Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

Spring Break ~ Kansas City ~ Tulsa Oklahoma ~ Dallas Texas ~ San Antonio Texas

Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.. Memang puas hati la kali ni cuti-cuti kami sekeluarga.. Penat tapi berbaloi. Macam-macam cerita pengalaman.. Layan jer la gambar percutian kami:

legoland discovery Tulsa






Tak sabar nak sampai texas, penat duduk jer..

gi botanical garden. tapi saya dan anak tak berapa nak suka.. hehehe

sempat jamu mata di LV store di Galleria Dallas


IFly Dallas.. Satu pengalaman.

Spot.. my anak yang paling kecik diantara yang lain.. semangat dia nak mencuba.. he did it..

next my turn IFly Dallas. Dapat sijil lagi.

Ala-ala Safari Zoo bagi makan kat wildlife kat sini. X jauh dari San Antonio Texas.. 





kereta sewa yang selesa untuk perjalanan jauh.. 

Finally we are here.. memang best. 



Last day before balik  Minneapolis. Stingray feeding seaworld Dallas.. 

Till next time... kita gi area east america pulak ye.. 

Next Trip.... Tunggu..

Thursday, June 19, 2014

Two River and Kalahari Water Park, Wisconsin

Last few weeks, kami sekeluarga pergi ke Two river dan Kalahari waterpark untuk habiskan weekend kami bersama. Seronok sangat. Spend time together with your love one kan. Family quality time katakan. Memandangkan cuti sekolah kena bawak anak jenjalan dari asyik terperap dirumah jer. Boring jugakkan.

Kami bertolak dari Minneapolis sebelah petang jumaat dan driving mengambil masa 5 jam untuk sampai kedestinasi.. Memang jenuh la jugak.. Kematu punggung tapi bila tengok nature view mashaAllah sejuk je mata memandang. Cantik sangat.. Banyak gak berhenti di rest area. Akhirnya sampai jugak dalam pukul 10:00 malam macam tu.. Selesai check in terus siap-siap makan malam dan tido.. Keesokannya Husband dia ada pertandingan mengail. Pukul 4;40 am dah bangun siap-siap nak pergi daftar. dua hari berturut-turut tu dapat jugakla ikan tapi tak sampai dapat tempat teratas.. Lumayan jugak hadiahnya tapi takda rezeki.. Cuba lagi next year.. Kami dua beranak tak la join sekali sebab, weather maseh sejuk sangat.. Hotel tempat kami menginap tu betul-betul berdepan dengan Lake Michigan.. Rasa duduk tepi pantai jer.. Tasik je tu..

cantik kan.. capture dari bilik hotel jer.. Lake Michigan
Lepas habis memancing tu, hubby bawak la jenjalan tengok tempat dia dan yang lain-lain mengail. Peserta datang dari Chicago, Indiana dan tempat yang lain lagi..






Weather maseh sejuk lagi masa ni.. Bising la anak saya tanya masa sweater dia.. Saya just packing baju summer jer.. hehehe

So, monday to check out.. Sebelum balik Minneapolis kami singgah Kalahari waterpark. 3 hour drive. Sampai-sampai jer tengahari dah. Terus jer masuk Kalahari waterpark sebab my son dah tak sabar main air. Hohoho.. Dah sudah beli tiket tu, my son ngan hubby terus masuk dan tukar baju. Saya tak join la sebab tengah sarat.. hehehe.. So saya apa lagi, outlet dah dekat shopping la. Cari barang-barang bayi terutama baju baby. Tapi tak berapa ak sale sangat. Beli apa yang patut jer..

Empat jam jugak mereka spent time dalam waterpark tu.. Jenuh tunggu. Sempat jugak window shopping dalam Kalahari tu..

Bila dah sudah selesai dan penat, pergi tukar baju dan siap-siap nak balik Minneapolis. dah tak larat dah.. driving back to minneapolis ambik masa 4 jam macam tu.. Penat sungguh Hubby sebab bawak my son main air.. hehehe.. Kesian saya ingat nak tolong driving back to Minneapolis tapi tak berani la.. hehehe.. Dasar penakut tu..

My son happy sangat, sampai tak mau balik.. Kena pujuk pelan-pelan dapat jugak bawak dia balik.. Maseh tak puas.. Entah bila lagi nak pergi sebab lepas ni kandungan dah nak masuk 7 bulan. Sekarang pun dah tak larat sangat-sangat berdiri lama.. Nak shopping sikit lagi barang baby. Then lepas tu lepak la kat rumah sampai due nya.. hehehe..





Sampai ketemu dilain entry.. :) 

Wednesday, September 4, 2013

Summer End Vacation South Dakota 2013

Alhamdulillah berkesempatan menjejakkan kaki ke South Dakota minggu lepas.. Bertolak Sabtu malam pada pukul 2:00 pagi dan sampai ke destinasi pukul 9:30 pagi waktu Dakota. Beza waktu sejam dari minneapolis. Jauh memang jauh, dah bertolak waktu pagi dan x nampak apa. Gelap sepanjang perjalanan.

Pukul 6:00 pagi saya terbangung sebab kereta berhenti. Encik hubby mengantuk dan lapar. So kami berhenti distesen minyak entah di mana.. Hehehe.. Masih jauh lagi perjalanan. Lepas tu kami teruskan perjalanan.

Banyak jugak berhenti sebab hubby letih. Kesian dia sorang-sorang kena drive. Saya ta berapa nak berani drive dan belum biasa drive jauh ni. Mungkin suatu hari nanti boleh kot.. hehehe.. Highway pun tak lepas.. kui kui kui...

Sepanjang perjalanan memang hijau dan cuaca pun panas.. Saya suka bila melintasi sunflower farm, MashaaAllah cantiknya.. So, hilang la letih buat seketika..

Sampai-sampai jer Rapid city terus check in dan hubby terus tidur dan rehat. Tengahari keluar makan dekat Everest restaurant tapi tak best sangat. katanya buffet tapi makanan sikit sangat dan kurang kena dengan tekak kami.. Lepas makan jer terus set gps ke Mt. Rushmore. Lagi dihidangkan dengan permandangan yang cantik.. Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang..

Sesampai jer Mt. Rushmore terus nampak muka empat orang bekas president Amerika.. Wah! sungguh la nak daki dan ukir muka kat atas gunung. Tak henti klik sana klik sini. Alahmdulillah sampai jugak dan tengok dengan mata sendiri. Selalu tengok paper jer.. Apa-apa pun layan jer la gambar ekk.. malas nak mengarang.. hehehe






Lepas Mt. Rushmore kami ke dinosour park sebab my son nak tengok dinosour. Dah la jalan berular dan tinggi. Pengsang jap. Siap my son sound la, "janganla takut..." hahaha.. Seronok la dia tgk dinosour yang besar dan bukak kecik seperti yang dia tengok dalam tv n youtube..



The next day, kami gerak ke Badland National park. MashaaAllah cantiknya bentuk mukasbumi yang berbonggol-bonggol.. hahaha.. Beware ada rattle snake yer.. Hari tu jugak kami balik Minneapolis tapi banyak stop dan singgah.. Lagi kami singgah di Michelle tengok corn palace..





Ni la corn palace. Tak perlu bayar fee pun.. Masuk percuma.. Tengok la sejarah tentang corn palace ni..Sil google yer.. Memang cantik sebab design menggunakan jagung. Tak caya tengok sendiri.





Lepas tu kami singgiah di Sioux Fall.. Sebelum sampai tu terbayang dah waterfall yang cantik dan tinggi tapi bila sampai indah khabar dari rupa.. hehehe. Tak lama dekat situ terus gerak balik Minneapolis.. Hari dah makin gelap. Sampai ke Minneapolis pukul 10:30 malam. terus masak dan makan dan tido.. Letih sangat..


Capture gambar awan mendung ni on the way balik.




Till then, Next vacation maybe after winter.. Sekarang dah mula sejuk.. Fall season coming..