Monday, August 26, 2013

Minnesota State Fair 2013

Sabtu lepas berkesempatan mengunjungi Minnesota state fair. Kami pergi sebelah petang dalam pukul 6 petang macam tu. So tak la panas sangat kan.. Ni 1st time pergi ni.. Dah selesai membeli tiket dan parking dekat someone house tapi kena bayar $20 sebab malas nak gi parking jauh. Parking ni berdekatan pintu masuk. So kira ok la takyah jalan jauh.. Tiket masuk $24 untuk 2 orang dan bawah 5 tahun free. My son free lagi :)



Masuk dalam terus kejutkan my son yang sedang nyenyak tido. Dia punyalah terkejut bila tengok banyak nya games dan ramai orang.. Nasib baik tak menangis sebab masih nak tido lagi. Dia terus meluru nak main dinosaur dengan muka yang masih mengantok.. Si papa terus belikan tiket untuk $20, So dia boleh pilih main apa games yang dia suka.. Semua games dia nak tapi kita pilih dan explain dia apa yang lebih fun dan selamat untuk dia main.. Alhamdulillah dia tak cerewet dan ada jugak la dia merengek.. hehehe

Antara games yang best;


 
Last sekali kita main roller coaster sebab nak abiskan tiket dan hari dah malam. Before balik tetiba dekat exit tu ada robot besar, so bawak my son tengok robot sebab dia suka.. Yang bestnya, bila nak ambik gambar ngan robot tu dia nangis takut pulak but the real experience bagi dia boleh tengok robot dari arak dekat, now wehn you asking " kenapa cry tengok root?" Dia malu hahaha.. Tapi best la hari tu.. Letih memang letih la. balik rumah siap boh cool pad kat tapak kaki.. nak pergi lagi sebab hubby dapat tiket free..

See you next time.. :)

 

Tuesday, August 20, 2013

BBQ Time

Ceritera dua minggu yang lepas kalau tak silap.. Al-maklum la summer weather best jer, si Shah call ajak kita BBQ.. Apalagi nak jer join sebab dia buat ayam tikka. Sedap woo ayam tikka.. hehehe

Hari tu kami Syed family ni ke Lake Nokomis sebab hubby ni cuba memancing kat sana.. So, saya seperti biasa bawa my son main-main dekat palygroung yg berdekatan.. Ramai jugak hari tu. Ada birthday party, berenang dan macam-macam lagi la.. Tak larat nak stay lelama sebab panas ko..

Petangnya kami pergi la BBQ bersama dengan tiga lagi family dekat student housing apartment.. Best sangat.. Sembang-sembang tak hengat.. hehehe.. Macam-macam makanan sikit sorang bawak jadi banyak la kan.. Saya tak dan masak apa, saya just bawak kek jer.. hehehe

suka la dia boleh lari sana sini :)

master grill.. Dah nak abis belajar dah end of this year

family baru :)

entah apa yang disembang tu.. asaaappppp.. hehehe

Till then.....

Monday, August 19, 2013

Weekend @ Duluth MN

Last saturday, we went to Duluth.. Saja jer nak isikan masa bersama keluarga dan melawat Duluth. Rugi tak explore mana-mana tempat bila dah di sini kan.. Nanti dah balik for good, nyesal tak sudah sebab byk tempat tak gi.. Alhamdulillah, driving dari Minneapolis ambik masa 21/2 jam.

Pagi-pagi tu saya dah bangun sediakan apa yg perlu dibawa.. Kami decided nak picnic kat Lake superior, Duluth.. Kami bawak grill kecik dan apa yg patut segala macam mak nenek nak makan but dlm kuantiti yang kecil jer.. hehehe..

Kami bertolak lewat jugak hari tu.. So sesampai jer Duluth kami terus pergi Zoo. Zoo tak la besar mana.. Haiwan pun tak banyak sangat. Tapi boleh la nak kenalkan dengan my son.. Dia excited la bila tengok binatang dari jarak dekat.. Siap naik train kecik lagi for $2. Lepas semua spot kami pergi dalam zoo tu kami bertolak ke Brighton Beach dekat dengan lake superior.. Dan yang tak best sangat, semua binatang time kami pergi tu tido.. Maybe nap time kot.. Hehehehe..

Kalau drive terus jer dah boleh cross border US-Canada.. Boleh ker??? Kena ada Canada visa kan.. hehehe





Suka tengok view nak gi Lake superior tu.. Lawa KO... Kami cari spot untuk grilling.. Semua table penuh so kita duduk jer dekat kerusi yg kosong dan mula grilling.. Yang paling best, grill jagung.. Manis sangat.. Saya sempat beli 4 biji masa shop grocery kat Cub food.. hehehe.. Sementara tunggu ayam tandoor masak, kami ke beach kira nak main-main air.. Bila cecah jer kaki dalam air, mak aiiiiii, sejuknya.. Tak jadi main terus lepak-lepak sambil makan-makan..




Lepas tu kami tolak balik Minneapolis.. Seronok weekend kami. Next weeken tak tau nak gi mana lagi.. Maybe Iowa or Nebraska kot.. Let see ...



Friday, August 9, 2013

Aidilfitri 2013 Minneapolis MN USA

Alhamdulillah.. Dapat update blog hari ni. Entry biasala pasal raya-raya dan persiapan raya.. Raya diperantauan ni takda la semeriah raya di kampung halaman.. Mana-mana pun syawal tetap disambut meriah.

Tak sangka tahun ni saya berjaya bake 3 kek. 2 kek lapis iaitu kek lapis idola dan holiday inn. Satu kek lagi saya kukus, kek lumut.. Walaupun tak seberapa nak jadi ok la dari takda kan.. Oh ada lagi saya buat cookies jugak.. Dua cookies, mama carries dan tart nenas gulung dan bunga.. Tak jadi sgt tart nenas saya.. Takpa boleh cuba lagi.

Sehari sebelum raya saya masak lepas berbuka sebab tak larat sangat baru balik dari swimming class my son. Berbuka pun dengan apa yg ada.. Just masak nasi jer.. Lepas berbuka tu saya goreng ayam separuh masak untuk ayam masak merah dan saya sediakan rempah-rempah untuk masak nasi tomato keesokkan paginya sebelum sembahyang raya.. Malam tu jugak saya belajar masak lemang.. Saya dah siap beli daun pisang dari asian store. Alhamdulillah menjadi sebab siap call mak tanya macam mana nak masak nasi pulut.. hahaha.. Tu la bak kata orang bila duduk dekat ngan mak tak mau belajar semua mak nak kena siapkan.. Bila dah jauh baru tahu akibatnya.. Sama jugak dengan kek ni.. Makcik, kakak ngan adik semua expert perihal kek lapis.. Memang saya tak yakin bila buat sendiri tapi saya cuba gak.. jadi tak jadi belakang kira..

Sembahyang raya, kami sembahyang dekat Northwest Islamic Community Center Plymouth.. Ramai jemaah siap kena buat 3 group.. Kami group kedua. Lepas sembahyang raya kami potluck raya dekat rumah kakak di Como ave.. Ada empat family. masing-masing bawak makan sorang sikit.. Sedap-sedap pulak tu.. alhamdulillah.

Bila petang lak Student malaysian anjurkan open house.. So sweet kan.. Masak lak sedap-sedap.. Macam-macam ada.. Seronok la raya kali ni..

kek lapis idola

kek kukus lumut

lemang perantau

kek raya saya.. dah nak abis daaa...

biskut raya saya

nasi tomato

ayam masak merah prune




open house malaysia student UoM.. tq all makanan sedap-sedap belaka

Akak Zie Daim...

makan-makan yer..
 Alhamdulillah cerita raya saya untuk tahun ini.. Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf zahir batin pada kedua ibu bapa saya yang berada di Miri Sarawak dan seluruh kaum keluarga.. Untuk teman-teman juga.. Salam Aidilfitri..