Tuesday, July 22, 2014

Drama Raya wajib tonton

Tak sabarnya nak menonton drama raya tahun ni.. Jangan lupa saksikan bersama keluarga tersayang..



Macam best jer.. Kita tunggu............................................!!!

Persiapan Syawal

Fuhh entry tu.. Hehehehe.. Persiapan syawal dinegara USA ni tak la semeriah di Kampung halaman ya dek.Takda pun berabis itu ini. Sambutan ala kadar la sangat. Tapi semangat raya tetap ada. Dah masuk 8 tahun dek sambut raya diperantauan.. Tahun 2011 sambut raya di kampung halaman memang meriah la.

Apa persiapan ekk?? Bagi saya tak berapa la tahun ni. Hanya sediakan apa yang patut. Tak kan la xda persiapan langsung kot. Walaupun sikit itu sudah memadai. Mana la tau kalau ada yang sudi datang bertandang kerumah. hehehe.. Buat biskut ngan kek barang satu dua jenis kan.. Kalau nak masak-masak tahun ni tak la kot. tak berapa nak larat.. Maklum la "mak buyung". InshaaAllah tak lama lagi my second baby akak lahir.. Harap semua ok walaupun kali ini pregnancy tak berapa nak enjoy sangat.. Takpa la perancangan Allah itu yang terbaik..

Tiap hari dok call mak di kampung tanya itu ini. Terutamanya persiapan raya hehehe.. memang dah rindu sangat nak balik ni. Sabar.. Semoga Allah mudahkan Pelan kita nak balik kampung beraya next year.. Rindu sesangat dengan suasana sebelum raya di kampung halaman.. Riuh rendah dengan bunyi mercun dan lampu lip lap. Tak kurang jugak dengan jiran tertangga yang dok sibuk segala macam..

Alhamdulillah, persiapan dari segi baju dah ada.. Pakai yang tahun lepas la jugak cuma shopping sikit nanti bila nak dekat raya untuk my son and hubby. Sini tak sesak mana pun shopping kompleks berbanding tempat kita kan. Tapi yang sesak-sesak tu jugak yang best kan.. hehehe

Dikesempatan ini kami sekeluarga yang berada di Minneapolis USA mengucapkan:



InShaaAllah, tahun ni raya sambut kat Masjid jer bersama Muslimin muslimat yang lain. Hubby pun kena kerja pagi syawal tu lepas solat raya.. Meriah jugak tu.. Nanti update yer..

Raya raya jugak jangan lupa tragedi yang menimpa MH17 dan MH370 yer - Al-Fatihah.



Friday, July 18, 2014

MH17 ~ Satu Tamparan Yang Hebat Bagi Malaysia

Subhanallah...

Itu ucapan yang terkeluar bila saya terbaca berita mengenai MH17. Unbelieveable.. Sungguh.. Yang tak boleh nak kata apa, ada yang mengatakan MAS kena tembak. Belum lagi reda isu MH370 kini Malaysia digemparkan dengan satu lagi inseden yang maha berat untuk ditanggung.. Hanya mampu berdoa dan berharap semoga semua ahli keluarga terlibat bersabar dengan ketentuanNya.. :(

Antara gambar diambil dari google;

Sedih ;'(




Al-Fatihah & Salam Takziah


Tuesday, July 15, 2014

Ramadan Kareem dari Minneapolis USA

Alhamdulillah, rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa dibulan ramadan tahun ni 2014. Maseh lagi menyambutnya diperantauan negara orang.. Tahun ni sambutan seperti tahun lepas berbuka puasa beramai-ramai di masjid dan menunaikan solat berjemaah..

Alhamdulillah. Dah 17 Ramadan dah.. Tak lama lagi nak sambut raya kan.. Mesti family dikampung busy membuat persiapan raya yang ala kadar. Rindu suasana beraya dikampung.. :(

Wishing all muslims in the world




Psttttt::: Ramadan jangan pergi..