Wednesday, January 29, 2014

Happy 4th Birthday

Alhamdulillah, dah genap 4 tahun umurnya.. Semoga Allah limpahkan kurnia kesihatan yang baik untuk anakanda yang tercinta.. Terima kasih Allah.

Kami buat Majlis hari lahir ala kadar jer.. Jemput mana yang kenal dan masak special sikit.. So, Khamis dah shopping groceries. Decoration dah siap beli 2 weeks before.. My son memang excited la birthday dia.. Jangan tak tahu dia yang request nak birthday party ni.. Oh! my anak.. hehehe.. Siap awal2 booking community room..

Sabtu sekitar jam 6 petang dah tunggu tetamu datang...Tak semua nya datang yang dijemput.. Ada amasalh kesihatan dan hari ni memang snow turun lebat sangat.. Alhamdulillah my son happy dan boleh main lari sana sini dengan kawan-kawan.. Tak ramai sangat.. Buat ala kadar jer..

Lepas potong kek jer, terus la kami menjamu selera sambil borak-borak.. Sedar tak sedar dah kol 8:30 malam. So mula la berkemas dan tetamu pun dah kenyang.. Banyak la story morry yer disharekan bersama..



pilihan kek Cras theme, so semua decoration beli yang sama from party city..

antara menu yang disediakan















Doa saya agar SADIQ my lovely son menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab, beriman dan bertaqwa.. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan murahkan rezeki anakanda.. Aminn..