Wednesday, December 26, 2012

::: Cuti-cuti kampung :::

Alhamdulillah, sebelum berlepas ke Amerika, hubby dengan baik hatinya hantar saya dan anak balik kampung. Masa tu maseh di Chennai lagi.. Saya dengan gumbiranya setuju dengan cadangan hubby.. Apa tak seronoknya masa tu musim buah ko.. Lama dah tak merasa keseronokan musim buah dikampung. Macam-macam buah ada. Enjoy jer la gambar semasa saya dan my son bercuti dikampung..

Memang best cuti-cuti dikampung this time: MAKANNNNN !!! :)

cucur buah terap. sedap sangat. 

breakfast pepagi hari. 

rambutan

rezeki apak dapat hari tu. :)

Buah cempedak. 

rezeki apak dapat lagi untuk kesekian kalinya.

ikan tuna salai the best ever made by Mak.

di kebun kutip buah durian yang baru nak gugur. 

Sis in law yang baru 1st time gi kebun.. hehehe.. dia cakap tak mau dah gi kebun.. hehehe

happy dapat kutip buah durian 

kueh tradisi melanau "kueh kelitah" dikukus. ramuan tepung, santan, buah terap, durian, gula. kulit dibuat dari daun nipah. 

buah terap.

My son terkejut tengok buah durian yang baru datang dari kebun .

bersama sepupu Rayyan dan Sara.. Where Icha?? dia sedang nangis.

ronda-ronda kampung

tepi pantai nak tengok buaya tapi takda timbul.

ketupat

kulit ketupat. sempat belajar dari mak. Harap2 boleh ingat lagi how to anyam ketupat ni.

home sweet home.. rindunya ::((
Sekian terima kasih.. hehehe

::: The house :::

Alhamdulillah dapat lagi update blog ni yang lama dah tak sempat nak dilawati.. hehehe.. Oh sungguh tidak sehat. Keadaan yang maseh lagi terkawal. Lepas demam waktu salji pertama membanjiri Minneapolis sampai sekarang maseh batuk-batuk. Semuanya batuk..

Sekarang ni kami tinggal menyewa sebuah rumah berdekatan dengan Masjid Dar-Farouq. Sebelah jer dekatnya.. Buat julung-julung kalinya menyewa rumah. Selalu kami renting Apartment one bedroom jer. Dah dapat deal under budget kami terus grab dan sampai sekarang maseh menetap disini lagi.


House
Nampak tak pintu masuk rumah yang comel itu. Ada kisah disebaliknya. Kami dah beli satu set sofa yang agak comel jugak untuk rumah. Bila sampai jer delivery guy tengok jer pintu cute ni, dia siap cakap "Oh man, i don't think we can bring this sofa inside." yelakan pintu 19 century. Masa tu takda lagi kot perabut besar sofa ni kot?? tak tau la..

Namun hubby berkeras nak cuba masukkan sofa ni. Saya pun turut membantu dengan menahan pintu yang comel itu.. Hampir nak patah sebab tak boleh nak masukkan sofa ni. Akhirnya dengan sedih terpaksa hantar balik sofa gi kedai tempat yg kita purchase tadi.. Sekarang ni tengah cari jalan penyelesaian macam mana nak kasi sofa ni masuk rumah.. Alahainya la kan.. Tunggu jer la macam mana kejadian..

Dah sebulan lebih Stay sini, rasa tak boleh deal dengan sejuk nya mak aii.. Buat masa ni kami hanya menggunakan bas jer kalau nak pi mana2. Ada kakak dan suaminya yang baik hati bawak kami naik kereta bila nak beli grocery. hehehe..

Harap lepas ni batuk-batuk akan berkurangan la.. Amin..

Note: Suka rumah ni.. Ada empat bilik, dekat garage ada dua bilik. satu saya jadikan store room. Satu lagi maseh kosong. Harap boleh bertahan duduk sini.. 




Tuesday, December 11, 2012

::: Minneapolis Snow :::

Keluar jer entry terus cerita snow.. hehehe.. Dah dekat 3 minggu sampai sini. Tak dan nak update blog. So, Ahad lepas snow turun dengan lebatnya. Namum saya hanya mampu dengar hubby cakap sebab terlantar atas katil tak larat nak bangun sebab demam. Sakit semua badan dan sendi. Terlepas gak kawan ajak main snow sebab hari tu memang sesuai nak pi main snow.. Saya dok rumah jer. Sampai la ni pun tak sehat lagi. Takpa, ada peluang tu nanti.. Yang kesiannya, my son jugak batuk-batuk. nasib baik tak demam.

Layan jer la beberapa gambar snow ni..