Tuesday, August 7, 2012

::: Get Ready :::

Alhamdulillah, dah lama tak jenguk blog.. Last week balek kampung jap merasai suasana ramadan di Hyderabad.. Suasana yang cukup sibuk dengan orang yang ramai membeli belah untuk sambut Aidilfitri.. Setiap hari kedai akan dibuka pukul 11 pagi dan berakhir pukul 2:30 Pagi.. Waktu pagi org ramai maseh membeli belah lagi.. 

Apa yang get ready ni??? jeng jeng jeng.. Get ready mental dan fizikal akan packing barang-barang lagi.. Akan berpindah lagi.. Dah cakap itu rutin tahunan.. hehehe

Takpa dah biasa dah packing dan unpack ni.. Lepas raya ni baru mula packing barang2 apa yang patut.. Kali ni jauh kena pindah. Antara dua negara.. hehehe.. Takpa i like.. Mana-mana pun sama.. Rezeki katakan.. Akan update mana kami akan berpindah selepas menjejakkan kaki kami disana nanti.. InsyaAllah.

Cukup cerita pasal pindah.. :)

Dah nak penghujung ramadan.. Saya dan keluarga buat persiapan ala kadar jer.. Baju raya baru dah cukup.. Rasanya sambutan raya di Hyderabad ni berbeza.. Saya tak sibuk duduk depan oven baking kek lapis or buat biskut raya.. Kami main beli jer serba sedikit.. Lagipun keluarga makcik mertua nak berpindah rumah baru.. Tapi kami sempat la shopping sikit untuk raya last week. Insya Allah next week kami akan balik semula ke Hyderabad untuk sambut Aidilfitri. Kesian my son, dia tak berapa sehat sejak kebelakangan ni.. demam batuk2 dan muntah2.. Semoga my son akan cepat baik dan aktif seperti biasa.. Amin





No comments: