Friday, August 9, 2013

Aidilfitri 2013 Minneapolis MN USA

Alhamdulillah.. Dapat update blog hari ni. Entry biasala pasal raya-raya dan persiapan raya.. Raya diperantauan ni takda la semeriah raya di kampung halaman.. Mana-mana pun syawal tetap disambut meriah.

Tak sangka tahun ni saya berjaya bake 3 kek. 2 kek lapis iaitu kek lapis idola dan holiday inn. Satu kek lagi saya kukus, kek lumut.. Walaupun tak seberapa nak jadi ok la dari takda kan.. Oh ada lagi saya buat cookies jugak.. Dua cookies, mama carries dan tart nenas gulung dan bunga.. Tak jadi sgt tart nenas saya.. Takpa boleh cuba lagi.

Sehari sebelum raya saya masak lepas berbuka sebab tak larat sangat baru balik dari swimming class my son. Berbuka pun dengan apa yg ada.. Just masak nasi jer.. Lepas berbuka tu saya goreng ayam separuh masak untuk ayam masak merah dan saya sediakan rempah-rempah untuk masak nasi tomato keesokkan paginya sebelum sembahyang raya.. Malam tu jugak saya belajar masak lemang.. Saya dah siap beli daun pisang dari asian store. Alhamdulillah menjadi sebab siap call mak tanya macam mana nak masak nasi pulut.. hahaha.. Tu la bak kata orang bila duduk dekat ngan mak tak mau belajar semua mak nak kena siapkan.. Bila dah jauh baru tahu akibatnya.. Sama jugak dengan kek ni.. Makcik, kakak ngan adik semua expert perihal kek lapis.. Memang saya tak yakin bila buat sendiri tapi saya cuba gak.. jadi tak jadi belakang kira..

Sembahyang raya, kami sembahyang dekat Northwest Islamic Community Center Plymouth.. Ramai jemaah siap kena buat 3 group.. Kami group kedua. Lepas sembahyang raya kami potluck raya dekat rumah kakak di Como ave.. Ada empat family. masing-masing bawak makan sorang sikit.. Sedap-sedap pulak tu.. alhamdulillah.

Bila petang lak Student malaysian anjurkan open house.. So sweet kan.. Masak lak sedap-sedap.. Macam-macam ada.. Seronok la raya kali ni..

kek lapis idola

kek kukus lumut

lemang perantau

kek raya saya.. dah nak abis daaa...

biskut raya saya

nasi tomato

ayam masak merah prune




open house malaysia student UoM.. tq all makanan sedap-sedap belaka

Akak Zie Daim...

makan-makan yer..
 Alhamdulillah cerita raya saya untuk tahun ini.. Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf zahir batin pada kedua ibu bapa saya yang berada di Miri Sarawak dan seluruh kaum keluarga.. Untuk teman-teman juga.. Salam Aidilfitri..




No comments: