Friday, June 29, 2012

::: Los Angeles Hollywood :::

Salam Jumaat semua ::)))

Los Angeles..

Dah lama merancang nak pergi LA. Tapi disebabkan saya pregnant ketika itu, tangguhkan aja dulu. Lepas beberapa bulan saya melahirkan bayi sulong kami yang diberi nama Syed Sadiq Hussain, kami rancang balik nak pergi LA. Kali ni kita decide nak drive jer.. Perjalanan ambik masa 7 jam dari San Francisco. Dah tak ingat pukul berapa kami bertolak ;-) 

Sepanjang perjalanan, sekali lagi kami terpegun dengan permandangan yang sangat indah. Sepanjang jalan menyusuri pantai. Hilang mengantuk. Berhenti di dua buah perhentian. Pertama berhenti di kawasan rehat. Makan lunch dan gi restroom. Alhamdulillah, my son tak meragam, dia seronok jer. selebihnya tido. hehehe.. Meneruskan perjalanan. kami berhenti buat kali kedua, Santa Barbara. Jenjalan kejap lepas tu teruskan perjalanan.

Santa Barbara, Saya rasa berbeza sangat ketika berada disana. Seolah-olah bukan US :) Banyak banguan tingalan sejarah. Singgah hanya sebentar.

Sebelum sampai ke LA, Seperti biasa jalan jammed sebab ramai yang nak pergi Hollywood. hehehe.. Kali ni saya dok diam diam jer. Nak membebel pun dah tak larat. penat. Sepanjang perjalanan saya tak boleh tido. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan penat. Kami stay dekat  Hotel Super 8, Hollywood. Bilik yang selesa dan yang saya suka breakfast free setiap hari. ;-) Dah siap book online sebelum pergi LA.

Lepas rehat, mandi, get ready for dinner. Kami dah siap cari awal restoran mana nak makan ;-) Alhamdulilah sedap jugak food restoran ni. Indian restoran. :)

Lepas tu balik tido rehat sebab penat. Zzzzzzz

Aktiviti seterusnya memang jenjalan jer dan ikut tour. Kena siap awal, sebab kena naik bas. Memang berbaloi ikut tour sbb kita akan dibawa kesemua tempat yang kita sendiri nak gi. Kami dibawa ke beberapa tempat yang dlm list tour. Antara tempat yang kami lawati seingat saya, Nokia center, Paramont Picture studio, Wall of fame, Wax muzium, Staples center, Satu tempat performance yang kita boleh nampak sign HOLLYWOOD, Saya lupa nama tempat ni.. Lepas tu, kami dibawa jenjelan ke farmer Market dengan for lunch. Saya seronok tak terhingga sebab jumpa m'sian restoran Banana Leaf, Penang food. Selebihnya saya makan banyak makan buah-buahan dan ice cream. Seronok sangat tambahan lagi tour guide kelakar orangnyaa. Asyik berseloroh jer sepanjang perjalanan. Lepas habis semua tempat dituju dan puas hati, kami balik semula ke hotel. Malamnya kami ke Universal Studio. Tak best pergi malam sebab tak nampak happening sangat.


Sebelum kami berangkat pulang ke SFO, saya dan hubby sama- sama setuju nak pergi Disneyland downtown. Sesat jalan jugak dibuatkan GPS yang tunjuk arah entah mana-mana. Risau saya, dibawaknya kita ke kawasan perumahan yang boleh dikatakan rata-rata penduduknya dari Mexico. hehehe.. Bila tanya jer, asyik jawab mecucas, forfamor.. entah aapa da.. hahaha.. Nak tak nak kena sit satu tempat set balik GPS. Akhirnya berjaya jugak sampai downtown itu pun dah lewat.. Jenjalan jer sana. saya hanya beli baju kenangan untuk my son yang masa tu berumur 5 bulan.. hehehe.. Sekurang-kurangnya ada gak ingatan kan.
















Funeral MJ disini ???



nasib baik tak sama besar dgn shrek ni.. hehehe



Dah puas jenjalan downtown disney, nak balit dah SFO. Ingatkan perjalan balik SFO lancar seperti perjalanan pergi LA. Rupanya kami terkandas ditengah-tengah highway. 2 jam dok tengah jalan raya yang sekelilingnya hanya terdapat gunung-ganang. Jammed teruk dan kereta tak gerak langsung. Ada kebakaran dan pihak bomba tengah bertungkus lumus memadamkan api. Kerap kali kejadian kebakaran berlaku disini. Mungkin agaknya cuaca yang agak kering. Membebel la saya dekat belakang rasa nak sampai cepat SFO. hehehe.. Kesilapan lagi. Ingatkan highway yang sama dilalui, rupanya silap highway daaa.. Pengalaman dijadikan pengajaran.. :) 

Saya tak suka GPS yang hubby beli. Memang keliru kalau drive guna GPS ni.. Selalu gaduh sebabkan GPS ni.. hehehe.. Entah mana-mana tempat ditunjukkan. Kami yang dah memangnya tak tahu jalan just ikut jer.. Ikut sign board besar tu lagi senang.. hehehe

Sampai rumah dah jam 12 tgh malam dan lapar sangat-sangat.. Kedai makan pun dah tutup. 

Habis dah cerita Los Angeles ::)) 















No comments: