Entah la, mood tu kurang nak mengarang dan takde cerita sangat. Ramadan dan Hari raya pun dah berlalu. Seperti biasa jugak sambutan dan tak semeriah Hari Raya di tanah air ku yang tercinta.

Cepatnya masa berlalu dah masuk bulan September dan hampir setahun jugak saya dan keluarga menghuni bumi Chennai ini.. Ada suka ada duka dan bermacam-macam lagi yang ditempuhi. Dan yang pasti, Kami akan berpindah buat kesekian kalinya.:-)

Dah banyak tempat dihuni dan merata tempat dilawati.. Alhamdulillah dan banyak jugak pengalaman hidup yang dirasai. Memang seronok dapat pergi dan melihat sendiri cara kehidupan di tempat-tempat yang berbeza.. Kalau nak cerita memang tak habis dan yang pasti tak akan pernah habis. hehehe..

Seronok baca blog kawan-kawan siber yang sibuk bercerita tentang puasa dan raya.. Tumpang gembira dan saya takda cerita tentang itu semua.. Syukur, ibadah puasa berjalan lancar seperti biasa dan eid jugak disambut ala kadar.. Tahun ni beraya di Hyderabad. memang sambutan meriah ketika bulan puasa. peluang untuk menambah pendapatan bagi yang berniaga.. Memang menyeronokkan. Bila Eid sambutan yg memang ala kadar saja.

Oh sungguh saya tak tahu nak bercerita tentang itu semua dan tetiba saya jadi blurrrrrrrrrrrrrr..

Ok that's all i really wanna do.. hehehe..