Monday, April 29, 2013

Al kisah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah.. Maha suci Allah..

Al kisah minggu lepas ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. Dengan keadaan saya yang tidak sihat, menyusul pulak my son. Hah nak cerita pun saya tak tahu macam mana nak mula.. Keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, so paham-paham la memang kerja-kerja rumah tak dapat nak dilakukan dengan lancar.. Masak pun ala-ala kadar. Yang kesiannya hubby makan apa yang ada. Kesian sangat.. Saya memang tak lalu makan dan rehat baring seharian.. Bukan nak cakap besar, saya jarang sakit, tapi bila saya sakit memang teruk lah. Alhamdulillah Sekarang dah beransur sehat.

The story about my son, kesian dia.. Dengan keadaan hidung yang tersumbat sukar untuk dia untuk tido malam so kami bawak dia untuk buat pemeriksaan. Bukan tu saja, disusuli dengan batuk-batuk kahak. Yang membimbangkan dia tido berdengkur kuat sangat. Saya rasa tak selesa nak tido bila dengar bunyi yang kurang memuaskan dan tengok keadaan dia. We discuss dengan doktor then doktor cakap, budak berengkur kuat bukan perkara yang elok.. Then, bila diikuti penafasan mereka yang terhenti-henti. So doktor advise saya supaya monitor dia sewaktu dia tido, tengok macam mana pernafasan sewaktu dia tido.. Risau sangat. tak henti doa saya supaya dia recover cepat. My son masih aktif main walau dalam keadaan yang sebegitu. Alhamdulillah, satu perkara yang tak perlu dirisaukan. Selera makan yang seperti biasa juga adalah petanda yang dia ok.. So, setiap malam tido harus bertemankan vick warm viporizer.

Tengok keadaan dia semakin ok, saya rasa syukur namun tiba-tiba selepas balik dari sekolah pada Jumaat sebelah petangnya, dia batuk tak henti. Sabtu pagi pada pukul 6 pagi dia batuk tak henti sampai termuntah-muntah kahak yang banyak.. Saya kesian tengok keadaan dia yang lemah.. Allah saja yang tahu perasaan saya pada ketika itu.. Pada sebelah malam sebelumnya hubby call dan cakap dengan nurse tentang keadaan my son. So nurse suggest saya run the hot water dalam bilik mandi and stay or bagi satu sudu honey tapi dia refuse tak mahu ubat. Saya pun stay dengan hubby and my son dalam bilik mandi. Alhamdulillah dia ok dan tertido dalam dakapan saya.. So, hubby alihkan dia ke bilik. Dia tido sampai pagi..

So hubby decide nak bawak jugak dia ke urgent care pada sabtu.. Sampai urgent care dia masih batuk jugak. Dah sudah jumpa doktor and terangkan keadaan dia, doktor cakap lung dia ok not to worry, masalah nya dia tak tahu how to handle kahak. Itu yang menyebabkan dia berasa tidak selesa dibahagian leher. So, doktor cakap nak bagi ubat or injection. Due to dia susah nak makan ubat so saya cakap kasi jer injection. So, tunggu sampai nurse datang dan kasi injection. Dia jerit kuat sangat then cakap sakit.. Lepas nurse beredar saya dan my son kena tunggu doktor datang semula. Hah waktu tu tunggu lama sangat sampai my son dan saya tertido dalam bilik tunggu doktor. Saya lapar sangat-sangat. Alas perut dengan hanya minum air saja.. Akhirnya doktor datang explain everything. Lepas tu, kami terus pergi indian restoran makan.. Lapar sangat-sangat. My son dia ok jer dan selera jer dia makan nasi sama butter chicken and gulab jamun.. Alhamdulillah..

Saya akan sentiasa berdoa agar anak saya sehat seperti biasa. Baru saya tahu bagaimana perasaan ibu saya ketika saya tidak sehat.. "Mak, i love you so much and my dad too..love you both and thank you"..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...


No comments: