Friday, June 22, 2012

::: USA lagi :::

Alhamdulillah maseh berkesempatan mengupdate cerita ceriti pasal USA lagi.. Mahal kenangan ni. tak semua orang dapat rasa kan.. Alhamdulillah saya berpeluang menjejakkan kaki ke USA. Syukur sangat2.

Berkesempatan melawat Canada January 2008. Kita gi Ottawa, itupun atas urusan stamping visa sambil tu jalan2 ler apa lagi.. hehehe.. Sejuk sangat masa tu dan yang paling best dapat makan dekat malaysian restaurant.


depan m'sia restoran. peramah jer owner ni.  dpt keropok goreng free ngan ikan goreng fresh

sembang memanjang jer.. ;-)

sejukkkk

sempat gak gi zoo. jalan kaki jer dr embassy hotel.

Serba sedikit cerita pasal Ottawa, Canada. Frust tak dapek nak g Niagra Fall. Jauh dr Ottawa. :(


Chicago;

Lepas projek hubby tamat 2008 Minneapolis, kita berpindah lak ke Chicago. Mulanya kita manage duduk extended stay hotel jer. Saya suka sebab hotel ni provide kitchen ngan laundry. 2 bulan kot manage stay situ walaupun tempat kecik tapi selesa. Boring gak nasib baik ada kereta, boleh la window shopping sementara tunggu hubby baik kerja. hehehe.. Tengah dok cari apartment la masa tu. Alhamdulillah, dapat gak dekat village green. Suka tempat tu. Jeng jeng jeng jeng. baru jer nak enjoy stay situ tetiba hubby kata kena pindah lagi. kalut wei.. Kena pindah SFO.. Packing lagi.. Masa tu banyak gak barang yg kena let go. bagi sedekah kat jiran sebelah jer.. yg tk elok tu buang.. :( just pack baju2 jer. Tu pun tak semua boleh bawa.  :( sedih sedih..

Dan lagi, saya kena bawak 4 beg besar ke airport sorang2. Sbb hubby dia baru keja kan, dia tak leh ambik leave mcm tu jer.. So saya la yang urus semua ni. Shipping kereta dan settle hal apartment.. Pukul 4 pagi, maseh ingat lagi..Dah tunggu teksi nak gi airport. Penat jgn cakap la.. Sakit2 semua badan.. Tapi dari situ saya dapat belajar sesuatu yang sgt2 berguna.. Sampai2 jer SFO terus pengsan tido keletihan..

Gambar masa jenjalan kat Chicago...

millenium park



Chicago best gak.. kalau rezeki nak g lagi hehehe.. 


San Francisco 2008-2010

Landing safely to SFO.. hehehe.. Lagi kami stay dekat homestead for 2 month.. :) sambil cari apartment.. dapat sublease dekat Avalon Foster city. Cantik dan boleh tahan dengan rega sewanya.. 2 kali ganda dari MN dan Chicago. Yang bestnya dekat dgn Asian supermarket Ranch99. Taraf hidup beza sangat. Lagi mahal dari tempat sebelumnya.

Banyak gak tempat kita gi. Akuarium dekat Montreal bay , Haflmoon bay,

Layaan gamba dulu ;

sambil duduk lepak, nampak bas ni.. tak naik pun.

capture dari dalam train menuju ke downtown sfo

san mateo bridge, panjang bebenor.. merentasi lautan pacific..

Antara tempat yang selalu kita gi ialah Fremont, makan2, grocery, cinema. Popular dengan small Indian town.. ;-)

Byk kedai makan india dan pakistan tak kurang jugak middle east. Selalu kita gi Pakwan restaurant Fremont. Sedap food sini. menjadi rutin setiap jumaat mesti turun Fremont.

To be continue ..... 





2 comments:

Nadiah Sidek said...

teringin nak pergi canada!

mamasadiq said...

Ada peluang pegi la nadiah. best sgt2. ;-)