Tuesday, July 23, 2013

IFTAR AHAD LEPAS

Alhamdulillah, dah 14 hari menyambut ramadan hari ni.. :) Cerita kami ahad lepas iftar di Northwest Islamic Community Center Plymouth. Memang menjadi tempat utama kami kalau berbuka diluar kala hujung minggu.. Memeriahkan masjid dengan berjemaah, ceramah agama ramadan. Ahad tu memang ramai sebab ada penceramah khas dijemput dari New York. Pada malam tu, ramai hamba Allah yang sudi donate untuk masjid.. MashaAllah, Ada 5 orang yang memderma USD20,000, selebihnya USD10,000, USD5000 dan sebagainya lah.. Alhamdulillah..

Rata-rata ramai Pakistani, Arab, Somali, Burma, Malaysia (saya) dan Indian. Ini setakat yang saya tahu la tapi ramai lagi.. Selepas waktu berbuka dengan kurma dan air sejuk, kami terus menuju ke dewan jemaah maghri sama-sama. Selepas menunaikan solat Maghrib, kami terus ke dewan makan.. Alhamdulillah, sedap masakan mereka.. Terima kasih pada yang sudi menderma. Alhamdulillah.







Oppsss yang ni Iftar kami Isnin lepas. Teringin nak makan buah melaka dan saya buat la sikit.. Buat cukup-cukup untuk saya sorang.. hehehe.. rindu mak dikampung.




Yang ni saya buat semalam, ahad lepas saya Asian market beli durian.. Teringin nak makan bubur kacang hijau durian dan jagung. Yela tu, bulan posa ni la tekak nak makan macam-macam..



Maklumla, sini mana ada bazaar ramadan nak pergi.. hehehe.. Semua kena buat sendiri kan..

Itulah ceritera kami setakat ni.. Sambil update blog dengar lagu raya..

Selamat hari raya...




No comments: