Thursday, October 10, 2013

Birthday Papa - Encik hubby

Alhamdulillah.. Sudah lama rasanya tak update blog ni.. Update entry encik hubby birthday.. Sejak my son dah sekolah ni, masa yang ada memang terhad. Nanti inshaAllah update pasal anak sekolah Pulak..

Takda la buat besar pun hanya kami bertiga jer yang celebrate Papa birthday ni.. Tapi saya dah buat preparation awal beli bahan2 untuk baking kek khas untuk Papa.. So saya decide nak bake butter peccan scotch cake. Cari punya lah cari resepi akhirnya dapat jugak. Saya tak berapa nak pandai sangat bab baking ni. So saya study cewah ngalahkan nak ambik exam.. Hahaha.. Stress takut kek tak menjadi..

Kebetulan hubby dia join perbandingan memancing ke Indianapolis. So adalah peluang saya study.. Hahaha.. Sampai macam tu sekali kan.. One week tu nak study.. Beriya engko..

Birthday hubby jatuh pada Sabtu October 5. Jumaat pagi saya dah bake cake siap. Simpan elok jangan kasi nampak kan.. Katanya nak buat kejutan kan. Tapi my son ni ya Allah dia boleh korek kek yang saya simpan nasib baik tak rosak sangat. Dia Pulak tak sabar nak makan.. Dia cakap ini bukan Papa birthday, ni birthday saya.. Alahai anak.. Tapi tak menjadi kejutannya.. -_-

Jumaat malam tu saya deco la kek tu ikut kemampuan saya siap Skype dengan adik and my mom lagi.. Hehehe.. Siap deco jer saya boh lam peti ais. Dah habis Skype dengan my mom saya pun panggil la encik hubby sambut birthday dia.. Alhamdulillah dia suka kek tu.. Saya pun suka jugak.. Hehehe.. Keesokannya hanya masak nasi biryani ayam untuk lunch.. Hubby pulak seperti biasa dia pergi memancing awal pagi tak kira dan hujan dan dengan cuaca yang sejuk.. Alahai apa nak buat dah hobby dia.. hehehe

So, presenting my cake yang tak seberapa ,








See you next entry yer.. Happy birthday papa May Allah bless you.. 

No comments: