Wednesday, December 26, 2012

::: Cuti-cuti kampung :::

Alhamdulillah, sebelum berlepas ke Amerika, hubby dengan baik hatinya hantar saya dan anak balik kampung. Masa tu maseh di Chennai lagi.. Saya dengan gumbiranya setuju dengan cadangan hubby.. Apa tak seronoknya masa tu musim buah ko.. Lama dah tak merasa keseronokan musim buah dikampung. Macam-macam buah ada. Enjoy jer la gambar semasa saya dan my son bercuti dikampung..

Memang best cuti-cuti dikampung this time: MAKANNNNN !!! :)

cucur buah terap. sedap sangat. 

breakfast pepagi hari. 

rambutan

rezeki apak dapat hari tu. :)

Buah cempedak. 

rezeki apak dapat lagi untuk kesekian kalinya.

ikan tuna salai the best ever made by Mak.

di kebun kutip buah durian yang baru nak gugur. 

Sis in law yang baru 1st time gi kebun.. hehehe.. dia cakap tak mau dah gi kebun.. hehehe

happy dapat kutip buah durian 

kueh tradisi melanau "kueh kelitah" dikukus. ramuan tepung, santan, buah terap, durian, gula. kulit dibuat dari daun nipah. 

buah terap.

My son terkejut tengok buah durian yang baru datang dari kebun .

bersama sepupu Rayyan dan Sara.. Where Icha?? dia sedang nangis.

ronda-ronda kampung

tepi pantai nak tengok buaya tapi takda timbul.

ketupat

kulit ketupat. sempat belajar dari mak. Harap2 boleh ingat lagi how to anyam ketupat ni.

home sweet home.. rindunya ::((
Sekian terima kasih.. hehehe

No comments: