Monday, May 20, 2013

Last School Session ~ Wayzata Public School, Plymouth

Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah.. Jumaat lepas berakhirnya sesi persekolahan Sadiq. Boleh dikatakan satu pengalaman baru untuk saya dan lebih-lebih lagi Sadiq.. Alhamdulillah dia tak ada masalah dari mulanya sesi persekolahan hingga habis sesi. Boleh kata dia macam dah biasa dan tak takut jumpa dengan orang yang baru dia kenal.. Setiap kali habis sekolah akan dapat positif feedback dari cikgu dia.

Nak cerita sikit pasal sekolah ni.. Sekolah mula pukul 9:30 am. Setiap hari hubby akan hantar saya dan Sadiq ke sekolah sebab saya tak berani nak driving guna highway.. Maklumla saya ni drive macam siput.. hehehe.. Sampai jer sekolah kena pergi washroom cuci tangan dan buat apa yang harus walaupun tak rasa nak buang.. hehehe. Kena letak jacket kat locker masing-masing. Setiap student ada locker dan nama sekali. Terus masuk kelas dan Seperti biasa main-main, buat puzzle, art, main masak, semua la ada.. letih pulak layan budak.. Masa tu parent will stay dengan anak-anak sampai la pukul 10 am. Lepas jer habis circle time so parent kan pergi ke meeting room. Setiap kali meeting mesti ada topic. Seronok jugak boleh share knowledge dan sesuatu yang baru tentang pendidikan kanak-kanak. Madam Gary's pun best orangnya.. Sangat peramah. Setiap kali ada jer yang bermurah hati bawak food untuk dikunyah masa meeting. Chips, cookies, cereal dan macam-macam la. Seronok. Saya makan apa yang boleh dimakan. :)

Pukul 11:30 am class habis so Sadiq and friends akan berbaris menuju ke meeting room untuk jumpa parents memasing. Lepas tu siap-siap nak balik tunggu my hubby jemput.. Balik sekolah jer mak ai bukan main letih saya mengalahkan my son. hehehe.. 

Ini la sekolah pertama my son, lepas ni kita daftar dia ke Saint Louis Park public school pulak. June ni kita daftar dia untuk creative class. Ada 5 class jugak macam Wayzata public school, Plymouth.






 Best sangat pengalaman ni. :)



No comments: