Tuesday, January 8, 2013

::: Mall Of America :::

Cerita sabtu update hari ini.. Punyalah busy last week tapi best. Jumaat tu dah story sikit yang kita nak pi Aquarium kat my son.. Dia beriya jer  nak pergi. Pepagi lagi dah bangun..

So sabtunya kita pun gi la.. Before gi mall tu kita gi makan buffet kat indian restaurant. Not really like it the food dan tak banyak choice.. ingat boleh jer makan banyak2.. hohoho..

So, lepas makan terus gerak gi mall.. Sesampai jer terus gi Aquarium.. Kita dah siap2 beli tiket online sbb takut ramai orang adn que panjang tapi tak pulak.. hehehe

Masuk-masuk jer My son excited sangat tu tengok ikan yang kecik dan cute. Tapiiiii, jeng jeng jeng dia mula dah takut tengok ikan pari besar.. Ok lagi tu.. Tapi dia dah tunjukkan muka cuak.. ok, jalan lagi.. Lalu dekat jelly fish, oh dia tak minat pulak then kami terus jenjelan lagi.. jeng jeng jeng, dia dah seram sejuk, tengok ikan besar-besar yang sedang berenang diatas kepala.. Bila dia toleh atas then tengok shark besar dia dah lompat-lompat dari stroller dia.. Sudah dia nak balik dah.. Nangis kejap lepas tu, tenang balik lepas shark tu lalu.. Semakin kedalam semakin banyak pulak shark berenang tu, Dia ajak "go" lagi.. kami tenangkan dia then dia ok.. hehehe.. Teringat before tu bukan makin berlagak lagi nak tangkap shark tu.. hehehe..

Jalan lagi sampai la habis.. Saya gi kedai cenderahati nak beli something untuk my son.. Saya nampak katak getah yang bila kita pegang tu lembut dan geli jer rasa.. So, saya pegang dan angkat katak tu, my son terus jerit dengan kuat sampai satu kedai tu suara dia.. Saya pun terkejut terus lepaskan katak tu dan peluk dia erat dan tenangkan dia.. hahahaha.. Kelakar la situ.. Saya tak henti gelak lepas tu.. Alih-alih shark jugak yang dia berkenan. So saya beli la.. Sekarang ni mana-mana pergi dok bawak shark tu.. heemmm..

Then, kami pergi ke satu tempat lagi then dia jumpa ninja turtle. Budak lain sibuk ambik gamba dengan ninja turtle tu. Hubby cakap "no need' then kami gerak nak balik dah.. No really, my son tetiba nangis nangis pergi dekat ninja turtle tu.. Akhirnya kami mengalah jugak dan dia sangat happy dapat pegang and hug the ninja turtle..

Lastly, enjoy the photo:




dia main kat legoland

rambang mata tengok ni murah body & bath..


tengah tunggu turn nak ambik gamba kena bayar $10



tu jerr..

No comments: