Wednesday, January 30, 2013

Snow Again and the story

Alhamdulillah, Ahad lepas snow turun dengan lebatnya dibumi Minnesota. Masa tu nak get ready to Toy's R Us di Plymoth. Siap-siap bukak pintu, alamak snow turun dengan galaknya.. Seronok, hati berbunga-bunga.. hehehe..

Hubby dia gelabah sikit sebab tak biasa drive dalam keadaan macam tu.. Cuak kejap.. hehehe.. Masa stay kat California mana ada snow.. hehehe.. Takpa kami tawakal Allah saja.. Seronok jugak pada hari tu.. Sepanjang perjalanan tu putih jer nampak sekeliling.. Maha Suci Allah.

Sampai ker tempat yang dituju, hah my son dah keliru yang amat sangat sampai dia sebut " My goodness" hahaha.. Dia kalut. Semua benda dia nak borong.. Hubby ambik jer bike yang kecik then terus bayar. Saya masa tu lapar sangat dan carik something yang boleh dimakan.. Nampak aiskrim so beli aiskrim makan ler.. tetiba jer dalam kereta, myson makan habis aiskrim.. Kesian pulak tengok dia makan. Dia suka aiskrim. Takpa la..

Lepas tu, kami pergi goodwill. Goodwill ni retail store yang menjual bermacam-macam barang yang didermakan kepada store tersebut.. Saya seperti biasa terus menuju tempat barang dapur, belek-belek mana tau ada yang berkenan.. So, saya jumpa bekas besar untuk menyimpan senduk dan segala macam. Tempat simpan senduk masakan saya dah terlebih muatan.. Saya dapat dengan harga $2.99 jer. Then, saya pergi ke tempat bantal pulak. Ala yang square kecik tu untuk boh dekat futon saya.. hehehe.. Saya dapat yang baru lagi dan ambik dua. Memang nampak baru. Bila saya belek-belek saya dapat tahu that pillow $54.00 from Macy's store.. Mak ai, bertuahnya saya dapat dengan harga $2.99. kedua-dua bantal saya dapat dengan harga yang sama. Memang high quality sangat dan saya seronok.. Syukur rezeki hari tu.. Then, saya jumpa gak corningware dengan harga $1.99 terus saya ambik.. hehehe.. Memang rezeki la hari tu. Ada barang yang lain gak..

Hubby seperti biasa dia sebenarnya yang berhajat nak kesitu untuk beli kerusi for his office.. Alhamdulillah dia dapat gak. Dia borong 3 item dibahagian furniture. Dengan harga $2.99 hehehe.. 3 item dalam $10 macam tu. Dia dapat tv stand and small table yang kaca. Semuanya elok2 lagi.. Seronok la hari tu.. Then my son biasala dia dengan toynya.. Lepas tu hubby cakap nak singgah Kohl's nak beli jacket baru.. Saya ikut jer. Saya tak beli apa pun hanya beli dua seluar untuk myson. Seluar semua dah tak muat dipakai. hehehe. kejap jer kat situ. Saya sementara tunggu hubby bayar siap gi tempat minyak wangi dan siap sembur2 lagi.. hehehe..

Dah siap bayar semua barang, kita gerak nak balik dah.. Dekat luar snow memang turun dengan lebatnya.. Jalan pun jadi licin.

Keesokkan harinya, saya dan anak bermain snow dekat kawasan luar rumah jer.. Dia seronok la dapat keluar. Spend time dalam setengah jam jer macam tu..

Saya nak gi Goodwill lagi In Shaa Allah next week.. hehehe... Bila request hubby senyum jer.. Macam greenlight jer.. hehehe

Enjoy jer gamba kami last weeknyer yer.. :-)




pukul 10 malam but nampak mcm siang


Sekian terima kasih :-)



Thursday, January 24, 2013

3 Years Old Today

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih diberi peluang bernafas dibumi ini.  I am so happy today. My son birthday hari ni tapi majlisnya dah dibuat awal isnin lepas memandangkan cuti. Tapi alhamdulillah majlis makan-makan yang sederhana berjalan dengan lancar. Mostly hubby yang masak. Saya tolong jer.

Seronok buat preparation nak sambut birthday myson. Dia dok cakap besday you you jer. Tu yang terdetik hati nak buat makan-makan sikit.

Masak ala kadar jer like nasi biryani ayam, chicken 65, chicken tikka, bagara baigan dan terima kasih la pada tamu yang datang siap bawak brownies and kek lapis.

Seperti biasa la, lepas makan-makan sembang sambil makan kek lapis, kek birthday .

Thanks Ya Allah kerna saya dikurniakan anak lelaki yang comel dan bijak.. Doa mama & papasemoga jadi anak yang berguna berjaya dunia akhirat. Aminn







Thursday, January 10, 2013

Barang Free

Hai macam takda cerita lain jer nak tuliskan.. Time boring ni elok juak diisi dengan menulis sementara my son tengah tido.. Ada gak faedah nyer..

Nak tulis gak tentang barang free yang saya dapat semalam.. hehehe.. Saja jer kan.. Antaranya teh cameron perisa strawberry lagi.. Semalam, gi ziarah kawan sebelah rumah.. Sesampai jer dia habaq la, banyak barang nak kena buang ni.. Tadi pun dok asyik kemas bilik. Lepas tu dia habaq lagi mau something free dak? Aih, mak ai kalau dah namanya free, mau ler.. Walaupun pada ketika itu saya memang malu malu kucing .. hehehe

Memula kita gi bilik atas, Tengok banyak jugak la barang yang ditinggal oleh seorang pelajar Malaysia yang dah abis belaja.. hehehe.. Dia duduk sekali dengan kawan saya ni sementara nak habiskan belaja di Universiti of Minnesota.

iklan jap:::: "apa bau ni hangit ni??? rupanya saya terlupa nak kecikkan api nasik.. Nasik dah hangit :::""(((

Sambung balek cerita barang free.. Saya dapat Cermin panjang, bakul laundry, kipas angin dan selebihnya saya tak ambik la.. So, turun bawah kat garage pulak.. Banyak lagi barang dapat free.. muahahaha.. Seronok la sakan sambil pilih2.. Termasukla teh dan segala macam rempah ratus saya dapat free.. Seronok dapat banyak jacket dan kasut boot.. Muahahahaha.. Gelak jahat...

Alhamdulillah, Semua barang-barang dilaporkan dalam keadaan yang sangat baik.. hehehehe..

sedap.. 

celestial herbal tea tak cuba lagi yg belah atas, yang peach tu saya beli.. saja tumpang glamor.. hehehe


Kalau dekat US ni, summer season memang banyak jualan garage sale. Kalau nasib baik boleh dapat barang yang maseh elok dengan harga berpatutan.. Saya takde pengalaman gi pergi garage sale ni.. In Shaa Allah, summer tengok macam mana.. Buat masa ni kita dok beli dan cari barang 2nd hand untuk rumah melalui website craigslist minneapolis.. Harga yang memang berbaloi baloi.. hehehe.

Yang semalam tu ala-ala garage sale jugak tapi free.. hehehe.. Malu la nak tempek gamba jacket2, bakul laundry, kipas angin etc.. hehehehe..

Alhamdulillah rezeki..


Tuesday, January 8, 2013

::: Mall Of America :::

Cerita sabtu update hari ini.. Punyalah busy last week tapi best. Jumaat tu dah story sikit yang kita nak pi Aquarium kat my son.. Dia beriya jer  nak pergi. Pepagi lagi dah bangun..

So sabtunya kita pun gi la.. Before gi mall tu kita gi makan buffet kat indian restaurant. Not really like it the food dan tak banyak choice.. ingat boleh jer makan banyak2.. hohoho..

So, lepas makan terus gerak gi mall.. Sesampai jer terus gi Aquarium.. Kita dah siap2 beli tiket online sbb takut ramai orang adn que panjang tapi tak pulak.. hehehe

Masuk-masuk jer My son excited sangat tu tengok ikan yang kecik dan cute. Tapiiiii, jeng jeng jeng dia mula dah takut tengok ikan pari besar.. Ok lagi tu.. Tapi dia dah tunjukkan muka cuak.. ok, jalan lagi.. Lalu dekat jelly fish, oh dia tak minat pulak then kami terus jenjelan lagi.. jeng jeng jeng, dia dah seram sejuk, tengok ikan besar-besar yang sedang berenang diatas kepala.. Bila dia toleh atas then tengok shark besar dia dah lompat-lompat dari stroller dia.. Sudah dia nak balik dah.. Nangis kejap lepas tu, tenang balik lepas shark tu lalu.. Semakin kedalam semakin banyak pulak shark berenang tu, Dia ajak "go" lagi.. kami tenangkan dia then dia ok.. hehehe.. Teringat before tu bukan makin berlagak lagi nak tangkap shark tu.. hehehe..

Jalan lagi sampai la habis.. Saya gi kedai cenderahati nak beli something untuk my son.. Saya nampak katak getah yang bila kita pegang tu lembut dan geli jer rasa.. So, saya pegang dan angkat katak tu, my son terus jerit dengan kuat sampai satu kedai tu suara dia.. Saya pun terkejut terus lepaskan katak tu dan peluk dia erat dan tenangkan dia.. hahahaha.. Kelakar la situ.. Saya tak henti gelak lepas tu.. Alih-alih shark jugak yang dia berkenan. So saya beli la.. Sekarang ni mana-mana pergi dok bawak shark tu.. heemmm..

Then, kami pergi ke satu tempat lagi then dia jumpa ninja turtle. Budak lain sibuk ambik gamba dengan ninja turtle tu. Hubby cakap "no need' then kami gerak nak balik dah.. No really, my son tetiba nangis nangis pergi dekat ninja turtle tu.. Akhirnya kami mengalah jugak dan dia sangat happy dapat pegang and hug the ninja turtle..

Lastly, enjoy the photo:




dia main kat legoland

rambang mata tengok ni murah body & bath..


tengah tunggu turn nak ambik gamba kena bayar $10



tu jerr..

Tuesday, January 1, 2013

::: So Long 2012, Welcome 2013 :::

Alhamdulillah dah tahun 2013. Kali ni New Year 2013 kat USA, Last year 2012 kat Chennai, India.. Heemmm.. Setiap kali tukar tahun new place yer.. Pendek kata, Panjang tak kata apa-apa pun.. hehehe..

Kami tak gi mana-mana pun. Dok rumah jer.. Tak kuasa mak nak redah sejuk semata2 nak tengok firework.. hehehe.. 

Anyway, wishing all ;



Semoga tahun baru ni lebih barakah. Dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan semua-semualah yang baik2 belaka. :-)